Saya sejak akhir-akhir ini dah jarang memasak. Antara sebab jarang memasak ialah kerana isteri saya sudah kembali ke pangkuan. Jika sebelum ini, isteri saya tiada di sisi, maka agak rajin juga saya menyediakan hidangan makan, terutama makan tengahari untuk anak-anak.

Jika anda perasan, saya pun dah tak selalu kongsikan resepi .. dan dah kurang gambar pasal masakan saya di instagram. Yang banyak adalah gambar saya pergi bercuti dengan keluarga saya. Terbaru (sebelum post ini ditulis) adalah di Leisure Cove Hotel and Apartments yang terletak di Tanjung Bungah, Penang. In Sha Allah, saya ceritakan pengalaman saya bercuti di destinasi cuti ini.

Sup Ikan - Resepi Paling Mudah, Sedap dan Disukai Semua

Resepi Sup Ikan Mudah Disukai Semua
Antara resepi yang paling mudah saya buat ialah Sup Ikan. Saya pernah kongsikan resepi Sup Kepala Ikan Merah sebelum ini. Mudah sebab benda-benda yang jadi bahan-bahan tak susah.

Beli je ikan di pasar, paling baik .. kepala dan isi ikan merah segar atau ikan nyok-nyok atau ikan kerapu. Pastu .. beli perencah sup. Favourite saya ialah Sup Bunjut Adabi - pilih je Sup Ikan. Pastu ikut je arahan belakang pembungkus .. haishhh ... memang mudah.

Saya selalu buat resepi sup ikan ini dengan dua cara iaitu, samada dengan menumis, dan satu lagi memang masuk air je terus .. haha .. kalau rasa malas, memang cara kedualah saya gunakan.

Kalau ikutkan saya memang tak reti nak masak sup ikan ni. Tapi, ntah macamana ... satu hari emak saya ada minta saya masakkan sup ikan. Itulah pertama kali saya masak, yang akhirnya menjadi antara menu ringkas tetapi sedap untuk keluarga saya.

Sedapnya House Husband Masak .. 

Resepi Sup Ikan Mudah Disukai Semua
Isteri saya tak reti nak masak sup ikan ni .. haha .. serius .. memang isteri saya sendiri mengaku, dia tak pandai nak masak sup ikan. Dia pernah cuba, tetapi rasanya tak boleh nak sama dengan apa yang saya masak. Uhh macam ada magik pula pada air tangan saya ni .. keh keh keh.

Emak saya suka. Isteri saya suka. Anak-anak saya pun turut suka bila saya masak sup ikan. In Sha Allah, kalau seperiuk sup ikan saya masak tu .. memang takkan sampai ke esoklah, habis licin.

Tips Untuk Hasilkan Sup Ikan Sedap

Sup ikan ni, kalau silap ... ikan akan jadi hanyir dan tak lalu nak  makan. Ia pernah terjadi pada saya. Kasihan pada makanan, terpaksa dibuang akhirnya setelah 'bermastautin' dalam peti ais selama beberapa hari.

Kalau nak sup ikan yang sedap, perlu dan wajib dapatkan ikan yang segar. Kalau kat tempat saya, selain daripada Pasar Basah Parit Buntar, ikan segar boleh dapat dari Sungai Udang. Tak jauh pun dari tempat kediaman saya ni, cuma leceh sikit nak pergi disebabkan kawasan tersebut sempit dan sibuk .. nak parking memang payah. Pastu, kena bawa bekas plastik dan duit kecil sendiri ... sebab memang tak disediakan.
[Baca] Ikan Segar dan Murah di Parit Buntar
Lagi satu, kalau nak masak sup ekor, saya syorkan anda asam dan garamkan dulu ikan tu. Bukan apa, setengah orang tak tahan dengan bau dia ... jadi elok buat. Tapi kalau ikan betul-betul naik dari laut, saya fikir cara ini boleh diabaikan .. hehe.

Jadi, kalau anda tak dapat nak fikirkan masakan apa yang best untuk dimakan, maka cubalah masak resepi sup ikan. Ia mudah, dan in Sha Allah ... akan disukai ramai.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement