12 Januari 2017

Takwim Jadual Peperiksaan 2017

Setiap tahun akan ada ibu bapa yang mula rasa resah gelisah, Sebab apa? Sebab anak-anak mereka akan hadapi peperiksaan besar samada di sekolah mahupun di IPT. Begitu juga dengan calon-calaon peperiksaan ini. Sebagai langkah persediaan awal, mereka yang terlibat dengan peperiksaan utama di tahun 2017, kena alert dan maklum mengenai jadual peperiksaan masing-masing.

Ehemm bukan setakat mereka yang akan ambil exam penting ni je nak kena alert dan buat persediaan awal, tetapi juga ibu bapa. Apabila dekat nak peperiksaan besar macam ni, elok para ibu bapa berikan tumpuan dan sokongan untuk anak-anak ini. Tak tahu ngajar atau kongsi ilmu tak mengapa, tapi setidaknya berikan moral support, selain berusaha dengan cara berdoa dan sholat hajat.

Takwim Jadual Peperiksaan 2017

Berikut saya kongsikan takwim atau jadual peperiksaan awam penting untuk tahun 2017. Jika anda terbabit, atau anak-anak anda terbabit .. pastikan anda rujuk pada jadual ini ... kalau boleh anda cetak dan tampal. Tak pun, kalau rugi ink printer .. tandakan pada kalendar atau dalam planner.

Jadual peperiksaan 2017 ini melibatkan peperiksaan awam SPM, UPSR, PT3, PAV, STAM, PASR, juga beberapa peperiksaan badan profesional.
Takwim Jadual Peperiksaan 2017 - SPM, STAM, UPSR, PT3 ..
Sekiranya paparan di atas tidak jelas walaupun anda telah klik imej, anda boleh muat turun di sini - Takwim Exam 2017 Lembaga Peperiksaan

Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan bersama, in Sha Allah. Sudikan untuk kongsi kepada rakan dan sahabat anda yang lain. Minta mereka bersedia dan alert ... :)


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.


EmoticonEmoticon