Ramai yang tanya saya ... mereka dah apply Google Adsense, tetapi masih gagal dapat approval. Hmm .. susah juga saya nak jawab sebab ia di luar kuasa dua trigonometri dan bidang saya. Saya cuma boleh guide blogger untuk dapatkan akaun Adsense sahaja, selepas itu ia terpulang pada pihak Adsense untuk berikan approval.

Kalau ikutkan, apa yang diminta oleh Adsense mudah sahaja. Cuma mungkin kefahaman berkaitan apa yang mereka minta itu tak berapa nak jelas. Ramai je rakan blogger saya yang dapat approval Google Adsense akaun penuh walau baru pertama kali memohon.

Adsense Gagal Approved - Apa Seorang Blogger Perlu Lakukan?

Sejak Adsense buka peluang untuk blog-blog berbahasa Melayu menjana income menerusi platform mereka, ramai yang telah buat permohonan. Kebanyakkannya, alhamdulillah berjaya. Ramai rakan blogger yang tulis blog 100% dalam Bahasa Melayu berjaya permohonan pertama kali Adsense ini.

Blog saya sendiri ditawarkan untuk letak iklan Adsense untuk iklan-iklan sasarannya pembaca dari Malaysia. Sebelum ini, target blog saya lebih kepada pengunjung luar negara - tapi cara saya ni salah, kerana sejak dari awal lagi kebanyakkan blog saya ditulis dalam Bahasa Melayu. Bila dah buat cara salah, blog-blog saya catat bounce rate yang sangat tinggi, dan income Adsense pula sangat sukar nak capai had keluaran ditetapkan iaitu USD100.

Alhamdulillah, sekarang setiap bulan saya boleh rasa lega. Dengan bantuan team Adsense, income blog menerusi Adsense konsisten melebihi USD100 setiap bulan.
Buat mereka yang dah memohon, dah apply Google Adsense untuk full account, tetapi dapat email mengatakan permohonan anda gagal .. jangan sedih dan rasa khuatir sangat. Gagal memohon masih ok, jangan sampai anda disenarai-hitamkan atau blacklist untuk memohon Adsense ni.

Jika anda gagal dalam permohonan pertama, terus usaha dan buat permohonan baru. Anda pasti akan menerima email dari pihak Adsense berkaitan apa yang perlu dibuat setelah gagal permohonan pertama tersebut. Ikut saranan diberikan ...

Contohnya ...

Jika email dari Adsense beritahu ada page atau post yang tidak compliance dengan polisi Adsense, maka semak dan baca polisi Adsense tersebut. Buang post atau page tersebut dari blog anda. Biarkan blog anda update selama beberapa minggu, dan barulah anda buat permohonan semula (appeal).

Bagaimana nak buat appeal? Dalam email yang diberikan oleh Adsense ada pautan untuk anda klik supaya boleh anda appeal. Dalam permohonan appeal tersebut, anda akan diminta untuk menyatakan apa yang telah anda buat untuk selesaikan masalah tidak compliance tersebut.
Kalau anda kurang pasti tentang appeal yang anda mahu buat, anda boleh rujuk pada pautan ini - How To Make Appeal untuk buat appeal.
Ini sahaja cara.
Adsense Gagal Approved - Apa Perlu Buat?

Orait. Jika tak berapa nak faham ... lihat dan tonton video di bawah ini berkaitan tips untuk elakkan akaun Adsense anda dari terbabit dengan perlanggaran polisi Adsense.

Video dari Team Adsense Berkaitan Tips Elak Perlanggaran Polisi Adsense



Nak berjaya buat duit dengan Adsense ni, perkara paling penting ialah konten. Jaga konten blog anda. Malah sebelum anda nak apply Adsense, anda perlu jaga konten yang ada supaya ia dapat memberikan manfaat pada pembaca.

Creating a useful and information-rich site is key to long-term revenue success with AdSense - Team Adsense.
Kebanyakkan yang gagal dalam permohonan pertama kali Adsense adalah disebabkan konten. Konten yang berbaur perkauman, konten yang kurang nilai, konten yang terlalu sedikit, konten yang kurang dapat maklum-balas adalah konten yang dianggap sebagai konten yang gagal mencapai apa yang terkandung dalam terma Adsense.

Tapi Ada Je Blog Ntah Apa-Apa Letak Adsense

Pun begitu, ada juga blog yang sekali pandang tidak berikan apa-apa manfaat pun tapi dapat letakkan Adsense ini di dalam blog. Kenapa?

Jika tanya saya, ia ada kaitan dengan trafik. Blog yang ada trafik yang sangat sangat tinggi akan diberikan peluang untuk letakkan Adsense ini. Sebab di dalam Adsense ada dua cara untuk dapatkan income iaitu menerusi jumlah trafik (pay per impression/pageview) dan juga menerusi klik (pay per click/engagement).

Blog tersebut menerima trafik daripada pelbagai latar pembaca. Menerusi behaviour pembaca ini, maka iklan-iklan tertentu akan dikeluarkan di blog tersebut. Ini menyebabkan kadar click iklan jadi tinggi. Pihak pengiklan dalam Adsense suka dengan perkara ini, apatah lagi terdapat engagement sehingga berlakunya jualan.

Sebelum ini, saya tak tekankan sangat mengenai trafik tetapi lebih kepada konten yang ada impak tinggi dan menggunakan keyword yang ada nilai. Sebab saya tahu, ramai blogger terutama blogger baru susah nak dapatkan trafik yang tinggi untuk blog mereka. Maka, salah satu cara untuk dapatkan income Adsense adalah memastikan konten itu bagus dan bermanfaat.

Penting Pastikan Blog Dapat Trafik Menerusi Enjin Carian

Paling penting ialah blog mesti menerima trafik dari Google Search atau enjin carian. Dari situlah, pihak Google akan lihat kelebihan blog anda untuk membolehkan mereka letak iklan yang sesuai. Menerusi Google Search ini, Adsense boleh tahu apa yang pengunjung mahukan dan sesuaikan iklan di blog dengan apa yang pembaca ini cari.

Saya harap tips dan panduan Adsense yang diberikan ini dapat bantu anda membuat permohonan Google Adsense. Untuk lebih tips dan panduan dari A sampai Z, saya syor anda dapatkan Panduan Adsense Revive (2017) yang ditulis oleh sahabat saya .. saudara Shamsuriyadi.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

15 Komen

Assalamualaikom...Thank you for info adsense....Saya baru dapat full acc adsense ...biarpon sekadar blog picisan jalanan...

Reply

Terima kasih atas perkongsian. Kalau tak dapat adsense, mungkin blogger boleh guna alternatif iklan yang lain kan? :d

Reply

Thanks ya bang, post abang ni macam bantuan la buat saya, oh iya mohon bantuan nak up postingan saya ni, buka di Wdec Cream Review, and Testimoni Krim Wdec, dua post tu yang baru kami upkan. Terimakasih ka. Kalau sempat singgahlah balik ke tempat kami. hehe

Reply

Terima kasih sifu, banyak memberi tunjuk ajar yang bermanfaat dengan panduan dan teknik yang mudah. Saya pun baru approve akaun google adsense hasil kaedah yang diceritakan dalam blog ni.

Reply

Perkongsian yang menarik HH! Saya dulu pernah apply tapi tak dapat. Alhamdulillah kali kedua saya apply, Adsense dah approved seminggu yang lepas.hehe

Reply

Terima kasih. Harap lebih banyak blog berjaya buat duit dengan adsense dengan cara betul.

Reply

Adsense tak ambil kesah samada blog popular atau picisan ke apa ke .. janji ia ada trafik, dan kontennya bagus untuk pembaca dan juga pengiklan dalam Adsense.

Reply

Alhamdulillah. In Sha Allah, kalau kita tak putus asa, niat kita pun baik .. akan dipermudahkan.

Reply

Alhamdulillah, terima kasih sbb beritahu saya perkara ini. Lega hati saya, tak sia-sia saya tulis panduan adsense dalam blog ini untuk bantu blogger dapatkan akaun Adsense.

Reply

Terima Kasih atas perkongsian itu...

Reply

Memang ada banyak alternatif lain untuk Adsense. Saya dah pernah senaraikan lebih dari 100 alternatif untuk Adsense.

Reply
This comment has been removed by the author.

terbaiklah padat tepat sendat mantap penerangan

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.