Langkau ke kandungan utama

Dari Drebar Menjadi Seorang Jutawan

Siapa yang teringin menjadi jutawan? Saya fikir ramai yang ada niat untuk menjadi seorang jutawan. Saya sendiri tak nafikan mempunyai keinginan untuk menjadi seorang jutawan, ada banyak duit dan berharta. Bila ada banyak duit dan harta; macam-macam kebaikan boleh dilakukan. Mencari kekayaan satu niat yang murni, tetapi harus ingat ... ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan diredhai.

Saya nak kongsikan satu kisah yang mungkin boleh menjadi inspirasi. Ia satu kisah benar yang telah diolah supaya tak adalah nanti anda pi cari jutawan yang dimaksudkan .. hehehe ...orait ehh. Saya harap anda akan dapat sesuatu dengan kisah 'Dari Drebar Menjadi Seorang Jutawan' ini.

Satu Inspirasi - Dari Drebar Menjadi Seorang Jutawan

Dari Drebar Menjadi Seorang Jutawan
Tengah hari kelmarin, saya terserempak dengan Samad Kinto di sebuah kedai mamak di Sungai Buloh. Kalaulah lelaki berusia 45 tahun itu benda, saya boleh anggap dia adalah benda ajaib yang kelapan di dunia.

Tetapi oleh kerana Samad orang, manusia seperti kita, dia tidaklah boleh dianggap sebegitu ajaib kerana ramai lagi orang yang lebih ajaib berbanding dia. Malah ada orang yang keajaibannya jauh lebih power berbanding Samad kerana berupaya mendapat derma berbilion ringgit daripada orang lain.

Apa pun, bagi saya Samad Kinto tetap seorang yang ajaib.

Gaji Akhir RM1,516, Wang Dalam Bank Hanya RM53

Sepanjang hidupnya, Samad yang bersekolah setakat tingkatan lima dengan keputusan SPM gagal Bahasa Inggeris dan Matematik pernah bekerja sebagai pembantu kantin, pengangkat sampah, pemotong rumput, buruh binaan dan pembantu van. Pekerjaan paling selesa baginya sebelum ini ialah pemandu kepada seorang pengarah syarikat.

Itulah sumber rezekinya hingga dia berkahwin dan beranak-pinak.

Pada Jun 2008, Samad berhenti kerja pemandu setelah berkhidmat selama 10 tahun dengan gaji terakhir RM1,516. Ketika dia berhenti kerja, wang dalam akaun banknya hanya RM53.

Namun ketika berjumpa saya kelmarin, Samad bercerita mengenai kehidupannya sekarang – hanya sesudah kira-kira tujuh tahun dia berhenti kerja – bahawa dia ada membeli beberapa hartanah yang nilai kesemuanya mencecah jutaan ringgit.


Tidak. Samad tidak dapat derma daripada sesiapa. Dengan bahasa Inggeris SPM gagal, Samad tidak berkawan dengan mana-mana bilioner Timur Tengah untuk mendapat derma sebanyak itu.

Kerja Dari Rumah Buat Bisnes Sendiri

Kerja Dari Rumah Buat Bisnes Sendiri
Sebenarnya, sejak berhenti kerja, dia bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan dari rumah hingga bisnesnya naik sedikit demi sedikit. Komitmen, kreativiti dan kebijaksanaan membawa peningkatan usaha Samad pada kadar yang agak pantas.

Dia menjadi begitu nekad kerana ada dua pengalaman mengubah hidupnya untuk jadi seperti sekarang. Kali pertama pada 2003, dia ditinggalkan kekasihnya hanya kerana dia bergaji kecil dan tidak mempunyai simpanan. Sementelahan pula keluarga gadis itu turut menolak dirinya mentah-mentah.

Kali kedua, di penghujung kariernya sebagai pemandu, Samad berniaga sambilan – beli telefon rosak, baiki dan jual semula. Ketika itu, dia berkenalan dengan Uncle Lim, pakar baiki telefon.


Kali pertama ke rumah Uncle Lim pada suatu malam, Samad terperanjat melihat kediaman lelaki itu yang sangat mewah sedangkan Uncle Lim yang dikenalinya sering berseluar pendek dengan baju pagoda sahaja, langsung tidak nampak ciri-ciri orang kaya.

Malam itu, Uncle Lim – seorang kurang upaya – mengenakan caj RM400 untuk baiki telefon yang dibawa Samad hanya dalam masa lima minit. Insiden itu mengajar Samad bahawa untuk kaya, kita harus cari sebab untuk orang membayar kepada kita.

Apabila kita berjaya mencipta sebab untuk dibayar oleh orang lain, itu adalah jalan untuk menuju kekayaan. Lebih banyak sebab adalah lebih baik, Lagi bernilai sebab yang dicipta, lagi tinggi bayaran diterima, dan itu juga akan menjadikan diri kita lebih bernilai dengan kepakaran yang ada untuk mendapat lebih banyak wang.

Sejak itu, Samad tidak menoleh ke belakang lagi dan dia bekerja keras untuk mencapai taraf jutawan yang dimilikinya sekarang.

“Dulu, aku selalu fikir… dengan sijil SPM pun tak berapa nak lepas, takdir hidup aku yang paling baik adalah jadi driver sampai mati, ada gaji tetap. Lepas 10 tahun aku kerja, gaji pokok aku RM1,516. Itu gaji mati, maksimum kau tahu.


“Hanya jika kita sendiri mengatakan sesuatu kejayaan itu adalah mustahil, maka ia akan benar-benar jadi mustahil. Tetapi aku, seorang driver telah jumpa jalan untuk berubah daripada kuli kepada tauke, daripada orang yang selalu tak cukup duit kepada jutawan.

Sebenarnya dalam hidup, tidak ada yang mustahil kalau kita benar-benar ada kemahuan,” katanya lagi sambil menghulurkan buku motivasinya yang terbaharu.

Uniknya perniagaan Samad, dia tidak mempunyai pejabat. Dikenali dalam kalangan pelanggan dan rakan-rakan sebagai ‘Pakar Bisnes Dari Rumah’ Samad menjalankan perniagaan melalui telefon dan media sosial.


Daripada situ, pertemuan dengan pelanggan diatur di mana sahaja, kafe, kelab atau di tepi jalan. Dia juga kini aktif menurunkan ilmu-ilmu perniagaannya menerusi ceramah dan juga penulisan. Dia mahu setiap orang yang pernah anggap diri gagal dalam hidup sepertinya, berubah 360 darjah untuk jadi jutawan.

Petang semalam, Samad terbang bersama isterinya ke luar negara untuk berbulan madu entah kali yang ke berapa!


Sumber Asal: Suara Perak


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. di mana ada kemahuan di satu ada kejayaan.

    BalasPadam
  2. suka dengan ayat ni:

    Apabila kita berjaya mencipta sebab untuk dibayar oleh orang lain, itu adalah jalan untuk menuju kekayaan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…