Antara kerjaya yang bergaji lumayan di dunia ini yang ada kaitan dengan minat adalah kerjaya sebagai pemain bolasepak profesional. Di Malaysia pun, ada pemain bolasepak profesional yang bergaji jauh lebih tinggi daripada kerjaya profesional yang lain. Apatah lagi kalau pemain bolasepak itu bermain untuk sebuah kelab yang ada nama, bereputasi tinggi, serta berduit ...

Kelab-kelab bolasepak dunia ini sanggup bayar gaji yang tinggi untuk pemain mereka sebab mereka adalah aset. Aset yang boleh memberikan pulangan yang lumayan untuk mereka dalam jangkamasa panjang. Menerusi pemain bolasepak inilah, mereka boleh reka cenderamata, pakaian, dan macam-macam lagi untuk menjana pulangan lumayan.

Gaji Pemain Bolasepak Real Madrid 2017

Jadual Gaji dan Kontrak Pemain Bolasepak Real Madrid
Antara kelab bolasepak yang membayar gaji tinggi kepada pemain-pemainnya adalah kelab bolasepak Real Madrid. Real Madrid merupakan antara kelab bolasepak yang terkaya di dunia, dan digeruni. Kelab ini berasal dari Sepanyol, dan memiliki barisan pemain bolasepak profesional yang berkualiti dan terbaik.

Saya nak kongsikan kepada anda fakta menarik gaji setiap pemain bolasepak Kelab Real Madrid ini. Fakta ini betul semasa entri ini ditulis, dan ia merupakan gaji pemain untuk musim 2017. Anda pasti terkejut melihat gaji mereka ...

Jadual Gaji dan Kontrak Pemain Bolasepak Real Madrid

Gaji & Kontrak Pemain Bolasepak Real Madrid 2016-2017
PemainUmurGaji Mingguan (Pound)Kontrak
Keylor Navas
29£55,0004 Years (2020)
Kiko Casilla
29£25,0004 Years (2020)
Rubén Yáñez
22£4,000
Sergio Ramos30£160,0004 Years (2020)
Raphaël Varane23£80,0004 Years (2020)
Pepe 33£110,0001 Year (2017)
Nacho Fernández26£60,0004 Years (2020)
Marcelo28£80,0004 Years (2020)
Fábio Coentrão28£80,0003 Years (2019)
Daniel Carvajal23£35,0004 Years (2020)
Danilo 24£60,0005 Years (2021)
Mateo Kovacic
22£60,0005 Years (2021)
Casemiro24£45,0001 Years (2017)
Toni Kroos26£156,0004 Years (2020)
Luka Modric (Kontrak Baru)30£180,0004 Years (2020)
James Rodríguez25£120,0004 Years (2020)
Isco 24£60,0002 Years (2018)
Marco Asensio
20£10,0004 Years (2020)
Cristiano Ronaldo (Kontrak Baru)31£365,000 (Selepas cukai)5 Years (2021)
Álvaro Morata23£80,0005 Years (2021)
Mariano Díaz23£5,0005 Years (2021)
Gareth Bale (Kontrak Baru)27£350,0006 Years (2022)
Karim Benzema
28£150,0003 Years (2019)
Lucas Vázquez (Pemain Baru)25£30,0004 Years (2020)

Gaji Cristiano Ronaldo Seminggu

Daripada fakta di atas, anda pasti ternganga dengan gaji Cristiano Ronaldo. Gaji di atas adalah kiraan mingguan. Jadi kalau bulan, anda bolehlah congak darab 3 atau 4 .. pastu darab pula dengan  £1 = 5.44 MYR (14 Jan 2017). Ini bermakna gaji Cristiano Ronaldo adalah tertinggi di kelab tersebut.
Gaji Cristiano Ronaldo Terbaru di Real Madrid 2017
Ini fakta hangat - Cristiano Ronaldo bukan hanya pemain tertinggi dibayar Madrid tetapi pemain bola sepak dunia yang menerima gaji paling mahal iaitu £ 365,000 seminggu (MYR 1,984,414.85). gaji ini pula adalah gaji bersih selepas cukai di Sepanyol. Cukai di Spain agak tinggi iaitu sekitar 52% daripada pendapatan kasar.

Jadi, ini bermakna gaji sebenar (sebelum cukai) Cristiano Ronaldo di kelab gergasi Sepanyol itu adalah sekitar £ 700,000 seminggu atau MYR 3,805,727.10.
Perghh .. memang lumayan. Gaji bersih sebulan Cristiano Ronaldo secara kasarnya selepas ditolak cukai adalah sekitar MYR 7.9 Juta. Kita di Malaysia ni kalau gaji setahun MYR 1 juta pun dah dikira kaya raya dah.

Seorang lagi pemain Madrid yang bergaji lumayan ialah Gareth Bale yang menerima gaji £ 350,000 seminggu selepas kontraknya diperbaharui sehingga tahun 2022.

Uhh bayangkan setahun mereka dapat gaji berapa?

Income Real Madrid

Sebagai info tambahan ..

Pendapatan pasukan Real Madrid pada tahun 2015 adalah sekitar USD 660 Juta dengan keuntungan bersih USD 43 Juta. Dan jersi Cristiano Ronaldo sahaja berjaya dijual lebih 1 juta unit setahun, dengan setiap satunya berharga antara USD 100 - USD 120 sepasang.

Pelaburan yang bernilai .. kan? Berani keluar modal besar, hasilnya juga lumayan. :) Nampak tak?

Hmm gamaknya berapa gaji sebulan pemain bolasepak di Malaysia ye? Huhu...

Sumber: www.totalsportek.com

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement