Skip to main content

Restoran Abang dan Keluarga Untuk Tempat Makan di Cameron Highlands

Kalau anda ke Cameron Highlands, saya syor anda untuk makan di sini - Restoran Abang dan Keluarga. Restoran ini terletak di Tanah Rata, seberang sungai yang memisahkan Terminal Teksi dan Bas Cameron Highlands. Anda boleh menikmati makanan dari pagi sampai ke malam di restoran ini.

Jika sebelum ini, saya pernah cerita mengenai Nasi Lemak Abang Strawberri yang terletak di Taman Sedia, Cameron Highlands .. kali ini saya nak beritahu mengenai tempat makan yang sedap di Cameron Highlands, terutama jika anda mencari tempat makan untuk tengahari (lunch).

Restoran Abang Dan Keluarga Untuk Lunch di Cameron Highlands

Restoran Abang dan Keluarga Untuk Tempat Makan di Cameron Highlands
Cameron Highlands sebenarnya memang mewah dengan restoran; tetapi agak malang sekali .. jika anda nak mencari makan lauk-pauk tengahari agak sukar sedikit.

Jika untuk sarapan, in Sha Allah tak sesusah mana sebab di Tanah Rata ada banyak kedai yang menjual sarapan pagi. Kalau tak pun, anda boleh ke Brinchang di mana ada banyak penjual nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan. Untuk menu yang agak unik, boleh ke Taman Sedia, dan rasai sendiri Nasi Lemak Sambal Strawberri.
[Baca] Promosi Percutian Awal Tahun 2017 - Dapatkan Diskaun dan Tawaran Menarik
Jika ke Cameron Highlands, antara lokasi cari makan untuk tengahari adalah di Medan Selera Brinchang (sebelah hentian teksi), tak pun di beberapa kedai makan Melayu berdekatan dengan BSN Brinchang.

Tapi untuk percutian awal tahun 2017, saya dan keluarga memilih Restoran Abang dan Keluarga yang terletak di Tanah Rata untuk pilihan makan tengahari. Memang menarik pilihan lauk-pauk yang ada di restoran ini. Dan paling best ialah sambal strawberri yang merupakan signature dish untuk jenama 'Abang' di Cameron Hughlands.
Restoran Abang dan Keluarga Untuk Tempat Makan di Cameron Highlands
Sebelum ini, saya cuma sebut lokasi tempat makan ini untuk pilihan terbaik Steamboat halal di Cameron Highlands. Uhh kalau anda layan makan steamboat di sini memang puas dan kenyang. Pilihan selain bahan steamboat pun ada disediakan. Begitu juga air .... ada panas, ada sejuk. Hanya bayar makan satu kepala ... kepala tu boleh makan semua benda .. haha. In Sha Allah, murah dan berbaloi.

Tips - Datang awal kalau nak harga makan diskaun di Abang Buffet Steamboat and Grill.

Mungkin ada di antara anda susah nak jumpa tempat makan ni, memandangkan lokasinya yang agak tersorok dari jalan besar. Untuk mudahkan anda, anda hanya perlu cari Cool Point Hotel atau Taman Abang di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Kenapa Jadi Pilihan Tempat Makan di Cameron Highlands?

Kami suka memilih makan tengahari dan juga steamboat waktu malam di restoran ini sebab suasananya yang nyaman, dan tak ada masalah parking. Kemudian, boleh pilih samada mahu duduk makan secara bersila atau berkerusi. Layanan pun agak baik, dan saya serta isteri memang puas hati makan di Restoran Abang dan Keluarga ini.

Jadi, kalau anda mencari pilihan atau tempat makan yang best di Cameron Highlands, boleh terus ke restoran ini. :)
Restoran Abang dan Keluarga Untuk Tempat Makan di Cameron Highlands
Tambahan lagi, ia juga tempat unik untuk bergambar sebab dekorasi yang ada memang tak dapat di mana-mana tempat lain di Cameron Highlands...

p.s: Mintaa maaf tak dapat nak ambil gambar menu makanan sebab lapar sangat dah .. haha

Comments

  1. tertunggu- tunnggu jugak gambar makanan sebab nak tngok makanan tp mesti sedap sangat tu sampai tak sempat tngkap gmbr.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.