Dividen ASB dah diumumkan. Dividen ASB untuk tahun 2016 ialah 6.75 sen seunit, manakala bonus untuk ASB diberikan sebanyak 0.50 sen seunit. Ramai yang nampaknya agak kecewa dengan pengumuman ini, paling ketara ialah mereka yang meminjam untuk pelaburan jangka masa panjang ASB.

Sebenarnya, strategi membuat pinjaman untuk melabur adalah antara kaedah pelaburan yang baik, namun ia bergantung juga dengan strategi yang dilakukan. Seandainya membuat pinjaman untuk melakukan pelaburan, pastikan anda seorang yang berdisiplin dan tahu merancang kewangan dengan betul.

Tips Meminjam Untuk Pelaburan

Semasa saya bersembang dengan seorang usahawan kedai makan di tempat saya, beliau mengeluh kerana mengatakan bahawa beliau perlu menambah nilai pembayaran balik pinjaman ASB gara-gara dividen ASB yang agak rendah pada tahun 2016.

Langit Tidak Selalunya Cerah

Yang membebankan buat dirinya ialah, kesemua ahli keluarga, termasuk isteri dan anak-anaknya membuat pelaburan ASB menerusi pinjaman bank. Saya hanya terdiam tidak mahu komen apa-apa. Tapi saya sempat mengatakan pada beliau, bahawa isteri saya juga membuat pinjaman untuk pelaburan ASB tetapi telah memuktamadkan atau berhenti daripada skim pinjaman apabila melihat nilai Ringgit Malaysia yang semakin lemah di pasaran matawang.
Katakan tiba-tiba agihan pendapatan ASB lebih rendah berbanding caj bank, adakah pelabur mempunyai keupayaan untuk membayar ansuran bulanan? Mereka mungkin terpaksa menebus pinjaman berkenaan yang menyebabkan mereka kehilangan tabungan jangka panjang.
Saya pasti ramai antara pelabur ASB yang hadapi masalah seperti beliau, malah ada yang lebih teruk lagi apabila setiap kali dividen ASB diumumkan, setiap kali itulah pelabur itu mengeluarkan wang dividen dan bonus dari ASB. Akibatnya, simpanan yang sepatutnya bertambah sebelum ini, tidak memberikan apa-apa faedah pun padanya.

4 Tips Asas Meminjam Untuk Pelaburan ASB

Kerana itu, saya nak kongsikan beberapa tips pelaburan terutama untuk mereka yang menggunakan strategi meminjam daripada bank untuk pelaburan ASB.

  1. Meminjam untuk melabur membolehkan pelaburan berkembang lebih pantas kerana pelabur menerima pulangan dalam jumlah yang lebih besar, lebih cepat berbanding jika pelaburan dibuat secara sedikit demi sedikit. 
  2. Kuasa faedah kompaun akan mengembangkan pelaburan dengan syarat agihan pendapatan dilaburkan semula dan pelaburan dibuat untuk jangka panjang. Jika agihan pendapatan dikeluarkan, pelaburan tidak akan berkembang dengan pantas. 
  3. Pastikan anda mampu membayar ansuran bulanan menggunakan wang sendiri, bukannya daripada agihan pendapatan tahunan.
  4. Buat analisis mengenai kemampuan kewangan diri sebelum membuat komitmen supaya matlamat membina tabungan kukuh mampu dicapai. 

Lebih Baik Buat Tabungan Sendiri Untuk Pelaburan ASB

Pun begitu, saya lebih suka anda membuat pelaburan menerusi tabungan sendiri daripada membuat pinjaman daripada bank. Jika anda boleh konsisten membayar hutang kepada bank setiap bulan, apakata anda tukarkan bayaran balik pinjaman itu kepada simpanan dan tabungan anda sendiri.

Anda bukan sahaja tidak terikat dengan bank. Malah, boleh elakkan diri dari terjerat dengan caj faedah yang dikenakan dalam pinjaman pelaburan tersebut. Hati-hatilah dengan tawaran bahawa anda perlu membayar hutang bulanan yang rendah, kerana secara lazimnya berdasarkan kiraan tempoh tahunan anda bayar balik pinjaman ASB itu, anda sebenarnya telah rugi banyak - jika dibandingkan dengan konsistensi anda membuat tabungan sendiri pada kadar yang sama.

Mahu banyak tips untuk pelaburan ASB anda? Cuba dapatkan panduan ini - Panduan Ebook + DVD ASB GENIUS

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement