Langkau ke kandungan utama

Jahit Baju Sekolah Sendiri Untuk Jimat Kos

Untung saya dapat isteri yang memang suka menjahit. Alhamdulillah, tak sia-sia ada mesin jahit jenama Raleigh di rumah. Kali ini, isteri saya gunakan skill barunya untuk jahit baju kurung dan tudung sekolah untuk anak perempuan saya, yang di tahun 2017 ini masuk Tahun Satu.

Ini bukan pertama kali isteri saya menjahit baju untuk keperluan keluarga. Malah, pernah sekali isteri saya buat set pakaian lengkap untuk hari raya - baju melayu dan baju kurung untuk kami. Saya tak ingat Hari Raya tahun bila, tapi memang pernah ... sekali tu .. huhu.

Jahit Baju Sekolah Untuk Anak-Anak Supaya Jimat Kos

Jahit Baju Sekolah Untuk Jimat Kos
Tahun ini (2017), salah seorang anak saya iaitu yang sulong diterima masuk ke sekolah Agama berasrama; jadi kos persekolahan tahun ini boleh dikatakan meningkat berkali ganda. Al maklumlah, kos masuk SMKA Ulul Albab ni bukannya sedikit .. banyak keperluan perlu disediakan.

Maka, isteri saya ambil inisiatif untuk sekurang-kurangnya dapat menjahit baju sekolah untuk salah seorang anak kami. Lagipun, semasa cuti panjang selepas tamat belajar di UM, isteri saya ada ambil kursus menjahit di rumah orang. Katanya nak tambah dan pertajamkan skill, sebab ada ilmu menjahit yang belum khatam sepenuhnya.

Memang Jimat

Kali ini, isteri saya sempat menjahit beberapa pasang baju kurung sekolah serta tudung untuk anak perempuan saya, si Maira yang masuk Tahun 1. Hmm... tiada komplen dari Maira, malah bangga sebab baju sekolahnya .. Mama dia yang jahit dengan keringat dan usaha sendiri.

Uhh .. memang jimat banyak kalau dah jahit baju kurung sekolah ni.

Saya tunjukkan hasil tangan isteri saya ni .. huhu .. ada komen? Hehehe... satu baju kurung untuk sekolah KAFA, dan satu baju kurung putih dalam fasa awal .. huhu.
Jimat Kos Persekolahan Anak-Anak Dengan Jahit Baju Sekolah Sendiri
Saya ada usyar di kedai dan pasaraya, sepasang baju sekolah untuk murid Tahun 1 boleh cecah sehingga RM25. Itupun kalau ada saiz .. huhu .. kalau tak ada saiz, kena tempah!
[Baca] Bila House Husband Pula Menjahit ..
Dan kos untuk jahit baju kurung sekolah pula tak sampai pun RM10 - RM15 sepasang - dengan syarat dah ada mesin jahit sendiri di rumah. Pastu, leh dapat kain yang berkualiti ... dan boleh design ikut keselesaan.

Beli Kain Murah di Kedai Kain 1 Malaysia

Isteri saya beli kain dari Kedai Kain 1 Malaysia, so memang dapat jimat banyaklah sebab akhir tahun 2016 ada promosi jualan kain murah-murah kat kedai ni. Ada yang jual RM1-RM2 semeter untuk kain kosong. Patutlah ramai buat bisnes jual baju kurung ni ehh ...
[Baca] Cara Jana Untung 100% Buat Bisnes Baju Kurung - Income Sehingga RM4,500 Sebulan!!
Ada masa ke nak menjahit ni walaupun kerja?

Bila Isteri Saya Menjahit Walaupun Kerja?

Isteri saya menjahit pada awal malam dan awal pagi. Selesai makan malam, isteri saya akan menjahit ... dan dia akan bangun sebelum subuh untuk sambung menjahit. Begitu juga hujung minggu. Ada je masa terluang, dia akan menjahit baju kurung anak saya. Walaupun masa agak terhad, alhamdulillah .. isteri saya sempat juga menjahit lima pasang baju sekolah lengkap untuk Maira.

Untuk anak-anak saya yang lain, isteri saya belum lagi berkesempatan untuk buatkan ... huhu .. yelah, belajar jahit baju kurung mana nak boleh ada ilmu jahit baju kemeja sekolah .. haha.. kang jadi jubah pulak. Jadi, mungkin lain kali .. isteri saya akan pergi kursus membuat dan menjahit kemeja pula.

Ikhtiar dan Usaha Untuk Kurangkan Kos Hidup

Nak berjimat boleh sahaja. Kena ikhtiar dan usaha. Untung saya ada isteri yang fahami keadaan sekarang. Walaupun boleh je kami beli baju sekolah untuk anak-anak, tetapi apabila dah ada ilmu dan kemahiran tu .. baik digunakan. In Sha Allah, barulah berkat. Cikgu yang dok ngajar isteri saya pun akan dapat pahala.

Dengan usaha ... segalanya dipermudahkan untuk anak-anak kami ke sekolah.

Ramai ibu bapa yang mengeluh sebab kos persekolahan makin tinggi. Yuran buku, yuran sekolah, sumbangan PIBG, yuran asrama, yuran makan ... dan banyak lagi yuran kena dibayar dan ditanggung sendiri oleh ibu bapa. Kalau ibu bapa yang berpendapatan tinggi, mungkin tak ada masalah.
[Baca] Panduan Untuk Jahit serta Buat Bisnes Baju Kurung. Kaut Untung 100%
Jadi, bagaimana mereka yang bergaji sederhana? Nak tak nak, perlu cari alternatif untuk jimatkan kos anak-anak masuk sekolah. Kena tukar lifestyle dan gaya hidup ... sebelum ini jika banyak makan di luar, maka tahun ini .. banyakkan masak makanan di rumah. Jika sebelum ini anak-anak diberikan duit belanja sekolah, buat alternatif sediakan bekal pula .. lepas tu duit belanja boleh disimpan dalam tabung.

Ada cara, ada kaedah untuk jimat kos kehidupan, terutama apabila berhadapan dengan kos yang melibatkan pendidikan anak-anak. Kita tak boleh nak kompromi dengan pendidikan, sebab ia penting ... apatah lagi anak-anak baru nak bertatih dalam fasa pendidikan formal ni.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Memang satu kelebihan kalau pandai jahit baju sendiri.
    Jimat pun ya... tak perlu bayar upah.
    Upah jahit baju kurung sepasang boleh cecah RM38.00 ini harga di kampung, kalau bandar jangan mimpi.

    BalasPadam
  2. syabbas linda.. i like.. nanti ckp dgn anak yg dpt result semua A baru ni utk tuntut hadiah dari aku..

    BalasPadam
  3. terkejut tengok yuran seklah anak buah hari tu.. banyak sgt benda kena beli. buku yang dah ada pun wajib beli lagi.. haih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…