Langkau ke kandungan utama

Kami Dah Shopping Baju dan Kelengkapan Untuk Baby Baru

Semua pasangan mahukan anak. Malah ada pasangan yang sudahpun memiliki sederetan anak masih mahu lagi mempunyai anak. Anak adalah rezeki dan anugerah dari Tuhan. Apabila isteri saya memberitahu bahawa kami akan mendapat kehadiran cahayamata baru, saya rasa sangat teruja.

Alhamdulillah, sungguh tak sangka sebenarnya. Paling tak sangka ialah isteri saya dapat mengandung lagi walaupun kami sama-sama sudah berada di umur mencecah lebih 40an.

Dah Mula Shopping Baju Baru Untuk Baby Baru .... 

Semasa mendapat berita gembira ini, ada rasa khuatir juga. Yelah, agak berisiko tinggi sebenarnya terutama buat isteri saya untuk mengandung baby baru. Memang ada kajian dalam kesihatan yang mengatakan sedemikian. Malah, kalau anda tanya mana-mana bidan kerajaan, mereka memang tidak menggalakkan si ibu mengandung pada usia melebihi 40 tahun.

Allah Tunjukkan Jalan Pada Kami ...

Pun begitu, apabila ada rasa gusar di hati .. Allah tunjukkan jalan kepada kami berdua. Allah tunjukkan bahawa ramai antara sahabat-sahabat dan kenalan kami yang mempunyai baby baru ketika berusia 40an.

Serius. Satu persatu rakan-rakan sebaya kami mewarkan berita gembira bahawa mereka telah mempunyai baby baru dalam keluarga. Tak sangka sungguh, kami tidak bersendirian.

Anak-anak kami juga menyambut berita ini dengan sangat seronok. Masing-masing sudah punyai hasrat untuk menamakan baby baru yang bakal lahir sekitar bulan April 2017 ini, in Sha Allah. Macam-macam nama muncul dari Zikri dan Maira. Tak sangka mereka ada idea kreatif untuk menamakan bakal adik baru mereka.
[Baca] Tips Untuk Mendapatkan Anak - Susu Kambing Dengan Kurma
Saya sebagai ayah, mula dah rasa gugup ... Gugup sebab risau skill mengasuh baby kecil dah hilang. Al maklumlah, lama betul meninggalkan tugas-tugas seperti itu.

Cari Barang Baby Yang Masih Disimpan

Bila konfem sahaja isteri saya mengandungkan baby baru .. uhh apalagi, masing-masing punggah balik barangan lama baby yang ada tersimpan. Hmm tak banyak, sebab kebanyakan peralatan dan baju baby dah kami sedekahkan kepada ipar-duai kami. Nak mintak balik .. uhhh .. tak baik buruk siku kata orang tua lelama .. hehehe..

Jadi, kami perlu shopping baju dan kelengkapan baru untuk baby baru. Sepertimana diri kami, yang perlu kembali lengkapi diri dengan skill mengasuh dan menjaga baby kecil yang sudah lama ditinggalkan - tujuh tahun .. tujuh tahun weihh ... fuh. Rasa macam pasangan yang baru sahaja berkahwin .. haha.
Shopping baju baru baby macam dipermudahkan pula pada kami. Ada banyak shopping spree yang menawarkan baju baby dengan diskaun dan harga yang murah. Jadi, memang tak jadi masalah langsung untuk kami anak beranak shopping baju baru untuk baby baru.

Bukan setakat jualan di pasaraya besar dan kedai-kedai baby, tetapi juga banyak sales secara online untuk barangan dan produk baby, termasuklah untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Uhh syukur sangat segala perjalanan baru ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Online shopping Malaysia seperti Lazada, Zalora, 11th Street masing-masing ada tawaran diskaun untuk produk-produk seperti baju baby newborn, botol susu, pelapik, malah ada diskaun untuk bedung moden untuk baby baru lahir dan macam-macam lagi.


Saya sendiri dah beli lampin pakai buang jenama terkenal menerusi Lazada Malaysia dengan harga yang sangat-sangat murah. Alhamdulillah... dah pun berada di dalam simpanan di rumah dengan selamatnya. Tunggu pun tak lama. dalam 3 hari selepas buat pesanan di Lazada, 'pampers' pun sampai dalam kotak yang besar .. uhh beli boronglah katakan. Lagi best, tiada caj penghantaran dikenakan.

Baju baby baru semua sudah cukup. Dah siap basuh dah .. huhu ... Begitu juga dengan beberapa kelengkapan lain.
Sekarang .. hanya menunggu masa dan ketika untuk baby baru melihat dunia. Semoga isteri saya akan selamat melahirkan anak kami yang keempat.. in Sha Allah, dijangka dalam bulan April 2017.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Terima kasih .... lain macam rasa bila dapat baby di usia2 macam ni .. hehehe

      Padam
  2. tahniah sifu HH...semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  3. wahh, tahniah. jgn risau rezeki Allah kan. moga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…