Ada pelbagai cara untuk kerja dari rumah. Salah satu cara untuk kerja dan jana pendapatan dari rumah ialah dengan menjual produk orang lain. Hmmm anda mungkin ingat saya perkatakan mengenai dropship .. hehehe.. .. tapi bukan. Saya ingin perkatakan mengenai cara lain, iaitu affiliate.

Kenapa saya suka kerja dari rumah dengan jual produk affiliate ini? Sebab ianya agak mudah pada pandangan saya. Dan paling best sebab income yang boleh saya terima amat tinggi, melebihi 50% daripada harga produk.

Kerja Dari Rumah Jual Produk Orang Lain Menerusi Program Affiliate Percuma

Kerja Dari Rumah Jual Produk Orang Lain
[post_ads]
Sebagai seorang house husband dan juga blogger sepenuh masa; saya tidak boleh kekal dengan satu sumber untuk jana pendapatan setiap bulan. Saya perlu ada banyak sumber agak pendapatan itu berterusan. Dan antara banyak cara dan sumber saya dapatkan income online ini adalah menerusi program affiliate.

Program affiliate adalah sebuah program percuma. Anda tidak perlu bayar apa-apa untuk sertai program ini. Menerusi program affiliate, sesiapa pun boleh sertai dan jana pendapatan menerusinya. Anda tidak semestinya mempunyai laman web, blog atau laman sosial pun untuk jual produk affiliate ini. Anda boleh jual produk affiliate ini menerusi cara lain seperti SMS ataupun WhatsApp ... malah, boleh juga jual cara konvesional - tempek iklan di billboard percuma atau berikan flyers pada orang lain yang datang ke pasar malam.

[Baca Nie ...] Kerja Dari Rumah Dapat Income USD

Anda boleh mulakan kerja dari rumah jual produk orang lain samada dengan modal besar, modal kecil ataupun tanpa modal sekalipun. Modal ini dikeluarkan hanya untuk satu tujuan sahaja iaitu promosi. Anda tidak perlu nak beli produk, simpan stok atau uruskan penghantaran.

Jenis Promosi Boleh Dibuat

Promosi ini seperti saya katakan tadi, ada dua bentuk ...

  1. Promosi dengan kos - contohnya; cetak flyers, buat banner, buat FBads, buat Google Adwords, upah blogger, iklan di laman web pengiklanan dan macam-macam lagi.
  2. Promosi tanpa kos nyata - gunakan laman sosial seperti FB, Instagram, Twitter sendiri; gunakan blog sendiri, gunakan SMS atau WhatsApp

Promosi tanpa kos nyata ini adalah kos yang tidak perlu anda keluarkan duit kos direct; tapi masih perlu keluarkan kos untuk bil elektrik, bil internet, bil telco telefon dan sebagainya. So, promosi gunakan tools yang memang telah anda ada.

Kerja dari rumah jual produk orang lain menerusi affiliate ini best sebab permintaannya tinggi malah ia mempunyai pelbagai produk yang relevan dengan keadaan semasa. Pasarannya pula adalah untuk golongan yang memang tak ada masalah untuk keluarkan duit.

Cuba lihat komisen terbaru yang saya terima menerusi program affiliate ini, hanya kerja dari rumah depan PC sahaja ..
Kerja Dari Rumah Jual Produk Orang Lain

Produk Affiliate Mudah Dijual

Produk dalam program affiliate pula ada pelbagai niche.

Menerusi program affiliate percuma anda boleh jual produk orang lain dalam niche berikut:

  • Hartanah - buku, ebook, dvd, dan seminar 
  • Permotoran - buku, kenderaan, lesen, cukai jalan, ebook, dvd
  • Pemasaran - buku, ebook, webinar, dvd dan seminar
  • Telekomunikasi - simkad, buku, ebook, webinar, seminar, keahlian
  • Peruncitan - Tesco, Sen Heng, AEON Jusco, Samsung, Apple
  • Pakaian - pakaian berjenama, tudung, pakaian dalam 
  • Pendidikan - keahlian, buku, ebook


Dan banyak lagi .....

Anda akan dibayar mengikut komisen yang ditetapkan bagi setiap produk. Komisen ini pula ada yang dari 10% hingga 60% dari harga jualan produk.

Cara pembayaran pula ada yang bayar terus ke akaun bank anda, ada juga menerusi Paypal dan ada juga yang bayar menerusi cek.

Cuba bayangkan anda jual produk orang lain berharga RM100, dan komisennya pula adalah 60% bagi setiap jualan .... andai terjual satu produk, anda sudah layak terima komisen sebanyak RM60. Jika dua atau lebih?

Dan bayangkan juga jika anda berjaya jual produk tersebut dalam masa sehari sahaja. Bagaimana dua hari atau seminggu (7 hari). Katakan satu jualan setiap hari selama 7 hari - RM60 x 7 hari = RM420 seminggu!

Itu untuk satu produk. Bagaimana kalau anda berjaya jual untuk dua jenis produk dengan komisen sama?

Lumayan kan?

Inilah antara cara saya jana income kerja dari rumah.

[Baca Nie ...] Bagaimana Blogger Malaysia Jana Income USD Tanpa Menjual/Tanpa Promosi

Dengan menggunakan kelebihan saya mempunyai blog sendiri (yang dihasilkan secara percuma), mempunyai FB Page sendiri (juga percuma), Facebook (percuma), dan Instagram (percuma) ... saya lakukan promosi dan jual produk affiliate milik orang lain. Hasilnya, saya dapat komisen hampir setiap hari dari serendah RM5 hinggalah ke ratusan ringgit.

Nampak sedikit dan kecil ... tapi bak kata orang tua-tua ... 'Sedikit-sedikit .. lama-lama jadi bukit'.


Nak buat duit kerja dari rumah menerusi program affiliate tak boleh tamak. Anda perlu konsisten, istiqomah dan tahu apa yang anda promosi dan jual kepada orang lain. Bila anda tahu apa yang anda nak jual, maka mudahlah untuk anda terima komisen bagi setiap jualan.

Anda rasa berbaloi tak untuk sertai program affiliate ni selepas baca apa yang saya tulis?

Anda nak belajar tak? Nak tahu lubuk untuk dapatkan produk affiliate yang mudah dan senang untuk dijual tak?

Sumber Belajar Affiliate Untuk Newbie

Saya ada sumber untuk anda buat rujukan dan panduan. Panduan ini berharga sangat murah. Anda bakal mendapat ilmu daripada rakan saya yang lebih berjaya daripada saya dapatkan income menerusi affiliate ini, dan beliau merupakan seorang bekas Chef berasal dari Sabah.

Berminat? Hanya beberapa ringgit pelaburan untuk ilmu mengenai affiliate, dan ia ditulis khas dan khusus untuk mereka yang baru nak kenal mengenai affiliate ini. Hanya klik pada pautan/link di bawah ini untuk anda dapatkan panduan ini.


Jika anda masih fikir-fikir untuk dapatkan panduan ini, cuba baca post saya yang ini pula - Review Panduan Affiliate Sempoi Tapi Power

Best oo.. kerja dari rumah jual produk affiliate ni. Ramai rakan-rakan saya yang berjaya dapat komisen 6 angka hanya dengan satu niche produk affiliate je. Dan rahsia ini boleh anda dapat dalam panduan affiliate di atas.

Saya sudah sertai beberapa program affiliate percuma sejak saya kenal internet lagi (tahun 2000). Tapi ketika itu, kebanyakkan program affiliate yang ada datangnya dari luar negara. Agak susah nak jual di pasaran Malaysia sebab semuanya dalam USD, dan berbahasa Inggeris. Dan pada ketika itu, kadar penembusan internet di Malaysia masih rendah.

Tapi tak macam sekarang ... hampir semua orang dah ada smartphone; dah ada facebook ... maka agak mudah nak jual produk affiliate ini, dengan syarat anda tahu gunakan tools untuk mempromosikannya. :)

Ok ye .. sampai jumpa lagi di lain post, jangan lupa untuk dapatkan panduan tersebut .. hanya RMXX sahaja. Klik pada pautan di bawah untuk buat  tempahan anda.


Bila dah dapat .. terus baca, terus apply dan mula jana income dari rumah dengan jual produk orang lain ini .... huhuhu.

Saya seorang house husband, dan saya kerja dari rumah.
[post_ads_2]

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul..setuju... LeYa join Klikjer.com pun dari pembacaan blog Abg HH. Memang sangat best bila dapat jana income terus menerusi blog dan depan pc je.. ALhamdulillah...terima kasih Abg HH yang banyak memberi ilmu.

    BalasPadam
  2. yup betul, tapi sayangnya tak banyak macam kt luar negara..sikit sangat pilihan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement