31 Disember 2016

Harga Petrol Naik 20 Sen Januari 2017

Harga petrol untuk bulan Januari 2017 naik sebanyak 20 sen bermula tengah malam menjelang tahun baru 2017. Ia merupakan antara kenaikan tertinggi dalam tahun 2016, dan pastinya akan membuatkan ramai rakyat Malaysia terkesima dengan kenaikan ini.

Ramai juga yang sudah menjangka akan kenaikan petrol ini. Saya sendiri sempat kunjungi stesen minyak untuk mengisi tangki penuh petrol kereta saya. Dan saya nampak ramai juga pelanggan yang mengisi petrol penuh.

Harga Petrol Naik 20 Sen Sempena Tahun Baru 2017

Harga Petrol Naik 20 Sen Sempena 2017
Menurut Bernama - Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini (31 Disember 2016).

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Januari ialah RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter. "Harga runcit baharu bagi RON97 pula ialah RM2.40 seliter," katanya. Harga runcit petrol sepanjang Disember bagi RON95 ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.85).

Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Januari 2017

Orait, ringkasannya ialah:

  • Petrol RON 95 - RM 2.10
  • Petrol RON 97 - RM 2.40
  • Diesel - RM 2.05

Harga Runcit Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Disember 2016

Harga runcit untuk petrol bagi Disember 2016 adalah:
  • Petrol RON 95 - RM 1.90
  • Petrol RON 97 - RM 2.25
  • Diesel - RM 1.85





30 Disember 2016

Top 5 Trending Google 2016 di Malaysia

Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2016. Sebagai seorang yang aktif menggunakan internet, pastinya wajib menggunakan Google untuk sebarang carian info. Malah, bukan sahaja pencarian menerusi komputer, tetapi juga peranti mudah alih. Hampir semua orang menggunakan Google di peranti telefon pintar masing-masing, dan ini meningkatkan jumlah carian di Google.

Anda tentu mahu tahu apakah carian paling popular, paling trending di Google sepanjang tahun 2016. Apakah yang kebanyakkan rakyat Malaysia cari menerusi Google? Mari ikuti senarai yang telah saya sediakan berdasarkan daripada fakta yang diberikan oleh Google Trends.

Top 5 Trending Google Sepanjang 2016 di Malaysia

Apa agaknya topik yang telah trending di carian Google sepanjang tahun 2016 ye? Menerusi Google Trends, terdapat 15 kategori dibahagikan. Mari sama-sama kita lihat apa yang telah trending atau menjadi carian paling popular rakyat Malaysia sepanjang 2016.

Top 5 Carian (Searches)

Top 5 Carian Google 2016

  1. Euro 2016
  2. Pokemon GO
  3. BR1M 2016
  4. SAPS Ibu Bapa
  5. Olympic Games Rio 2016

Top 5 Orang (People)

  1. Donald Trump
  2. Atikah Suhaime
  3. Song Joong Ki
  4. Aiman Tino
  5. Margot Robbie

Top 5 Berita (News)

  1. US Elections
  2. Olympic Games Rio 2016
  3. Rayani Air
  4. Brexit
  5. Bajet 2017

Top 5 Filem (Movies)

  1. Train to Busan
  2. Suicide Squad
  3. Deadpool
  4. Dilwale
  5. Kabali

Top 5 Drama Melayu (Malay Drama)

  1. Suri Hati Mr Pilot
  2. 7 Hari Mencintaiku
  3. Dia Semanis Honey
  4. Tundukkan Playboy Itu
  5. Cinta Si Wedding Planner

Top 5 Selebriti Tempatan (Local Celebs)

Atikah Suhaime Hot di Google

  1. Atikah Suhaime
  2. Aiman Tino
  3. Syatilla Melvin
  4. Goh Liu Ying
  5. Mira Filzah

Top 5 How To

  1. How to play Pokemon GO
  2. How to sign up for WhatsApp
  3. How to use SnapChat
  4. How to clear cache Google Chrome
  5. How to download videos from YouTube

Top 5 What Is

  1. What is The Mountain of Butterflies
  2. What is Brexit
  3. What is Pokemon GO
  4. What is bauxite
  5. What is the Panama Papers

Top 5 Near Me

  1. Dominos near me
  2. Pizza Hut near me
  3. Part time jobs near me
  4. KFC near me
  5. Hotels near me

Top 5 Apakah

  1. Apakah virus Zika
  2. Apakah bauksit
  3. Apakah gunung rama-rama
  4. Apakah TPPA
  5. Apakah Piagam Madinah

Top 5 Bagaimana

  1. Bagaimana nak daftar SPMU secara pos
  2. Bagaimana nak aktifkan memori kad
  3. Bagaimana cara import anjing ke Malaysia
  4. Bagaimana terjadinya tahun lompat dalam kiraan matematik
  5. Bagaimana nak daftar SSM

Top 5 Kenapa

  1. Kenapa orang period suka marah
  2. Kenapa mudah penat dan mengantuk
  3. Kenapa permainan tradisional kurang diminati generasi kini
  4. Kenapa sakit di salur peranakan semasa mengandung
  5. Kenapa solenoid gear kereta Vios berbunyi

Top 5 Model Kereta (Car Models)

Top 5 Carian Google 2016
  1. Perodua Bezza
  2. Proton Persona
  3. Proton Saga
  4. Honda Civic
  5. Proton Perdana

Top 5 Peranti Mudah Alih (Mobile Devices)

  1. iPhone SE
  2. Huawei P9
  3. Vivo V5
  4. iPhone 7 Plus
  5. Samsung Note 7

Top 5 Permainan (Games)

  1. Pokemon GO
  2. Warcraft
  3. Slither.io
  4. Agar.io
  5. Overwatch


6 Akibat Bruxism - Tabiat Gertak Gigi

Bruxism - ia bukanlah satu penyakit, tetapi lebih kepada tabiat. Bruxism merupakan istilah yang digunakan kepada mereka yang mempunyai tabiat gertak gigi semasa sedang tidur. Anak saya dan wife saya sendiri ada alami bruxism ini.

Ia adalah keadaan di mana permukaan gigi digesel secara paksaan atau tanpa sedar semasa tidur. Pergeseran tanpa sedar ini melibatkan bahagian gigi yang digunakan untuk mengunyah, samada dilakukan ke depan atau ke belakang, ke kiri atau ke kanan.

6 Akibat Bruxism - Tabiat Gertak Gigi

6 Akibat Bruxism - Tabiat Gertak Gigi
Keadaan ini tidak berbahaya, namun jika dibiarkan boleh membawa kepada kerosakan gigi serta ketidakselesaan pada bahagian mulut.

Berikut adalah kesan buruk akibat tabiat gertak gigi ni.

Kesan Tabiat Bruxism

  1. Kesakitan pada rahang bawah - akan menyebabkan luka dan sukar untuk buka dan tutup mulut sepenuhnya. 
  2. Pening kepala. 
  3. Sakit telinga. 
  4. Kerosakan gigi. 
  5. Gigi jadi sensitif. 
  6. Gigi bergoyang. 
Anak saya terutama anak perempuan bongsu saya memang jelas ada masalah ni. Bila tidur je, akan dengar bunyi gertak gigi ni ... kadangkala bunyinya agak kuat sampai buatkan saya terjaga dari tidur. Ntah apa dikunyah sampai bunyi kuat .. haha .. krup krap .. krup krap.
6 Akibat Bruxism - Tabiat Gertak Gigi
Sebab tabiat ini, gigi anak saya tak berapa cantik dah. Silap-silap bila dah besar, kena pakai bracelet kat gigi.. huhu.

Sumber: Majalah iSihat

Penginapan Best di Lexis Suites Penang

Lexis Suites Penang. Sebuah lagi rangkaian hotel terbaru daripada Lexis. Lexis Suites Penang terletak di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Ia merupakan hotel bertaraf lima bintang di Pulau Pinang, dan antara menjadi favourite di kalangan pelancong asing kerana keunikkannya tersendiri.

Lexis Suites Penang menawarkan harga penginapan bermula dari RM 399.00 semalam untuk bilik Executive Pool Suite, dan RM 499.00 semalam untuk bilik Premium Pool Suite. Pun begitu, anda boleh dapat harga penginapan sehingga 50% diskaun jika anda tahu menggunakan aplikasi tertentu, contohnya seperti Agoda dan Traveloka.

Penginapan Best di Lexis Suites Pulau Pinang

Penginapan Best di Lexis Suites Pulau Pinang
Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk bercuti dan menginap di Lexis Suites ini. Setakat blog post ini ditulis, saya dan famili sudah 3 kali menginap di hotel bertaraf lima bintang ini. Memang pengalaman best dapat menginap di hotel mewah. Paling best ialah kami membayar harga yang jauh lebih murah daripada apa yang disiarkan di laman web rasmi Lexis Suites Penang.

Kami menempah kesemua penginapan hotel kami menerusi dua aplikasi mudah iaitu Agoda dan juga Traveloka. Harga yang ditawarkan menerusi tempahan online di Agoda dan Traveloka memang jauh bezanya. Misalnya, pada kali kedua kami buat tempahan secara online Lexis Suites Penang ini, saya menggunakan aplikasi Traveloka, saya hanya membayar RM 286.07 semalam untuk bilik Executive Pool Suite. So, dapatlah jimat RM 112.93 !!
Tempah Hotel Lexis Suites Penang Harga Diskaun

[Promo] Bandingkan Harga Hotel Penginapan Termurah Menerusi Trivago
Dengan diskaun tu, dapatlah saya anak beranak merasa bermalam di hotel ini. Weihh .. lima bintang bayar tak sampai RM300 ... berbaloi kot. Nak-nak lagi bila dah masuk bilik hotel .. perghhh ... anak-anak saya cukup teruja, kagum, dan seronok. Baru jejak kaki masuk bilik, dah rasa best ... hoho.

Nak tengok gambar bilik yang telah saya tempah di Hotel Lexis Suites Penang ni? Hoho ..

Gambar Bilik Executive Pool Suite

Ok. Saya jamu mata anda dengan beberapa gambar bilik Executive Pool Suite yang berjaya ditempah dengan harga diskaun RM 286.07 ....
Rupa Bilik Lexis Suites Penang
Lexis Executive Pool Suite Pulau Pinang
Bilik Hotel Executive Pool Suite - Lexis Suites Penang
Bilik Executive Pool Suite - Lexis Suites Penang
Amacam? Harga diskaun, saya dapat bilik yang cukup luas, malah kalau ikutkan boleh muat lebih daripada lima orang dewasa. Lihat sahaja saiz katil ... huhu.. dua katil besar, lepas tu .. ada sofa bed pada setiap katil.

Boleh Bawa Toto !!

Dan jangan tak tahu, ada pelanggan hotel yang datang check-in bawa toto ke hotel ni. Jadi, bilik hotel memang cukup besar untuk tampung anak-beranak. Bila besar, pastilah sekali .. anda akan merasa selesa.

Ada TV flat screen 50 inci, yang tak nampak pun macam TV .. betul-betul flat. Meja depan TV pun luas. Katakan kalau nak buat kerja sambil bercuti atau guna laptop .. memang tak ada masalah. Hoho .. bercakap soal guna laptop, maka akses Wifi adalah percuma. Memang laju Wifi di dalam bilik, tapi terhad untuk 4 peranti sahaja. Jadi, kalau ada 4 orang guna Wifi, orang yang kelima tu kenalah guna thetering ... huhu.
[Baca] Percutian Hujung Minggu Terbaik di Golden Sands Resort, Batu Feringgi
Keadaan bilik utama pun dah nampak best, belum tengok bahagian lain dalam bilik Executive Pool Suites ini.

Bahagian Bilik Hotel Paling Best

Nah .. inilah bahagian bilik hotel yang paling best - kolam mandi persendirian. Ada sebab dinamakan Executive Pool Suites.
Kolam Persendirian Dalam Executive Pool Suite - Lexis Penang
Kolam Persendirian Lexis Suites Penang
Semasa kali kedua kami ke hotel ini, kami dapat bahagian tepi (corner). Jadi pemandangan luar lebih luas ... anda boleh tengok gambar pool di atas, kan ada dua gambar berbeza tu ... huhu..

