Langkau ke kandungan utama

Peraduan Keceriaan Berganda Tropicana Twister

Saya dah sertai peraduan Keceriaan Berganda Tropicana Twister. Hadiah memang lumayan ditawarkan untuk para pemenang. Lagipun, ia sangat mudah untuk disertai. Dan saya pula dah lama tak join mana-mana peraduan macam ni.

Peraduan ini menawarkan hadiah wang tunai termasuk juga baucer percuma berjumlah RM3 juta dalam setiap pek promosi Tropicana Twister Keceriaan Berganda

Peraduan Keceriaan Berganda Tropicana Twister

Peraduan Keceriaan Berganda Tropicana Twister
Saya berkesempatan untuk sertai peraduan ni semasa datang beli-belah barangan dapur di Mydin Parit Buntar. Itupun secara tak sengaja je ... hehehe .... apabila ternampak pek promosi ni betul-betul letaknya di hadapan deretan kaunter pembayaran... uhhh bijak betul teknik pemasaran Mydin ni .. hehehe.

Saya sekadar beli satu pek. Cukuplah untuk mencuba peraduan ini. Kalau ikutkan tips daripada rakan saya yang aktif masuk peraduan dan pertandingan seperti ini, kalau jenis peraduan hantar resit .. kena beli banyak-banyak baru boleh menang. Hahaha .. ada rasa nak gunakan tips diberikan, tapi bila tengok MYR yang ada dalam dompet, saya perlu berbajet kecil kali ini .. haha.

Cara Sertai

Untuk masuk peraduan ini tak susah. Anda perlukan resit pembelian, dan hanya hantar SMS ke nombor yang diberikan. Cara-cara untuk menyertai Peraduan Keceriaan Berganda Tropicana Twister ada dinyatakan di dalam pek promosi ini.
Peraduan Keceriaan Berganda Tropicana Twister
Anda juga akan terima baucer misteri di dalam setiap pek pembelian anda. Anda mungkin dapat kupon diskaun Slurpee 7-Eleven atau kupon potongan harga untuk restoran makanan segera seperti KFC, Chicken Rice Shop dan sebagainya.

Jadinya, anda boleh dapat hadiah segera walaupun tak berjaya dalam memenangi hadiah wang tunai yang disediakan.

Tempoh Peraduan dan Hadiah

Peraduan ini bermula dari 14 November 2016 hingga 11 Februari 2017. Ia menyediakan hadiah wang tunai berjumlah RM 288,000. Setiap hari akan ada pemenang bertuah dapat RM1000 dan seramai 44 orang lain untuk terima RM50.

Pemenang akan dimaklumkan menerusi SMS dan juga dipaparkan di halaman FB Tropicana Twister.
Peraduan Keceriaan Berganda Tropicana Twister
Saya dah pun lihat senarai beberapa pemenang, dan memang ada yang menang banyak kali dalam Peraduan Keceriaan Berganda Tropicana Twister ini. Uhh sah dok borong banyak-banyak ni .. haha.

Jika anda nak mencuba, bolehlah dapatkan pek promosi ini dengan segera sebelum 11 Februari 2017. Manalah tahu boleh menang hadiah RM1,000 .. setidak-tidaknya boleh tampung kos minyak petrol yang dah naik 20 sen bulan Februari ni ...

Komen

  1. fuh..hadiah utama dia..tak kelip mata melihatnya..rezeki besar tu..hehehe

    BalasPadam
  2. dah join tahun lepas dan tak menang huhu

    BalasPadam
  3. GEMPAK HADIAH..ISHH NAPE BLUM NAMPAK LAGI PERADDUANNI DITEMPAT JIE..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.