27 Februari 2017

Nokia 3310 Kini Kembali

Siapa pernah memiliki Nokia 3310? Saya antara yang pernah memiliki telefon jenama Nokia 3310, 3210 dan 3350. Ia telefon bimbit terbaik pada pandangan saya sebelum munculnya telefon pintar pelbagai jenama sekarang.

Telefon Nokia 3310 telah muncul kembali. Kali ini rekabentuknya dipadankan agar nampak lebih segar daripada sebelum ini. Walaupun tidak muncul sebagai sebuah telefon pintar yang mempunyai kepelbagaian ciri sebagai sebuah smartphone, namun telefon ini ada nilai nostalgik yang sangat mendalam.

Nokia 3310 Kini Kembali Dengan Cirian Bateri Tahan Sebulan

Nokia 3310 Kini Kembali
Kemunculan terkini 3310 di tahun 2017 ini bukanlah sebagai sebuah smartphone tetapi lebih kepada 'feature phone'. Ini disebabkan oleh ciri-cirinya yang mempunyai faciliti terhad kepada capaian data atau internet.

Ia tidak mempunyai 4G LTE, tetapi bergantung pada capaian 2.5G untuk kelajuan data. Sistem pengoperasi yang digunakan oleh Nokia 3310 pula adalah sistem S30+ yang membolehkan pengguna melayari internet namun mempunyai pilihan aplikasi yang sangat terhad jika nak dibandingkan dengan sistem Android mahupun iOS.

Nokia 3310 2017 Ada Kamera ..

Yang menariknya, dan yang membezakan telefon Nokia 3310 yang lama ialah ia mempunyai kamera. Tentu pengguna telefon pintar zaman sekarang merasakan sangat pelik apabila sebuah telefon dijual tanpa sebarang kamera. Maka, Nokia 3310 ini muncul dengan sebuah kamera tunggal 2MP.

Nokia 3310 terkini 2017 mempunyai berat kurang dari 100 gram, iaitu lebih tepat 79.6 gram sahaja. Skrin paparan pula lebih besar dan berwarna daripada sebelumnya iaitu 6cm atau 2.4 inci.
Nokia 3310 2017 Ada Bateri Tahan Sebulan

Walaupun semua ciri-ciri yang saya sebutkan pada Nokia 3310 versi 2017 ini nampak kurang menarik tetapi ada satu kelebihan pada telefon ini yang tidak terdapat pada mana-mana telefon pintar yang ada di dunia .. iaitu keupayaan baterinya yang boleh bertahan selama sebulan !!

Bateri Boleh Tahan Sehingga 1 Bulan

Ya, bateri Nokia 3310 terkini versi 2017 ini didatangkan dengan bateri yang boleh bertahan selama sebulan (standby time) dan masa berbual (talk time) sehingga lebih daripada 22 jam. Mana tidaknya, Nokia 3310 tiada aplikasi canggih yang akan membuatkan ia kehabisan bateri dengan cepat .. huhu.

Telefon Nokia 3310 memang cukup popular di zaman muda-muda saya. Malah ia sebuah telefon yang dianggap legenda dan ikonik. Ia terjual lebih 126 juta di seluruh dunia sebelum dihentikan pengeluarannya pada tahun 2005.

Populariti jenama telefon Nokia juga turut disumbangkan oleh permainan ular (Snake Game) yang menjadi trend satu ketika dahulu. Faktor lain ...

  • Nokia 3310 adalah paling laris dan popular antara jenama Nokia.
  • Nokia 3310 tegap dan boleh diharapkan.
  • Ia telefon bimbit yang selesa dipegang.
  • Antara telefon mampu milik terbaik pernah dihasilkan.

Hmm .. siapa kata 'otai' telefon ini sudah berkubur? Huhu ...

Saya tak pasti samada Nokia 3310 akan dijual di Malaysia. Dan seandainya ada, ia mungkin dijual pada harga sekitar RM200 - RM300 sebuah.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

12 Komen Nokia 3310 Kini Kembali

Memang dulu siapa ada Nokia macam ipong sekarang la. Dia punya eksyen memang poyo lah. Bateri tahan sebulan, memang jimat elektrik lah tak perlu nak cas

Macam menarik! Dulu selalu duk main game congkak dekat phone kakak. Bantumi ke apa ntah nama game tu. :-)

dengan itu, saya sanggup jual iphone yang ada sekarang tak berapa harga yang orang nak...

asalkan saya tak ada lagi masalah bateri habis kat tengah hutan.

ok tu boleh beli utk anak2. hahah

Saya ni banyak dapat panggilan dari pesakit yang nak dapatkan rawatan membuang sihir.

Sekarang pakai iphone jangan cakaplah baterinya. Sehari lima enam kali kena cas. Lepas ni boleh beli Nokia 3310 ni khas untuk terima panggilan sahaja.

Terbaiklah.

HP ni legend. Memang kena beli satu kalau masuk pasaran Malaysia nanti.

cepat lah masuk pasaran malaysia, dah lama tunggu hp macam ini friendly user utk orang tua yang kurang faham nak guna touch screen.

Hahaha .. lagi kembang kalau pakai yang 8810 tu .. Nokia Butterfly .. hoho

Yeahh .. haha .. bagus .. siapa yang ada nokia 3310 lama sure bangga ni .. haha

Betul abam kie .. bagus ni

Hmm dulu harga nokia butterfly tu RM 1000. Sebab ada promosi harga RM 890, terus beli dua..

Haha ;-(


EmoticonEmoticon