Ia berdinding kaca. Jadi awas jangan bersandar sangat pada dinding luar tu .. takut teterjun ke bawah. Jauh nak landing tu .. haha ... 25 tingkat kalau tak silap. Tingkat paling tinggi saya dan famili pernah duduk adalah di tingkat 18, iaitu pada kali ketiga saya menginap di hotel ini.

Ada Bath Tub Besar dan Bilik Sauna

Selain kolam persendirian ni, ada bath tub, dan ada sauna. Jadi, kalau rasa sejuk nak mandi kolam, boleh mandi air panas di bath tub atau boleh mewapkan diri di bilik sauna. Bilik sauna agak kecil tapi boleh muat dua orang dewasa pada satu-satu masa. Kalau dewasa kurus ... hehe .. leh muat sampai tiga orang.
Penginapan Best di Lexis Suites Pulau Pinang
Satu lagi ciri yang menarik pada saya ialah hotel ni tak lokek dengan tuala. Ada 3 tuala besar, dan 3 tuala kecil dalam bilik mandi, lepas tu ada dua tuala besar untuk kegunaan di kolam, dan ada 2 tuala muka, dan 3 tuala untuk alas kaki yang diletakkan pada bahagian cermin dandan.
Gambar Bilik Lexis Suites Penang
Gambar Bilik Lexis Suites Penang
Bilik mandi dan tandas adalah asing. Dalam bilik mandi, ada shower sangkut dan shower atas, selain tab mandi yang besar. Anak-anak nak berendam dalam tab mandi memang puaslah. Saya pun muat sekali dengan anak-anak dalam tab mandi tu ... hoho ....

Penginapan di Hotel Lexis Suites Penang memang awesome. Bilik besar, siap terbahagi kepada 3 bahagian, dan setiap bahagian ada pintunya sendiri. Pertama bahagian bilik tidur, kedua bahagian untuk mandi, buang air, tukar baju dan ketiga bahagian nak berendam dalam kolam.

Katakan ada kawan ke, sedara ke saja datang nak tengok bilik .. kira ok je, sebab boleh tutup langsir dan biarkan anak-anak atau yang lain mandi kolam.
[Baca] Kenapa Bayview Beach Resort, Penang Seronok Untuk Percutian Keluarga
Sepanjang penginapan di Lexis Suites ni, saya dan keluarga memang tak ke mana-mana .. lepak dalam bilik je. TV pula ada siaran best yang memang saya suka. Saya boleh layan channel movie dan anak-anak boleh layan channel kartun.
Penginapan Best di Lexis Suites Pulau Pinang
Pengalaman Penginapan Best di Lexis Suites Pulau Pinang
Pengalaman Penginapan Best di Lexis Suites Pulau Pinang
Review Hotel Lexis Suites Penang
Paling penting, agak-agak rasa nak mandi dan berendam dalam kolam .. boleh terus terjun. Tak ada peraturan khas dari segi pemakaian, tak ada orang lain nak usyar part-part tubuh yang melekap ... malah, kalau nak berendam berbogel memalam pun tak ada sapa nak tengok .. haha.

Lokasi dan Cara ke Hotel Lexis Suites Penang

Oh ya, lupa nak beritahu lokasi sebenar hotel ni.

Cara paling mudah untuk ke Hotel Lexis Suites Penang ialah menerusi Jambatan Sultan Abdul Halim (Jambatan Kedua Penang). Apabila nak exit, pilih ke Bayan Lepas iaitu ke kiri, dan anda jalan je terus sampai satu bulatan/simpang. Ambil terus menuju ke Teluk Kumbar. Memang tak ada belok-belok .. dari Jambatan Kedua, anda hanya perlu straight sahaja sehinggalah anda akan jumpa simpang yang tulis Jalan Teluk Kumbar.

Landmark dia adalah sebuah masjid warna hijau betul-betul di depan simpang. Anda perlu belok ke kiri, dan melalui jalan yang sedikit berbukit. In Sha Allah, anda akan nampak hotel ini dari kejauhan memandangkan ia satu-satunya hotel yang tinggi di situ. Boleh juga gunakan Waze atau Google Map untuk cari lokasi ni. Uhh mudah je lahh ..... takkan sesat punya.

Buat Tempahan Online Untuk Diskaun Menarik

Teringin nak menginap di hotel bertaraf lima bintang ini tak? Boleh cuba tempah menerusi Agoda, ada diskaun diberikan. Tak pun, anda boleh cuba tempah secara online menerusi Traveloka. Muat turun aplikasi Agoda dan Traveloka ni ke smartphone anda, dan terus buat tempahan dengan mudah. Nak banding harga pun boleh.


Saya tak sarankan anda guna aplikasi Trivago, kerana setakat ini daripada pengalaman sendiri .. harga di Trivago lebih mahal walaupun ia membandingkan harga termurah antara online booking yang lain.


29 Disember 2016

Casio Tough Solar Power - Beli Online Dengan Diskaun

Casio. Jenama jam tangan ini usah lagi dipersoalkan, ia memang jenama ternama yang bermutu tinggi. Saya ada memori sentimental dengan Casio. Jam pertama yang saya beli guna duit gaji sendiri adalah dari jenama Casio.

Casio ada beberapa siri jam tangan yang memang diminati ramai, antaranya G-Shock, Baby-G, Edifice, Sheen, Pro Trek, Outgear, Oceanus, Pop Tone dan Data Bank, selain versi Standard. Antara ciri best  yang ada pada jam tangan Casio ialah sistem Tough Solar.

Casio Tough Solar Power - Beli Online Dengan Diskaun

Casio Tough Solar Power - Beli Online Dengan Diskaun
Nak jadi cerita, semasa jualan akhir Online Revolution Lazada Malaysia, saya telah terpaut dengan satu jam Casio ni, dari versi Tough Solar. Sebab saya tersuka ialah kerana jam ini diberikan diskaun yang banyak. Harga asal jam Casio Standard versi Tough Solar adalah antara RM300 - RM280 di pasaran biasa, tetapi kali ini .. menerusi Lazada, saya berjaya mendapatkan dengan harga RM142.98 sahaja. Anda boleh cuba usyar di sini - Casio Tough Solar

Uhh memang cepatlah jari jemari saya untuk order.. haha. Siap-siap masukkan dalam shopping-cart sebelum kehabisan stok. Dah masuk dalam shopping-cart, saya usyar lagi untuk tengok pilihan lain yang ada. Nampaknya ... saya dah memilih pilihan jam Casio Tough Solar yang paling murah boleh saya dapat.

Excited Dapat Beli Jam Casio

Fuh ... memang excited la. Dah lama saya nakkan jam yang ada ciri istimewa ni. Tough Solar adalah merupakan ciri jam Casio yang membolehkan ia mengecas bateri menggunakan tenaga solar (matahari) dan tenaga cahaya (dari sumber lampu). Jadi, dari segi kos jangkamasa panjang .. saya tak perlu lagi menukar bateri jam tangan... huhu.. dah la jam yang mati bateri tak diganti-ganti sampai sekrang .. haha .. sindrom malas namanya ni.
Beli Jam Berjenama Secara Online di Lazada Malaysia
Casio Tough Solar Power - Beli Online Dengan Diskaun
Saya order pada 14 Disember 2016, dan saya terima barang ini dari Lazada pada 17 Disember 2016. Memang cepat. Malah ada satu lagi barang saya beli di Lazada, order pada 14 Disember ... esoknya 15 Disember 2016 dah dapat!

Saya tak tahu dah berapa kali saya buat pembelian di Lazada. Ada yang saya beli secara COD, ada yang beli guna Debit Card, ada yang saya beli 100% guna baucer - tak keluar modal pun .. huhu.

Masa saya beli jam Casio Tough Solar ni, saya gunakan kad debit CIMB ... jadi, ada diskaun tambahan saya dapat. Bolehlah counter balik dengan fee untuk penghantaran.
[Baca] Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada
Huhu .. ye, bukan semua barang dijual di Lazada adalah free shipping. Kena bijak memilih dan membuat congakan, terutama apabila anda ada baucer diskaun Lazada. Biar baucer yang digunakan berbaloi ketika membeli-belah online di Lazada.

Alhamdulillah, saya sangat puas hati dengan jam tangan Casio Tough Solar yang saya dah beli dari Lazada. Ada waranti original dari Casio Malaysia selama 1 tahun.


Kalau nak cari jam tangan jenama Casio, seperti G-Shock, Baby-G, Edifice, Sheen, Pro Trek, Outgear dan yang lain tu, bolehlah anda tengok di Lazada Malaysia. In Sha Allah, harganya memang berbaloi ... malah, kalau anda bernasib baik, boleh dapatkan diskaun sehingga lebih 50%!

Selamat shoppinggg ye ...


Amaran Promosi Iklan Produk Ubat Haram di Blog

Berhati-hatilah. Ada amaran daripada kerajaan untuk tidak mempromosikan iklan haram di internet, termasuklah di blog. Saya mahu kongsikan informasi dan fakta ini sebagai ingatan buat diri saya dan juga rakan-rakan online saya yang lain. Adalah penting untuk ambil kisah, dan bertanggungjawab dengan apa jua yang kita tulis, terbitkan, sebarkan dan promosikan.

Saya memetik daripada sumber sah KKM, bahawa pihak KKM sedang memantau secara serius promosi-promosi serta iklan haram yang disiarkan secara online. Ini bermaksud, blogger juga tidak terkecuali daripada peraturan ini.

Amaran Promosi Iklan Produk Ubat Haram di Blog

Amaran Promosi Iklan Haram di BlogAmaran Promosi Iklan Haram di Blog
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merasa dukacita dengan penglibatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan pelbagai iklan haram produk kesihatan melalui media cetak, elektronik, internet, tiang-tiang lampu dan pengedaran risalah ditempat-tempat tumpuan awam.

Iklan-iklan ini menawarkan janji-janji palsu seperti penawar kanser 100%, rawatan segera penyakit kencing manis, penurunan berat badan yang berterusan, peningkatan prestasi seksual, malahan sering memuatkan perkataan yang tidak sopan atau berunsur lucah semata-mata untuk mempengaruhi pengguna membeli produk mereka.

Kepentingan Semak Pendaftaran

Amaran Promosi Iklan Haram di Blog
Dalam hal ini, KKM mengawal pengiklanan produk dan perkhidmatan kesihatan melalui Lembaga Iklan Ubat (LIU) yang ditubuhkan di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan)1956. Bagi ubatan, hanya produk berdaftar (mempunyai nombor MAL), yang telah dinilai selamat untuk dimakan atau digunakan sahaja dibenarkan untuk diiklan.

Maka, blogger Malaysia kena prihatin dengan maklumat di atas, kalau boleh jika anda ditawarkan peluang untuk pengiklanan di blog, pastikan perkara penting di atas dipatuhi oleh pengiklan. Anda tentu tidak mahu menjadi rakan subahat dan seterusnya dianggap sebagai melanggar peraturan yang ditetapkan.

Ok. Untuk info, setiap iklan yang diluluskan oleh LIU akan diberi nombor siri yang perlu dipaparkan pada iklan tersebut contohnya KKLIU/1234/ABCDE. Anda boleh nampak nombor ini pada iklan-iklan yang disiarkan di TV dan juga media cetak.
[Baca] 20 Jenis Penyakit Yang Tidak Boleh Diiklankan
Iklan-iklan yang diberikan kelulusan adalah seperti ubat-ubatan tanpa preskripsi, supplemen dan ubat tradisional yang berdaftar dengan KKM. Iklan-iklan produk tersebut telah melalui proses penapisan, penilaian dan semakan oleh LIU sebelum diluluskan. Ia penting supaya maklumat yang sampai kepada pengguna adalah tidak mengelirukan, betul dan disokong dengan bukti yang sahih.

Elakkan Produk Dengan Promosi Tuntutan Melampau

Manakala, tuntutan perubatan yang dibenarkan adalah berdasarkan indikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan paparannya mematuhi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 serta Garis Panduan dan Polisi LIU.

