Bantuan RM1000 Untuk Mangsa Banjir Terengganu

Alhamdulillah. Syukur ada kerajaan negeri yang prihatin akan nasib rakyatnya. Saya baru dapat tahu bahawa kerajaan negeri Terengganu akan memberikan bantuan segera berjumlah RM1,000 kepada setiap keluarga di negeri Terengganu yang dilanda bencana banjir baru-baru ini.

Saya memetik laporan dari Kosmo Online, bantuan berjumlah RM1,000 itu akan diberikan kepada rakyat Terengganu yang terlibat dengan banjir sebagai mengurangkan beban mangsa akibat kehilangan dan kerugian harta benda. Ia akan disalurkan kepada keluarga mangsa banjir sebaik sahaja senarai lengkap mangsa diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan RM1000 Untuk Mangsa Banjir Terengganu

Bantuan RM1000 Untuk Mangsa Banjir Terengganu
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan memberikan bantuan sekali beri berjumlah RM1,000 kepada setiap keluarga yang dilanda bencana banjir di negeri itu baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bantuan itu, masing-masing RM500 daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat diberi bagi mengurangkan beban mangsa akibat kehilangan harta benda dalam bencana berkenaan.

"Bantuan itu akan diberi sebaik sahaja senarai lengkap diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam masa terdekat. Bantuan tersebut akan diterima setiap keluarga di lapan daerah yang dilanda banjir baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja akhir pembinaan pusat perniagaan PMINT Square di sini hari ini.

Ahmad Razif bagaimanapun berkata walaupun Terengganu telah diisytiharkan pulih daripada banjir selepas semua pusat pemindahan ditutup semalam, kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga menghadapi apa jua kemungkinan. - Bernama
.
.
Takziah kepada rakan-rakan saya serta pembaca blog ini yang terlibat dalam bencana banjir penghujung tahun 2016, dan awal 2017. Saya hanya dapat bersimpati dengan keadaan anda ... moga dengan bantuan seperti ini dapatlah sekurang-kurangnya kurangkan beban yang dialami.

Mungkin RM1,000 bukan satu nilai yang cukup .. tetapi ia sedikit sebanyak boleh meredakan kesempitan.

Bertabahlah dan apa yang berlaku bukan sekadar bencana, tetapi peringatan daripada Allah S.W.T.


1 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.