Skip to main content

Panduan Percuma Cara Beli Perabot Murah Dari China

Ehem .. saya nak tawarkan satu panduan untuk mereka yang teringin nak dapatkan perabot-perabot mewah dan murah dari negera China. Panduan yang bakal menyerlahkan gaya hidup anda .. huhu. Panduan yang ingin saya berikan ini adalah dalam bentuk ebook (format pdf). Anda boleh baca secara online atau muat turun ke dalam komputer, laptop ataupun smartphone anda.

Tetapi sebelum anda ambil keputusan untuk dapatkan panduan percuma cara beli perabot dari China ini, biar saya terangkan secara ringkas mengenainya .. ok?

Panduan Lengkap Beritahu Cara Beli Perabot Murah Dari China

Panduan Percuma Cara Beli Perabot Murah Dari China
Panduan yang bakal anda dapatkan secara percuma ini adalah merupakan versi digital untuk buku dan DVD Panduan Perabot Murah China yang ditulis oleh saudara Abang Lid.

Siapa Pula Abang Lid Ni??

Anda tak kenal Abang Lid? Beliau adalah antara sifu perdagangan Forex yang disegani di Malaysia, malah di rantau ini. Anda tentu pernah lihat beliau menerusi seminar berkaitan Forex Trading dan telah menulis buku dan menerbitkan DVD - Teknik Forex Sebenar. Satu-satunya panduan lengkap dalam bahasa Melayu yang membantu ramai menjana pendapatan menerusi Forex Trading, terutama di kalangan bumiputera.

Ok. Abang Lid bukan sekadar mahir dan pakar dalam teknik Forex; malahan Abang Lid juga ada pengalaman membeli perabot mewah dan murah dari China. Catatan Abang Lid di FB pernah menjadi viral sebelum ini, malah telah dikongsikan di beberapa blog terkemuka antara TheVocket, SiakapKeli dan blog saya sendiri... hehehe. Anda boleh baca di sini - 9 Tips Beli Perabot Murah di Fooshan, China

Ramai Nak Tahu Cara Beli Perabot Dari China

Daripada perkongsian tersebut, maka ramailah yang teringin nak tahu secara mendalam bagaimana cara nak beli perabot murah dari China, lebih-lebih lagi perabot mewah yang harganya di China berkali ganda lebih murah dari di Malaysia.
Panduan Percuma Cara Beli Perabot Murah Dari China
Nak-nak lagi bila Abang Lid share gambar-gambar perabot mewah dan murah yang dijual di sana. Fuh .. semua rasa teruja dan tersangat minat nak tahu.

Permintaan semakin membuak-buak bila Abang Lid tunjukkan yang perabot-perabot yang dah dibeli dari China sudah pun berada di dalam bilik tidur, di ruang tamu rumahnya.

Sehingga kini, post di FB Abang Lid berkaitan tips beli perabot murah di China itu mendapat jumlah Likes dan Shares yang banyak... huhu .. dan kalau lihat pada bahagian komen post tersebut, ternyata ramai teringin nak tahu step-by-step .. langkah-langkah untuk beli perabot China sehingga sampai depan pintu, termasuklah berkaitan kos-kos berkaitan, hotel nak menginap, makanan halal dan sebagainya.

Dek kerana itulah, Abang Lid telah berusaha keras menulis sebuah buku dan menyediakan video untuk bantu orang ramai yang berminat nak dapatkan perabot murah dari China.

Apa Ada Dalam Buku dan DVD Panduan Perabot Murah China?

Panduan Perabot Murah China yang disediakan Abang Lid merangkumi segala sudut yang perlu dan penting untuk membeli perabot-perabot daripada set bilik tidur, set sofa., set katil, set ruang tamu, kabinet dapur, lampu-lampu dan bermacam lagi perhiasan rumah yang nampak mewah.
Panduan Percuma Cara Beli Perabot Murah Dari China
Panduan lengkap memberitahu anda ...
  • Cara nak pergi ke Fooshan, daerah China yang terkenal dengan produk perabot.
  • Bagaimana nak cari hotel, tempat penginapan samada yang mewah mahupun bajet.
  • Bagaimana nak cari restoran makanan halal di kawasan Fooshan.
  • Apakah hotel penginapan terdekat dengan tempat beli belah perabot murah - hanya jalan kaki.
  • Apakah kos yang perlu anda tanggung untuk perabot dihantar ke depan rumah anda.
  • Bagaimana nak beli perabot dengan bayar hanya 10% deposit daripada harga sebenar
  • Gedung yang perlu anda pergi untuk dapatkan tawaran termurah perabot mewah
  • Berapa jumlah RM perlu anda bawa untuk beli perabot ..
  • Di Fooshan tiada kemudahan kredit, anda tidak boleh beli guna kad kredit. Jadi, bagaimana nak dapatkan tukaran wang asing MYR-Yuan yang menguntungkan.
  • Bagaimana nak pastikan perabot yang anda tempah di China adalah sama dengan perabot yang bakal sampai ke depan pintu rumah
  • Di China, peniaga tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa asing, jadi bagaimana nak buat urusniaga?
  • Bagaimana anda nak beli perabot dari China tanpa perlu ke sana sekali lagi ...

Untuk pengetahuan anda, tiada maklumat lengkap tentang daerah Fooshan mahupun gedung beli belah perabot mewah dan murah yang boleh anda cari menerusi internet. Kalau ada pun, ia dalam bahasa China yang saya sangat pasti anda takkan faham walaupun anda gunakan Google Translator.
Maka, panduan ini memang sangat bagus untuk mereka yang mahu beli perabot-perabot best dari China.

Siapa Patut Baca?

Panduan ini sesuai untuk golongan mereka yang ...
  • Ada duit banyak untuk beli perabot secara tunai .. (kad kredit tak boleh digunakan di China)
  • Ada homestay yang mahu letakkan perabot-perabot cantik dan nampak mewah
  • Untuk penguasaha hotel bajet
  • Untuk boss-boss yang mahukan ruang pejabat yang nampak super awesome
  • Untuk mereka yang mahu menjalankan bisnes jual perabot di Malaysia (beli RM2,500 .. jual RM5,000)
  • Kepada anda yang ada rumah baru dan mahu perabot-prabot baru yang nampak mewah
  • Untuk dapatkan design perabot terkini yang tidak lagi di Malaysia
  • Untuk mereka yang mahu berjimat mendapatkan perabot mewah
Orait. Sebahagian daripada isi kanduang buku + DVD Panduan Perabot Murah China boleh anda baca dalam versi percuma (pdf) yang saya tawarkan kepada anda.

Cara Nak Dapatkan Ebook Percuma Panduan

Jika berminat nak dapatkan versi percuma panduan atau cara beli perabot murah dari China ini, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
  1. Pergi ke laman web berikut - https://sites.google.com/view/perabotmewahmurah/home
  2. Baca dari awal sampai ke hujung.
  3. Isi nama dan email yang sah dalam ruangan disediakan di akhir laman web
  4. Semak email anda dan terus klik pautan yang diberikan untuk anda baca versi percuma yang diberikan.

Simple.

Maklumat yang anda berikan adalah rahsia dan tidak digunakan untuk tujuan tidak baik. Jadi, jangan risau ehhh .. muat turun sekarang panduan versi percuma ini sekarang.

Saya hanya berikan untuk tempoh terhad sehingga 28 Februari 2017. Selepas tarikh tersebut, saya tak akan offer lagi.. kecuali anda beli Buku + DVD Panduan Perabot Murah China yang ditulis dan disediakan oleh Abang Lid.

Tak mahu versi percuma? Ok .. boleh terus tempah dan dapatkan 2 hadiah percuma ...

Okey ye. Selamat membaca ye ..

Comments

  1. Yang menariknya tentang beli barang kat china ni, kita boleh dapat beli dengan murah

    Beli murah dan jual kepada pembeli dengan harga berpatutan. Kita untung, pembeli pun puas hati. WIN-WIN situation.

    Cuma itu la, kena tahu panduan-panduan yang betul :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.