Skip to main content

Merawat & Mencantikkan Kulit Wajah Dengan D’Ida Bellezza

Merawat dan Mencantikkan Kulit Wajah Dengan D’Ida Bellezza. Orait, saya tahu dan sedar ramai pembaca blog saya adalah wanita. Jadi, saya nak kongsikan satu info berkaitan tips kecantikan dan perawatan kulit wajah, dengan memperkenalkan dua produk dari D’Ida Bellezza Skincare.

Siapa yang tidak mahukan kulit yang cantik ye tak? Malahan di zaman serba moden ini, soal kecantikan kulit bukan hanya dititik-beratkan oleh kaum wanita, tetapi juga oleh golongan lelaki metroseksual... lagi-lagi kulit wajah!

Jom Cantik Together Gether Dengan D’Ida Bellezza

Merawat dan Mencantikkan Kulit Wajah Dengan D’Ida Bellezza
Anda ada masalah kulit wajah? Ok. Dua produk dari D’Ida Bellezza Skincare ini akan dapat bantu selesaikan masalah kulit wajah anda. Dua produk tersebut adalah Cleanser D’Ida Bellezza dan juga Serum D’Ida Bellezza. Ia merupakan set perawatan dan penjagaan kulit wajah yang membolehkan anda merawat, mencantikkan dan mengekalkan kulit yang sihat.

Ramai sebenarnya yang menghadapi masalah kulit ini. Saya sendiri tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit yang tidak sihat. Bila kulit tidak sihat, ia akan nampak kusam, pudar, berbelak-belak (tona kulit tak sekata), kemudian tumbuh jerawat sana sini, kulit nampak kering, jadi kasar dan tidak segar.

Perkara ni mungkin ramai dah tahu ..

Salah satu aspek penyeri wajah adalah mempunyai kulit yang sihat. Tu sebab kita lihat wajah pengantin berseri-seri semasa bersanding ... hoho .. mana taknya, berminggu-minggu sebelum hari persandingan, sudah mulakan rawatan kulit dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jangan kata wanita, lelaki pun ada yang dah keluar masuk spa dan buat rawatan untuk kulit, terutama kulit wajah ... gitu .. haha.

Nak terus wajah berseri, mahu kulit wajah nampak cantik, mulus, cerah, segar dan sihat .. maka kena pastikan kulit wajah mendapat perhatian dan rawatan sewajarnya.
Cara Rawat dan Miliki Kulit Wajah Cantik dengan D'Ida Bellezza

Jadi, mengapa tidak mencuba produk dari D’Ida Bellezza Skincare?

D’Ida Bellezza menyediakan anda dengan set perawatan dan kecantikan yang datangnya dari sumber semulajadi, Sumber semulajadi memang sudah menjadi trend masakini untuk perawatan dan penjagaan kulit. Mengapa? Sebab ia terbukti memberikan kesan yang sangat baik.
Produk D'Ida Bellezza Skincare diedarkan oleh OSRA BEAUTY ENTERPRISE (002553147-H) dan merupakan produk keluaran OSRA MANAGEMENT and SERVICES SDN BHD

Kandungan Bahan dan Kelebihan Produk D’Ida Bellezza

Cleanser dan Serum D'Ida Bellezza
Banyak produk lain juga gunakan sumber semulajadi, jadinya .. apa istimewanya produk dari D’Ida Bellezza? Mari kita tengok apa kandungan semulajadi dalam produk Cleanser D’Ida Bellezza dan Serum D’Ida Bellezza ini ye ....

Kandungan Semulajadi Dalam Produk

Cleanser
  • Aloe Vera
  • Bearberry
  • Cucumber
  • Tiny White
  • Willow Herb

Serum
  • Bearberry
  • Canadian Willow Herbs
  • Sym Calmine
  • Tiny White

Kelebihan Produk D'Ida Bellezza

Sekarang anda dah tahu sedikit sebanyak kandungan bahan semulajadi yang digunakan untuk produk perawatan dan penjagaan kulit wajah dari D'Ida Bellezza ini. So? Apa kelebihan bahan-bahan tersebut? Apa kebaikan Cleanser dan Serum yang dihasilkan? Apa fungsinya?

Setiap produk berlainan isi kandungannya, begitu juga dengan kesan. Ada yang boleh berikan kesan cepat, dan ada pula produk yang memerlukan tempoh yang agak panjang untuk menampakkan hasil. Yelah, kulit manusia ni mana sama semuanya. Warna kulit pun dah ada yang lain-lain, ye tak?

Mari kita lihat apa kelebihan yang ada dalam produk D'Ida Bellezza ni. Kena ambil tahu dulu sebelum nak guna. Biar ia benar-benar dapat selesaikan masalah kulit anda. Jom lihat ...

Cleanser
  • Membersihkan dengan mendalam
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerah kulit secara semulajadi
  • Memudarkan pigmentasi dan menyamaratakan tona kulit
  • Mengekalkan Kelembapan kulit
  • Melembutkan dan menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Merawat dan mengurangkan masalah jerawat
  • Melambatkan proses penuaaan

Serum
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Merawat kulit yang mengelupas
  • Merawat kulit yang luka dan pecah
  • Anti aging (dapat mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit wajah)
  • Membantu untuk mengecilkan pori-pori di kulit wajah
  • Menyerap lebihan minyak pada kulit wajah
  • Mengurangkan ruam kecil pada kulit
  • Mengurangkan jerawat dan menghilangkan parut jerawat
  • Mencerahkan kulit wajahdengan semula jadi
  • Menghilangkan jeragat dan bintik bintik hitam

Produk Lulus KKM serta Selamat

Nombor Pendaftaran KKM Produk D'Ida Bellezza
Kedua-dua produk dari D'Ida Bellezza adalah selamat, ianya tiada kandungan berbahaya seperti Merkuri (logam berat), malah setiap produk ini telah diluluskan oleh KKM. Maka, seharusnya anda boleh gunakan tanpa rasa ragu, dan in Sha Allah, produk-produk ini adalah halal kerana ia menggunakan sumber tumbuhan alam semulajadi.

Oh ya, bercakap soal menggunakan produk ... saya terlupa nak sertakan cara-cara untuk menggunakan kedua-dua produk perawatan dan penjagaan kulit wajah dari D'Ida Bellezza ini...huhu.

Cara Gunakan Produk D'Ida Bellezza

Penting ya untuk tahu cara guna yang betul. Kadangkala, walaupun produk itu sudah diakui memberikan kesan yang sangat bagus, andai si pengguna tidak menggunakan dengan cara yang betul ... tak afdal juga. Sia-sia dah ada, tapi tak reti nak pakai .. hahahaa...

Jadi, saya nak beritahu bagaimana nak gunakan produk ini.

Cleanser - Basahkan muka anda, kemudian letakan Cleanser ke tapak tangan anda. Buihkan Cleanser tersebut dan bersihkan wajah anda dengan menggosokan di keseluruhan muka. Bilas dengan sempurna. Kemudian keringkan wajah dengan tuala bersih.

Serum - Sapukan serum keseluruhan permukaan kulit wajah selepas mencuci wajah dengan urutan memutar.

Aha .. alaaaa mudahlah sangat kan? Tak rumit mana ...
Jom Cantik Together Gether dari D'Ida Bellezza
Berminat nak mencuba produk perawatan dan penjagaan kulit wajah dari D'Ida Bellezza tak? Info seperti di bawah:
Tempahan/Belian – Tel/WhatsApp : 013-3498698 / 013-3498894
Facebook: D’Ida Bellezza_Official HQ
Instagram: didabellezzaoffhq

Info Syarikat
Pengedar – Osra Beauty Enterprise (002553147-H)
Hak milik penuh – Osra Management dan Services Sdn Bhd
Alamat HQ: No.13B, Jalan SG 1/6, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Seandainya anda berminat untuk menjadi agen  – Tel/WhatsApp: 013-3498698 / 013-3498894

Comments