Langkau ke kandungan utama

Takut Betul Kalau Goreng Hati

Benda yang saya fikir agak bahaya kalau saya menggoreng. Hati. Hati tak kiralah hati ayam ke, hati lembu ke ... kalau menggoreng memang kena extra waspada. Saya takut betul kalau menggoreng hati di dapur.

Hati antara menu goreng yang saya suka. Ianya mudah. Kalau makan dengan berulamkan jantung cicah sambal belacan, perghh .. memang terbaiklah.

Takut Betul Menggoreng Hati

Takut Betul Kalau Goreng Hati
Hati ayam memang sedap. Kalau kat Pasar Malam Parit Buntar, ia dijual secara cucuk, dengan setiap cucuk dijual antara RM2 - RM3. Untung banyak tu.

Selalunya, bila saya nak rasa makan Hati Goreng, saya akan terus ke pasar dan cari hati ayam yang kadangkala dijual berasingan dengan ayam bersih. Boleh juga didapati dengan mudah di pasaraya besar. Misalnya kat tempat saya, hati ayam boleh dibeli di Pasaraya Mydin.

Resepi Hati Goreng

Saya jarang menggoreng hati secara 'bersendirian'; untuk menambah perisa pada Hati Goreng, saya akan tambah bawang besar yang dihiris halus bersama dengan potongan cili kering. Kalau tak ada Cili Kering, saya akan gunakan Cili Api. Barulah ada rasa bebawang dengan sedikit pedas.... nyum nyum ...
Resepi Hati Goreng
Nak menggoreng Hati Ayam perlukan minyak yang agak banyak. Dan apabila menggoreng Hati Ayam ni perlu berhati-hati sebab ia meletup dan minyak panas boleh memercik ke tubuh.

Uhh .. saya dah beberapa kali terkena percikan minyak panas ketika menggoreng Hati Ayam ni ...

Tu sebab kadangkala, saya tak masak atau goreng sendiri, lebih suka beli je di kedai. Tapi, kalau dah ada keinginan sangat ... terpaksa jugalah .. haha.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Bila mengoreng pakai baju bro, taklah tubuh terkena minyak.

    Hahaaa.

    BalasPadam
  2. Hati ayam goreng bagus untuk mereka yang kurang darah atau lebih tepat anemia tapi awas jangan makan banyak...fav SA gak ni..selalu buat..

    BalasPadam
  3. favorite ni kalau ada hati ayam dengan sambal belacan lagi power!

    BalasPadam
  4. hahahaha~ saya suka hati goreng tapi time goreng tu kena api kecik + tutup dengan tudung periuk.. agak2 dia dah nak keras sikit tu intai la untuk dibalik2kan..

    BalasPadam
  5. Kena guna sudip yang panjang pemegangnya ngeh!ngeh!ngeh!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…