Saya pasti ramai yang tidak pernah mengenali Buah Tangan. Buah Tangan sering disebut dalam peribahasa Melayu; yang bermaksud - 'pemberian atau barang yang dibawa pulang sebagai hadiah kepada kaum keluarga daripada perjalanan atau lawatan ke suatu tempat yang jauh. Hadiah yang dibawa apabila menziarah orang sakit atau saudara-mara atau sahabat handai'.

Tetapi, pernahkah anda lihat Buah Tangan yang sebenar? Rasanya tak ramai kot yang tahu rupa sebenar buah ini yang turut dikenali sebagai Finger Citrus.

Rupa dan Khasiat Buah Tangan Sebenar

Gambar Buah Tangan atau Finger Citrus
Buah Tangan atau Finger Citrus ini saya temui semasa percutian saya bersama famili ke Cameron Highlands pada awal tahun 2017, iaitu seminggu selepas hari persekolahan sesi 2017 bermula. Ia sebenarnya secara tak sengaja semasa saya singgah di hentian Cameronian Tea CameronValley menghala ke Ringlet.

Saya pun terkejut bila ketahui wujudnya buah ini. Saya tak sangka rupanya Buah Tangan yang sering disebut dalam perumpamaan dan peribahasa Melayu itu benar-benar wujud dan boleh dimakan.

Rupa Bentuk Seperti Jari Sedang Menggenggam

Buah ini berbentuk seperti jari yang sedang menggengam sesuatu. Sekali pandang, saya ingatkan Buah Asam Jawa, tetapi rupanya tidak. Cuba anda perhatikan gambar Buah Tangan yang saya ambil ini. Anda nampak ciri-cirinya yang unik tak?
Kebaikan Buah Tangan atau Finger Citrus
Buah Tangan atau Finger Citrus
Harga Buah Tangan yang dijual di deretan kedai di Hentian Cameronian Tea CameronValley ini adalah RM10 sebungkus. Saya tak ada pula rasa nak beli walaupun ia unik .. huhu .. mungkin sebab tak ada keinginan dan keperluan.
Menurut jurujual, Buah Tangan ini sebenarnya dikenali di kalangan Orang Asli Cameron Highlands. Ia mempunyai khasiat tersendiri dan agak sukar untuk diperolehi.

Buah Tangan tidak boleh dimakan terus, tetapi perlu dijerukkan dan dibancuh dengan air untuk diminum. Ia dikatakan boleh menghilangkan rasa panas badan (demam), sakit kepala dan sakit tekak (batuk).

Jika anda pernah terjumpa Buah Tangan atau pernah merasainya sendiri, sudikan kongsi pengalaman anda itu di ruangan komen.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Semalam terjumpa buah ini dijual di Jaya Grocer, kulit seakan kulit limau.

    BalasPadam
  2. ohh betul2 wujud ya..mesti masam ni kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement