Pernah viral. Pun begitu, saya suka nak tulis memandangkan ada pembaca blog ini yang pernah bertanyakan mengenai kerjaya sebagai seorang jururawat. Saya dah ceritakan mengapa kerjaya murni ini best, dan mengapa ia perlu menjadi antara kerjaya pilihan buat semua orang - lelaki dan perempuan.

Dalam keluarga saya, memang ada sepupu sepapat yang kerja sebagai jururawat (nurse), malah .. beliau berjawatan sebagai seorang staff nurse. Uhh memang pengemas orangnya .. dan berdisiplin. Anak-anak juga bagus, dan beliau berkahwin dengan seorang angota keselamatan negara.

10 Sebab Mengapa Anda Beruntung Mengahwini Seorang Jururawat

Pada pertengahan tahun 2016, seorang jururawat cantik berjawatan staff nurse telah berkongsi status di Instagram yang bertajuk '10 Sebab Untuk Mengahwini Staff Nurse'. Saya tak pasti tujuan status itu dinaikkan di laman Instagram milik Eh_Elyaa ini, namun point-point yang diberikan memang menarik untuk saya tulis kembali di sini.
10 Sebab Mengapa Anda Beruntung Mengahwini Seorang Jururawat
Meh baca, dan anda boleh nilai sendiri samada apa yang dikatakan oleh Eh_Elyaa ini benar atau tidak.
  1. Lepas bangun pagi, katil anda mesti dan siap dikemas, maklumlah biasanya buat bedmaking patient sampai 30 bed sehari. So, setakat katil kat rumah tu apalah sangat. Bukan ada sampai 5 katil pun.
  2. Diorang tiada rasa jijik nak cuci pampers anak. Golongan ini berhadapan dengan kerja kotor hampir setiap hari dan setakat lampin anak, apalah sangat nak dibandingkan dengan apa yang dihadapi di wad.
  3. Sistematik. Cuba bayangkan staff nurse memasak, mesti bahan-bahan masakan diorganize seperti ubat-ubatan pesakit. Alah, setakat bawang putih 3 ulas + 100gm ikan bilis, apalah sangat nak dibandingkan dengan katil 1 pt A,T Metoprolol 50 mg BD, T Simvastatin 40mg ON, IV Ceftriaxone 1g OD, tu baru satu patient.
  4. Anda banyak baju putih? Mesti dapat basuh sekali dengan uniform diorang dan diorang selalunya tau combination sabun apa nak bagi baju putih. Maklumlah daripada time study dah pakai baju putih.
  5. Diorang ni sado-sado. Maklumlah reposition patient 2 hourly, pusing sana-sini, transfer patient katil ke kerusi, kerusi ke kerusi roda. Jimat duit nak gi gym, hihihi.
  6. Kalau diorang cuci rumah, diorang tak pakai sabun pencuci lantai, tapi chlorrhexidine dengan alcohol (terbukti secara klinikal).
  7. Nak buat diorang marah ? Susah gila, sebab hari-hari berhadapan dengan masyarakat yang entah apa-apa. Tapi kalau dah marah, patient GCS 3 terus improve jadi 20/15 !
  8. Diorang boleh bagi anda masa untuk rindu coz diorang kerja tak menentu mengikut pada syif. Kadang-kadang sampai 2-3 hari tak berjumpa walaupun duduk serumah.
  9. Anda terluka kaki akibat terjatuh? Jangankan luka kaki, bedsore kategori 4 pun diorang boleh cucikan termasuk juga luka hati :-P
  10. Hari-hari diorang akan cerita pengalaman baru. Maklumlah pesakit bertukar-tukar setiap hati :-)
Orait. Tu original apa yang ditulis oleh Eh_Elyaa dalam akaun Instagramnya yang sudah tidak wujud lagi (dipercayai dipadam atas sebab tertentu). Jadi bagaimana? Fakta atau auta?

Ini Pandangan Dari Pengalaman Saya Mengenai Staff Nurse

Setakat pengalaman dan pengetahuan saya, apa yang dikatakan itu memang benar. Pun begitu, bukan semua jururawat atau nurse akan membawa watak di wad ke rumah. Mungkin di wad mereka merupakan anggota berpakaian uniform yang bagus, tetapi sebaliknya apa mereka berada di rumah. 

Persekitaran berbeza. Perangai dan tindakan manusia ini dipengaruhi persekitaran. Contoh mudah ialah .. apabila anda berada di dalam masjid, anda takkan berperangai seperti berada di konsert .. ye tak?
[Baca] 9 Kelebihan Menjadi Seorang Jururawat Kerajaan
Saya tak ada pula nak nafikan, skill seorang nurse itu memang boleh dijadikan bonus untuk pengurusan rumahtangga yang bagus. Dan memang saya nampak ianya berlaku .. hoho .. kan saya kata saya ada sedara mara yang kerja dalam bidang kejururawatan ni. Malah, kebanyakkan kawan-kawan isteri saya juga merupakan jururawat - hospital kerajaan lagi tu .. huhu.

Saya ada kenal seorang staff nurse, boleh dianggap pangkat seorang makcik kepada saya. Seorang balu, tiada suami. Memang setia. Dan sudahpun pencen dari pegang jawatan ini.

Baru-baru ini, dia buat majlis perkahwinan anaknya. Kagum. Dia boleh handle pengurusan majlis dengan sangat baik - tempah dewan, jemput ramai tetamu termasuk di kalangan VIP (pembantu peribadi Menteri Besar Perak), sediakan homestay untuk sanak-sedara yang jauh - siap dengan katering untuk makan 3 hari 3 malam ... fuh ... memang terbaiklah.
[Baca] Rujukan Kerjaya Sebagai Seorang Jururawat - Bagaimana Nak Memohon?
Pernah diceritakan juga kepada saya, dia mampu memandu dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur ke rumah anak-anaknya, malah menguruskan rawatan untuk kanser dengan sendiri, tanpa menyusahkan orang lain .. ya, beliau mengidap kanser.

Jadi, saya setuju .. memang untung berkahwin dengan seorang jururawat .. kerana mereka ada nilai-nilai yang sukar dicari pada wanita lain. Kalau anda seorang lelaki yang mencari calon untuk bernikah, boleh cuba mencari di kalangan jururawat.  

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu masa aku kenal bakal isteri, dia minat sgt jadi jururawat...bila fail exam trus tukar cita2 nk berniaga huhuuu

    BalasPadam
  2. Memang untung bro. Bila sakit tak risau sangat dah. Ada orang yang tahu..hehe.

    BalasPadam
  3. patient yang bernama suami lagi sukar nak diuruskan. maklumla nak manja-manja gitu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement