Satu lagi TVC yang best untuk dilayan. 'Money That Grandma Owes Me' adalah iklan komersil (TVC) daripada Maxis sempena Tahun Baru Cina 2017. Sepertimana TVC daripada Petronas, iklan Chinese New Year 2017 daripada Maxis ini juga memberikan satu nostalgia peribadi pada diri saya.

Memang bijak sungguh Maxis menarik perhatian saya untuk tonton iklan Tahun Baru Cina 2017 dari awal sampai habis.

TVC Iklan Tahun Baru Cina 2017 Maxis

TVC Iklan Tahun Baru Cina 2017 Maxis
Awal-awal iklan dah menarik .. apabila ia paparkan gelagat seorang cucu dengan neneknya. Si nenek bertanya .. apa cita-cita si cucu; cucunya jawab .. "Saya mahu jadi jutawan".

Dan aksi si cucu mencabut uban nenek terus imbau kenangan saya sewaktu kecil ....

Satu uban .. seposen. Wahh ini memang lejen ....

Dan bila lama-lama saya tonton TVC ini, saya rasa sedih, sayu dan sebak pula .. adeh. Anda kena tonton juga .. untuk tahu kenapa .. huhu.


Bila dah habis tonton, saya baru tahu .. bahawa iklan Maxis ini bukan sekadar nak memberikan mesej mengenai kehidupan, tetapi juga ada komersil di akhirnya.

UHh ada angpow yang boleh ditanam dan keluarkan pokok bunga .. !!!

Menarik sungguh. Dan untuk dapatkan angpow so special itu, anda kena .....  sekali lagi kena lihat balik TVC Money That Grandma Owes Me - Maxis sempena Tahun Baru Cina 2017... hehehe

Ini satu lagi TVC dari Maxis sempena Tahun Baru Cina 2017 ... 'The 50-Years Promise'




1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement