Langkau ke kandungan utama

Komisen Affiliate Awal Tahun 2017

Seronok bila setiap pertengahan bulan, setiap akhir bulan .. dan kadangkala setiap akhir minggu dapat komisen affiliate bertalu-talu. Alhamdulillah, ini formula rezeki untuk seorang blogger sepenuh masa mencari pendapatan. Selain daripada harapkan income dari Google Adsense, saya juga aktif dalam mempromosikan produk affiliate.

Kenapa saya suka buat duit dapat komisen menerusi program affiliate ini? Sebab ianya adalah percuma. Tak perlu pun nak keluarkan modal. Kalau ada pun, mungkin modal dari segi ilmu pemasaran, ilmu promosi dan ilmu menulis copy-writing.

Komisen Menerusi Pelbagai Program Affiliate Percuma di Awal Tahun 2017

Saya suka nak cerita pasal komisen affiliate. Saya mahu rakan-rakan pembaca blog ini ambil peluang dan kesempatan untuk jana income secara sambilan menerusi program ini. Komisen affiliate mungkin kecil buat sesetengah dari anda, namun ia komisen yang tak babitkan modal pusingan. Ada sesetengah program 'buat duit' tu .. nak kena top-up bulanan lah .. nak kena capai target jualan lah ... tak macam affiliate ni.

Kerja buat duit menerusi program affiliate mudah je konsep dia. Anda rajin promosi, maka mudah dan banyaklah anda akan dapat komisen. Anda berhenti promosi, maka komisen pun jadi slow.
Promosi ada banyak kaedah. Ada kaedah percuma, ada kaedah berbayar. 
Setakat daripada apa yang saya telah lihat, jika anda gunakan kaedah berbayar, in Sha Allah anda akan dapat komisen yang adakalanya melebihi 4 angka dalam masa singkat. Saya sendiri pernah merasa income affiliate cecah 4 angka, hanya dengan menggunakan kaedah dan teknik promosi percuma selama 5 hari sahaja. Kalau guna kaedah berbayar .. fuh .. boleh jadi macam rakan saya dalam affiliate kerjaya, yang jana RM10K menerusi affiliate hanya dalam 4 hari !!

Berapa Komisen Saya Terima Awal Tahun 2017?

Anda nak tahu berapa komisen affiliate yang saya dapat untuk awal tahun 2017 tak?
Komisen Affiliate Awal Tahun 2017
Hahahahaha .. sikit ye tak? Tak lepas pun gaji sebulan seorang pegawai penyelidik kontrak - kerja lama saya dulu. Tapi ...

Saya tak perlu pun pergi pejabat untuk dapatkan income macam di atas tu .. semuanya kerja dari rumah sahaja. Alhamdulillah, kalau anda baca Formula Rezeki ... income yang nampak sedikit macam saya dapat ini pun dah kira sangat bersyukur.

Sikit atau banyak ... seperti awal saya beritahu ... bergantung dengan usaha. Rajin usaha, buat kerja dari rumah hari-hari, in Sha Allah, pulangan akan dapat banyak.

Lagipun, jual produk affiliate ni, anda tak perlu bayar apa-apa, tak perlu nak handle pembelian, tak perlu nak hantar produk .. semuanya automatik dan dilakukan oleh pihak yang menjual. Sebagai affiliate, tugas anda cuma perlu promosikan sahaja.

Cara Promosi Percuma

Bagaimana saya promosi sampai dapat income komisen macam di atas tu?

Saya gunakan dua medium - blog dan juga Facebook.

Dua medium percuma. Tak bayar apa-apa. Saya buat blog secara percuma, dan saya buat promosi di FB pun secara percuma menerusi wall sendiri, dan juga fanpage saya sendiri. Tak kacau dan tak langgar kawasan orang lain. Orang tak suka .. mereka boleh unfriend dan unfollow .. kalau kat fanpage ... boleh unlike.

Bila orang yang benar-benar suka, ia akan kekal tetap dengan apa yang kita promosikan sehingga satu tahap, dia akan menjadi pembeli produk affiliate yang kita promosikan.

Bak kata seorang pemasar internet berjaya kepada saya .. bila cakap pasal FB .. "friend boleh add .. tapi pelanggan susah nak dicari". Di Facebook, anda boleh ada sehingga 5000 kenalan maya dari pelbagai latar belakang ... jadi daripada 5000 kenalan tersebut, takkan tak ada sorang pun yang akan terpesona dengan tawaran serta promosi affiliate yang anda buat... huhu.

Begitu juga dengan blog. Saya hasilkan blog ini pada tahun 2010. Dari tahun tersebut saya kumpulkan pembaca blog saya yang terdiri dari pelbagai lapisan dan kategori. Ada dari kalangan blogger sendiri, ada dari pencari informasi, ada yang dari usahawan online, ada yang dari kalangan surirumah .. dan macam-macam lagilah.

Ehemm ... nah lihat antara cara saya dapatkan pelanggan untuk produk affiliate yang beritahu cara nak jana pendapatan menerusi blog ... huhu...
Cara Nak Dapatkan Komisen Affiliate Awal Tahun 2017

Ok.

Jadi bagaimana nak 'paksa' mereka beli produk affiliate?

Anda kena tahu minat mereka. Anda kena tahu latar diri mereka. Anda kena tahu kemampuan kewangan mereka.

Tawarkan Produk Affiliate Yang Selesaikan Masalah Orang Lain

Paling penting ialah ...  anda mesti tawarkan satu produk affiliate yang menyelesaikan masalah mereka. Aha .. kalau anda perasan, di FB sedang menular Like Method. Geng-geng yang buat duit menerusi Like Method ini gunakan cara inilah - selesaikan masalah orang lain. Bila masalah mereka diketahui, geng-geng Like Method ini akan beritahu bagaimana nak setelkan ... Jadi, jangan terkejut ada di kalangan geng Like Method berjaya jana income 4-5 angka dalam sebulan menerusi produk affiliate !! Tak percaya? Boleh lihat sendiri di sini - Teknik Dapat Income 4-5 Angka Menerusi FB

Saya belum sampai tahap income affiliate sebegitu hebat. Masih banyak yang saya perlu dan masih belajar.

Panduan Dapat Komisen Affiliate Untuk Newbie

Hmm .. anda nak belajar cara buat duit dengan affiliate tak? Saya nak syorkan satu panduan. Ia satu panduan affiliate simple tetapi power; khusus untuk rakan-rakan baru yang mahu tahu bagaimana nak dapatkan komisen affiliate.

Jika berminat, boleh terus dapatkan dengan harga RM10 sahaja (murah weihhh). Klik butang di bawah ini untuk buat tempahan panduan affiliate ini ye ... jangan segan-segan, anda klik butang tu tak kena apa-apa caj pun ... malah ada info lebih baik mengenai program affiliate ni. Saya sendiri pun dah dapatkan untuk menelaah kekurangan diri .. huhu...



Saya harap post kali ini boleh jadi pemangkin dan semangat, selain tips untuk cara dapatkan komisen affiliate. Saya bukanlah pakar dalam bab buat duit affiliate ni, tapi saya suka nak kongsikan peluang untuk anda belajar sama seperti saya. Modal ilmu bukan murah ooo ... RM10 yang saya tawarkan di atas tu pun dah kira down-price dah ..


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Saya suka cara en HH. Tips yang menarik dengan guna medium percuma pun boleh dapat sales. Bagi yang baru bermula dengan buat duit online, perlu guna tips yang bermanfaat ni.

    Terima kasih. Semoga rezeki en HH bertambah-tambah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang boleh guna paltfrom percuma, tapi ambil masa. Saya ambil masa 2 tahun kot untuk merasai komisen affiliate sebenar.

      Padam
  2. Memang best cari income dri affiliate...percuma dan hnya mempunyai idea yg hebat utk trik pembaca suka karya kita...terus sukses HH...

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah, bila memerlukan, ada income macam ni memang membantu. Nak kata kaya raya itu tidaklah. :)

      Padam
  4. jobdirumah masih bertahan, walaupun banyak perubahan landing page yang menurunkan sales... alhamdulillahrezeki...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …