Langkau ke kandungan utama

Tips Meramaikan Kawan

Tips Untuk Meramaikan Kawan. Biar kawan beribu, tapi kasih biar satu... uhhh perumpamaan ini memang cukup popular, terutama untuk lelaki playboy ... hahaha. Ada orang yang cukup mesra dan mudah untuk dapat kawan. Ada pula orang yang susah betul nak dapat kawan. Ok. Saya nak kongsikan tips untuk meramaikan kawan.

Kenapa perlu ramai kawan? Supaya nanti ... bila anda ada masalah, ada musibah .. mereka akan dapat bantu. Kenapa perlu ada lebih 1000 .. 5000 kawan? Supaya nanti separuh dari ramai kawan anda tu dapat bantu. Anda tentu maklum, bukan semua kawan-kawan anda akan tolong anda bila susah .. :)

Tips Meramaikan Kawan

Tips Meramaikan Kawan
In Sha Allah, tips yang akan diberikan ini cukup mudah untuk semua. Saya harap dengan tips ini dapat bantu mereka yang ada masalah untuk cari kawan bagi mendapat ramai kawan.

Baca pelan-pelan, tengok diri .. dan boleh praktikkan mana yang sesuai.
  1. Muncul di tengah-tengah khalayak - kalau anda duduk diam di rumah, berada di depan pc atau tv, tak memungkinkan anda akan mendapat ramai kawan. Hmm kawan online mungkin, tetapi bagaimana nak kenal hati budi, bagaimana nak tahu bentuk fizikal .. benar ujudkah atau hanya ujud di alam maya? Anda perlu bersosial, pergi ke majlis taklim, kenduri kendara, perjumpaan rukun tetangga dan sebagainya untuk menambah kenalan dan kawan.
  2. Terlibat dalam sesuatu kumpulan - anda boleh join gathering yang dianjurkan sesuatu komuniti online, seperti juga blogger, atau geng-geng forum yang punyai minat yang sama. Dengan berada dalam satu kumpulan minat ini, anda boleh berkongsi pendapat, pengalaman dan sebagainya.
  3. Bentukkan kumpulan - kalau tak ada group atau kumpulan untuk anda join, maka buat inisiatif untuk bentukkan kumpulan minat anda sendiri. Katakan anda sukakan fotografi, anda bentukkan satu kumpulan yang sama minat dengan anda, dan buat pertemuaan. Anda juga boleh lakukan sessi fotografi bersama, boleh ajak model ... :) hehehe....
  4. Berkata benda baik kepada orang lain - walaupun anda tidak kenal, jangan sesekali anda buat spekulasi dan gossip. Dalam meramaikan kawan, anda harus tampil sebagai kawan yang baik. Jika selalu suka bawak mulut, sapa yang nak kawan dengan anda?
  5. Senyum - benda paling mudah nak dibuat, dan merupakan isyarat paling mudah untuk menjalinkan persahabatan. Kalau anda melihat orang tersenyum kepada anda, dan anda senyum balik, pastinya akan ada rasa ingin kenal dan ingin tahu dalam diri. Tak percaya? Cubalah. Senyuman merupakan jambatan untuk menjalinkan persahabatan dengan orang sekeliling.
  6. Berkawan dengan kawan kepada kawan anda - cukup simple .. macam dalam Facebook, anda add kawan kepada kawan anda ..tak salah ... gitulah caranya dalam kehidupan realiti, anda berkawan dengan kawan-kawan kepada kawan anda ... :)
Ok .. selamat meramaikan kawan .. dan biarlah anda kenal kawan anda .. jangan macam dalam alam maya ni ... :)

Boleh follow FB saya di sini - http://www.facebook.com/blogger.hasrulhassan

Kita kenal2 dan boleh tanya pasal blog di situ ..


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Terima kasih .. :) entri lama tapi saya tulis semula

      Padam
  2. Terima kasih Bro HH... Tips yang sangat bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kaish .. lama tak nampak komen kat sini .. :)

      Padam
  3. item #1 tu betul. kebanyakkan orang sekarang lebih selesa duduk rumah dan melekat dengan gadget je. dalam sedar tak sedar, kawan maya je yang ramai. kena banyak bercampur. kalau apa-apa senang kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, ada di kalangan kita ni terutama blogger yang tak tahu pun siapa jiran mereka. Malang tu .. kalau jadi apa2 susah .. nak minta tolong rakan FB .. uhh susah kot.

      Padam
  4. satu orang musuh tegar lebih menyusahlan dari 5,000 orang kawan. Ker camaner?

    BalasPadam
  5. Yang bestnya ada kawan ni.. mereka la yang membantu kita ketika kita dalam kesusahan.. kan? :)

    BalasPadam
  6. Kadang2 menolong orang pun boleh meramaikan kawan atau mungkin lebih pada kenalan :) Bila2 je kita tolong orang, hubungan tu rasa lebih mesra

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  7. saya baru baca kalo kawan sikit hidup lebih bahagia...hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…