Secara umumnya kawalan oleh LIU adalah seperti asas yang berikut:

  1. Semua iklan produk kesihatan perlu mendapatkan kelulusan dari LIU terlebih dahulu sebelum ia disiarkan dalam mana-mana bentuk media. Nombor kelulusan tersebut mesti dipaparkan di dalam iklan.
  2. Iklan produk kesihatan dan kecantikan dilarang sama sekali membuat tuntutan perubatan untuk tujuan pencegahan, rawatan atau diagnosis bagi 20 jenis penyakit yang telah disenaraikan di dalam Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, iaitu penyakit atau kecacatan buah pinggang/ginjal, penyakit atau kecacatan jantung, diabetes (kencing manis), epilepsi atau sawan, lumpuh, tuberkulosis, astma, kusta, kanser/barah, pekak, penagihan dadah, hernia, penyakit mata, hipertensi (darah tinggi), kecacatan otak , kemandulan, kaku (Frigidity), lemah fungsi seks/impoten, penyakit venerus (cth AIDS, Hepatitis) dan kelemahan urat saraf, atau aduan atau kelemahan lain timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks
  3. Selain itu iklan tidak dibenarkan membuat tuntutan superlative seperti, “Paling Hebat“, “Terbaik”, “Nombor 1“ dan lain-lain tuntutan yang memperbesar.
  4. Iklan produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan melampaui skop takrifan kosmetik di mana fungsi kosmetik adalah untuk membersih, menyegar dan mewangi dan mestilah tertakhluk kepada ‘Cosmetic Advertising Code’.
  5. Manakala iklan makanan/minuman kesihatan walaupun tidak di tapis oleh LIU tetapi perlulah mematuhi Akta Makanan 1983 dan iklan alat perubatan harus mematuhi Akta Peranti Perubatan 2012.

Walaubagaimana pun, KKM memahami keadaan yang dihadapi oleh blogger. Banyak keadaan di mana blogger terperangkap di dalam situasi dimana mereka telah dikelirukan oleh peniaga, usahawan dan golongan yang cuba mengaut keuntungan mudah; menerusi maklumat yang salah dan tidak tepat.

Mempromosi Produk Makanan Kesihatan, Alat Perubatan dan Kosmetik

Banyak di kalangan blogger yang sering membuat promosi dan iklan (review dan advertorial) berkaitan produk makanan kesihatan, alat perubatan dan kosmetik. Produk-produk ini tidak perlu melalui proses tapisan dan penilaian oleh KKM. Jadinya, blogger perlu bertindak lebih bertanggungjawab terhadap penulisan dan penerbitan sebarang promosi serta iklan berkaitan di blog masing-masing.

Iklan produk tersebut dengan tuntutan perubatan yang berlebihan harus ditolak atau sekurang-kurangnya dirujuk dahulu kepada KKM untuk dinilai.

Kes Promosi Iklan Haram

Amaran Promosi Iklan Haram di Blog
Namun demikian, pihak KKM sentiasa menjalankan pemantauan berterusan ke atas iklan-iklan ini. Pada tahun 2011, KKM telah mengeluarkan sebanyak 204 surat amaran dan 42 kes lagi telah dirujuk untuk tindakan undang-undang.

Sebanyak 41 kes telah selesai didakwa pada tahun 2011 yang melibatkan jumlah denda sebanyak RM 56,800.00. Sehingga bulan Mei 2012 pula, sebanyak 197 surat amaran telah dikeluarkan dan sebanyak 74 kes telah dirujuk untuk tindakan undang-undang. Sebanyak 24 kes telah selesai didakwa bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 dan jumlah denda adalah sebanyak RM 24,500.00. Tindakan boleh diambil ke atas pengiklan dan juga media penerbit iklan tersebut.

Amaran Pengiklanan Ubat Haram di Internet

Amaran Promosi Iklan Haram di Blog
Amaran ini juga ditujukan kepada mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penyiaran iklan tanpa kelulusan daripada LIU yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Bukan hanya blogger boleh dikenakan tindakan, tetapi juga pemilik Instagram, dan juga Facebook yang mengiklan produk terlarang dan tiada pengesahan.

Sebagai panduan am, blogger Malaysia boleh menyemak senarai produk/kosmetik yang telah dirampas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan melayari laman web www.pharmacy.gov.my->Awam ->Carian produk yang dicampurpalsu, dan status pendaftaran produk dan kosmetik bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM melalui laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Laman web tersebut turut mengandungi keterangan produk yang telah di tarik balik dari pasaran.

Jadilah blogger yang berinformasi tepat, bertanggungjawab dan prihatin. Semoga saya, dan anda dapat mengelakkan diri daripada terbabit dalam kes mempromosikan iklan haram di blog.

Moga apa yang saya kongsikan ini dijadikan panduan dan rujukan blogger Malaysia khususnya, dan kepada semua pengiklan produk dan bisnes amnya.

28 Disember 2016

Senarai Pemenang Giveaway Syukur Selalu

Rasanya ramai yang menunggu keputusan pemenang untuk Giveaway Syukur Selalu yang saya anjurkan. Setelah 7 hari berlalu (GA berakhir 21 Disember 2016), maka saya telah pun melakukan undian menggunakan Random.org untuk penentuan pemenang.

Saya telah melakukan undian menerusi Random.org, menggunakan pemilihan lima set nombor integer dari 1 hingga ke 77 mengikut senarai peserta Giveaway Syukur Selalu yang terakhir saya kemaskini.

Senarai Pemenang Giveaway Syukur Selalu

Berikut adalah keputusan undian yang telah saya lakukan.
Senarai Pemenang Giveaway Syukur Selalu
Adakah nombor giliran anda terpilih dalam cabutan ini?

Turutan pemenang adalah mengikut set di atas. Bermakna, set 1 adalah pemenang tempat pertama, set 2 sebagai pemenang tempat kedua dan begitulah seterusnya.

Dah nampak nombor dalam pemilihan di atas, maka mereka yang menang mengikut nombor giliran dinyatakan ialah:
  • Tempat Pertama - Faiqah Nur Amirah (RM100)
  • Tempah Kedua - Maziah Azalli (RM50)
  • Tempat Ketiga - Izni Syafiqah (RM30)
  • Tempat Keempat - Jamil Hashim (RM10)
  • Tempat Kelima - Wan Hazelin Wan Ismail (RM10)

Semua pemenang akan saya hubungi menerusi email yang telah didaftarkan dalam Giveaway Syukur Selalu ini. Hadiah berupa wang tunai akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing. Jika tiada akaun bank, maka anda perlu cari satu akaun bank untuk dimasukkan hadiah kemenangan ini.

Seandainya saya email, dan tiada sebarang balasan dalam masa 7 hari dari tarikh post ini diterbitkan, saya andaikan bahawa pemenang telah berniat untuk sedekah wang hadiah ke masjid di tempat saya .. :)

Tahniah kepada yang berjaya menang. Tunggu email daripada saya dengan tajuk - "Tahniah Anda Menang!"

Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Minyak Herba Asmak - Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Wordless Wednesday kali ini, saya berkongsi kepada anda gambar Minyak Herba Asmak, satu produk terbaik untuk rawatan Asma pada bayi, yang dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

Wordless Wednesday. Hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan panjang berjela, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
 Untuk info lanjut - Minyak Herba Asmak - Penawar Asma Pada Bayi

Robot Pemasaran Instagram 9 Dalam 1

Robot pemasaran Instagram. Terkini, saya sukacita nak war-warkan mengenai satu perisian terkini bagi membantu usahawan yang menggunakan platform Instagram untuk berniaga. Robot pemasaran Instagram dinamakan InstaEvo adalah merupakan sistem aplikasi 9 dalam 1 yang akan memudahkan pemasaran di Instagram. Mahu mencuba?

Ramai usahawan Malaysia yang menggunakan platform Instagram untuk bisnes dan menjual produk. Namun, mereka menggunakan banyak masa dan tenaga hanya untuk memastikan Instagram mereka 'hidup' dan sentiasa dikemaskini. Mengapa tidak dilakukan secara automatik? InstaEvo adalah penyelesaian masalah ini.

Robot Pemasaran Instagram 9 Dalam 1

Robot Pemasaran Instagram
Robot pemasaran Instagram, InstaEvo adalah merupakan sistem pemasaran yang akan menyenangkan para usahawan untuk membuat promosi, dan menjadikan akaun Instagram hidup hampir setiap masa. Hanya dengan satu sistem, anda boleh melakukan 9 perkara dalam masa serentak. Tak perlu lagi anda login ke akaun Instagram setiap masa untuk kemaskini, biarkan InstaEvo melakukannya secara automatik untuk anda. Jimat masa, jimat tenaga.

9 Fungsi Dalam Robot Pemasaran Instagram InstaEvo

Berikut adalah 9 fungsi atau perkara yang boleh dilakukan menerusi InstaEvo ini:
  1. Auto posts - anda hanya perlu jadualkan sahaja post terkini anda, dan biarkan InstaEvo update secara automatik.
  2. Auto comments - usah buang masa untuk komen satu -satu gambar yang ada di Instagram, biarkan InstaEvo buat kerja ini. Anda relax sahaja.
  3. Auto likes - prospek anda tentu suka gambar mereka di LIKE, maka biarkan InstaEvo buat kerja ini, dan membolehkan Instagram anda disedari.
  4. Auto follow - InstaEvo akan bantu anda untuk follow prospek anda, maka mereka akan sedar kewujudan anda.
  5. Auto follow back - orang memberi .. kita balas balik. Prospek bisnes follow Instagram anda, maka anda perlulah jadi seorang yang suka memberi, dengan follow mereka balik. Semua tugas ini dilakukan oleh InstaEvo .. anda hanya perlu tengok akaun anda berkembang dengan follower baru.
  6. Auto unfollow - fungsi yang memastikan akaun anda mempunyai prospek untuk bisnes anda. Mereka tak follow selepas anda follow mereka, sistem dalam InstaEvo akan unfollow mereka. Mudah.
  7. Auto direct message - Dekati prospek anda menerusi fungsi ini. Anda boleh automatik direct message prospek dengan sistem yang ada dalam InstaEvo, tak perlu susah-susah nak semak, dan buat follow up menerusi auto direct message.
  8. Search - buat carian menerusi sistem ini. Anda mungkin nak lihat apa yang prospek anda buat, anda mungkin nak tahu saingan anda .. semuanya boleh dilakukan terus menerusi InstaEvo ini.
  9. Image editor - gambar yang cantik akan buatkan prospek suka nak like, dan menambahkan impak positif pada bisnes. Dalam InstaEvo, ada fungsi ini yang akan bantu anda hasilkan gambar super cantik dan nampak profesional.

Yah .. itu dia 9 fungsi dalam satu platform yang akan menjimatkan kerja-kerja promosi dan pemasaran di Instagram anda. Buat sekali, dan relax .. tak perlu upah orang, tak perlu pun anda buka 24 jam akaun Instagram anda. Sambil anda sedang lena pun, InstaEvo akan lakukan promosi di laman Instagram anda.
Robot Pemasaran Instagram 9 Dalam 1
Mahu tahu lagi mengenai InstaEvo? Mahu tonton video percuma yang disediakan untuk anda tunjukkan cara nak guna InstaEvo ini? Orait ... terus sahaja ke pautan di bawah ini:
[+] Sistem InstaEvo - Robot Pemasaran Instagram
Oh ya, jika puas hati ... jangan lupa untuk terus mendapatkan sistem InstaEvo ini, kerana harga yang ditunjukkan adalah harga pengenalan (early bird). Jadi, cepat-cepat daftar, dan pilih pakej yang sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej InstaEvo

InstaEvo - Buat Duit Online dengan Instagram
Dan jangan risau. Anda boleh dapatkan duit anda balik setelah 7 hari anda menggunakan InstaEvo ini. Tak nampak hasilnya, minta balik duit anda .. apa ada hal .. tapi, jangan lewat .. ia khas dan tawaran terhad.
[+] Sistem InstaEvo - Robot Pemasaran Instagram
InstaEvo akan memudahkan anda merancang strategi bisnes di Instagram anda. Semua ciri menarik untuk promosikan Instagram milik anda tersedia dalam InstaEvo. Daftar sekarang untuk tidak terlepas bonus-bonus khas yang disediakan.

Chaiyok ...

Ehem .. jika rasa sistem di atas tak berapa nak berbaloi, cuba pula yang ini - Tawaran Sulit - Akses Life Autoinsta

Harga Teh Panas di AEON Food Avenue

Harga Teh Panas di AEON Food Avenue. Wordless Wednesday kali ini, saya berkongsi kepada anda gambar yang menunjukkan harga teh panas di AEON Food Avenue. Boleh tahan harganya iaitu RM1.70 segelas kecil (isipadu lebih kurang cawan). Berbaloi tak?

Wordless Wednesday. Hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan panjang berjela, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Harga Teh Panas AEON Food Avenue

Harga Teh Panas AEON Food Avenue
Harga Teh Panas AEON Food Avenue
Rm1-70 Harga Teh Panas AEON Food Avenue


Katil Istimewa Pesakit Chickenpox

Katil istimewa untuk pesakit Chickenpox. Siapa yang pernah kena demam campak atau demam cacar air (chickenpox) tentu dah pernah merasa tidur dan baring atas katil istimewa ini. Saya baru sahaja terkena demam campak untuk kali kedua, dan kali ini .. isteri saya sediakan sebuah katil istimewa sebagai rawatan untuk campak.

Katil untuk pesakit demam campak dipenuhi oleh daun Semambu, yang merupakan rawatan tradisional paling banyak digunapakai untuk mereka yang terkena demam chickenpox. Apabila seseorang terkena demam chickepox ini contohnya campak atau cacar air, maka cepat-cepatlah cari daun Semambu ini.

Katil Istimewa Pesakit Chickenpox atau Demam Campak

Tubuh Dijangkiti Demam Campak atau Chickenpox
Depan rumah saya memang ada sebatang pokok daun Semambu. Ia ditanam oleh jiran keturunan India yang tinggal bersebelahan. Sejak pokok daun Semambu itu wujud, ia telah banyak bantu ramai orang. Nak nak lagi pokok sebatang itu ditanam di tepi simpang, maka semua orang di kejiranan saya tahu wujudnya pokok daun Semambu ini.

Pokok daun Semambu depan rumah saya agak besar, maka daunnya memang banyak. Setiap kali ada ahli kejiranan yang terkena demam, mereka pasti akan ambil daun Semambu ini untuk rawatan.

Cara Menyediakan Katil Daun Semambu

Disebabkan adanya pokok daun Semambu di depan rumah, maka isteri saya telah menyediakan satu tempat tidur istimewa untuk saya ketika terkena demam campak. Saya diasingkan bilik tidur daripada orang lain, dan isteri saya menjadikan bilik tidur itu sebagai kawasan kuarantin bagi mengelakkan demam chickenpox yang saya hidapi merebak dan berjangkit kepada orang lain.
Katil Istimewa Pesakit Chickenpox
Nak siapkan katil istimewa untuk pesakit Chickenpox tak susah. Hanya taburkan sahaja daun Semambu yang telah dibersihkan di hamparan tilam. Adalah sebaiknya tilam dilapik terlebih dahulu untuk memudahkan kerja mengemas dan membuang daun Semambu yang telah layu dan kering. Kemudian lapik sekali lagi untuk membuatkan ia selesa untuk pembaringan.
[Baca] Petua Jika Anak Terkena Demam Kuning (Jaundice)
Jika anda rajin, boleh sisihkan daun daripada ranting .. kalau tidak, tidur mungkin tak berapa selesa. Juga disarankan anda letak daun Semambu pada sarung bantal, terutama apabila bahagian muka pesakit demam Chickenpox sudah penuh dengan bintik (blister) Chickenpox.

9 Kebaikan dan Kelebihan Daun Semambu

Adalah menjadi kepercayaan ramai bahawa daun Semambu mempunyai khasiat tersendiri. Berikut saya notakan beberapa kelebihan daun Semambu sebagai pengetahuan tambahan:
  1. Agen antikulat dan antifungal
  2. Ubat alternatif untuk rawatan kencing manis
  3. Agen antivirus atau antiviral
  4. Boleh juga dijadikan ubat tahan sakit - sedatif
  5. Sangat berkesan untuk rawatan sakit kulit atau kulit bermasalah
  6. Agen penyembuhan jerawat
  7. Menurunkan suhu badan
  8. Digunakan untuk rawatan scabies - sakit kulit seperti ruam disebabkan oleh hama, kutu
  9. Juga untuk menutup luka dan kurangkan parut

Dan banyak lagi .. mengikut cara daun Semambu ini digunakan. Ada yang dijadikan air rebusan (minum), air mandian, losyen dan krim, atau digunakan secara terus seperti katil istimewa untuk pesakit Chickenpox.

Demam chickenpox ada banyak variasi. Ada measles, ada cacar, campak, pelentung dan banyak nama serta jenis. Namun, simptomnya lebih kurang sama sahaja. Paling nyata, terdapatnya bintik-bintik merah, bintik-bintik gelembung sekitar tubuh termasuklah muka.
[Baca] 10 Langlah Pencegahan Demam Kepialu
Nanti saya akan ceritakan lagi pengalaman saya hadapi penyakit ini. In Sha Allah .. jadi, pastikan anda follow blog ini samada menerusi Facebook Page atau Google Profile saya sendiri. Boleh juga melanggan dengan memasukkan alamat email anda di ruangan disediakan di bawah ini.

27 Disember 2016

Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab (TMUA)

Alhamdulillah, anak sulong saya si Amri telah menerima tawaran untuk mendaftar ke sekolah TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab). Sekolah yang saya maksudkan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nibong Tebal, yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim (SMKASAF). Ia merupakan sekolah kawalan di bawah KPM.

Sebelum ini, anak saya Amri ada menerima undangan temuduga di SBPI Rawang yang juga sebuah sekolah TMUA, kategori sekolah berasrama penuh. Dah pergi temuduga, namun mungkin rezeki tidak menyebelahi, saya andaikan Amri gagal dalam temuduga, dan diberikan pilihan untuk mendaftar di SBP STAR, Ipoh.

Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab

Kos Masuk SMKA Ulul Albab (TMUA)
Kos Masuk SMKA Ulul Albab (TMUA)
Sebagai seorang bapa, apabila memikirkan soal anak yang akan mendaftar masuk ke sekolah berasrama SMKA TMUA, perkara yang pasti akan berlegar di ruang fikiran ialah soal kos. Malah, saya berani kata, ramai ibu bapa yang anaknya berjaya diterima masuk ke sekolah SBP, MRSM dan juga sekolah berasrama seperti SMKA Ulul Albab akan fikirkan soal kos ini. Oh ya, SMKA Ulul Albab (TMUA) adalah merupakan sekolah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
[Baca] Semak Keputusan Masuk Sekolah Kawalan KPM
Bukan sedikit kos memasukkan anak ke sekolah yang mempunyai kelebihan tersendiri ini. Pun begitu, ibu bapa patut tahu dan seterusnya bersedia membuat persediaan dari awal dari segi kesediaan kewangan.

Jangan Harapkan Bantuan Kerajaan, Ibu Bapa Perlu Bersedia & Rancang Awal

Ramai ibu bapa yang sebenarnya tidak bersedia dari awal untuk memasukkan ke sekolah terbaik di Malaysia. Kebanyakkannya fikir, bahawa bantuan akan diberikan oleh pihak kerajaan setelah anak berjaya lulus cemerlang dalam peperiksaan, terutamanya UPSR .. namun, hakikatnya ialah .. kerajaan tidak menampung sepenuhnya kos pendidikan anak-anak kita, terutama di sekolah menengah.
[Baca] Jana Income Sampingan Dengan Jual Produk dari China
Cuba lihat kos keperluan pelajar yang tidak termasuk dalam kos yuran ... banyak tu kena sediakan untuk seorang pelajar yang bakal masuk SMKA Ulul Albab .. huhu .. terbeliak juga biji mata saya dibuatnya.
Kos Masuk SMKA Ulul Albab (TMUA)
Orait .. sekrang mari kita pergi ke lebih detail ehh .. kita tengok berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk anak-anak masuk ke SMKA Ulul Albab (TMUA) ini.

Apa yang akan saya kongsikan ialah kos-kos yang terlibat untuk masuk ke SMKA Ulul Albab (TMUA) kategori bukan sekolah SBP. Misalnya SMKA Sheikh Abdullah Fahim, diletakkan di bawah kategori sekolah kluster kecemerlangan. Maka, kos yang saya paparkan mungkin tidak sama, namun ia boleh dijadikan panduan dan rujukan secara am.

Senarai Kos Masuk ke SMKA Ulul Albab (TMUA)

Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab (TMUA)
Ok. Berdasarkan kepada paparan gambar di atas, anda boleh lihat bahawa kos pendaftaran sahaja sudah menjangkau lebih RM300 seorang (termasuk sumbangan untuk PIBG).

Manakala kos untuk yuran makan di asrama ialah RM750 setahun bagi keluarga yang berpendapatan lebih RM5000 sebulan, dan RM250 setahun bagi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM4,999 sebulan. Di sini anda nampak bahawa ada subsidi dari kerajaan ... :)

Manakala paparan di bawah ini adalah merupakan yuran-yuran sekolah lain yang perlu dilunaskan. Ia termasuklah yuran koperasi, yuran keperluan pelajar dan yuran buku.
Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab (TMUA)
Kesemua yuran di atas berjumlah RM450 seorang (lelaki) dan kali ini semua pelajar harus membayar pada kos yuran yang sama. Oh ya, dalam yuran yang saya tunjukkan di atas ... ia tidak termasuk kos akan datang yang melibatkan kos-kos buku latihan untuk subjek-subjek tertentu.

Kos Tidak Wajib Tetapi Perlu Untuk Seorang Pelajar

Itu adalah kos wajib anda bayar bila anak anda mendaftar masuk ke SMKA Ulul Albab. Pada awal post ini, saya ada tunjukkan juga mengenai keperluan yang perlu disediakan sendiri oleh pelajar, ini termasuklah pakaian seragam sekolah, kasut hitam kulit, songkok, baju melayu, seluar slack, jubah dan serban serta keperluan asas yang lain.

Pada sesetengah ibu bapa, mereka tentu mahukan pakaian baru untuk anak mereka yang berjaya masuk sekolah terbaik, contohnya set kelengkapan keperluan seperti sikat, minyak rambut, jam loceng, baldi, sabun mandi, dan sebagainya. Ini juga kos yang perlu ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar. Secara kasarnya, kos ini pada pengiraan saya adalah tidak lebih daripada RM500 seorang. Dan jika dapat berjimat, mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah .. saya kira kos ini boleh menjadi sekitar RM350 seorang.

Kos Purata Seorang Pelajar Masuk SMKA Ulul Albab

Sekarang mari lihat secara purata kos yang bakal dibayar oleh ibu bapa jika anak diterima masuk ke SMKA Ulul Albab (dengan kemudahan asrama), dengan ambil kira contoh senarai yuran di atas.

  1. Kos keperluan pelajar (sendiri) - RM350 (minima)
  2. Kos daftar sekolah - RM235 (untuk ibu bapa pendapatan kurang RM5K)
  3. Kos PIBG - RM90
  4. Kos keperluan pelajar termasuk yuran koperasi, yuran buku sekolah dan pakaian asrama - RM450
  5. Kos yuran makan asrama - RM125 (satu semester - untuk ibu bapa pendapatan kurang RM5K)


Jadi, jumlah kasarnya ialah - RM350+ RM235+ RM90+ RM450+ RM125 = RM1,250 seorang

Ini cuma anggaran kasar sahaja. Ia boleh jadi kurang, atau lebih berdasarkan kos yuran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Harga barangan berbeza, dan ia bakal menyebabkan kos masuk SMKA Ulul Albab untuk seorang pelajar juga berbeza.
[Baca] Kos Yuran Masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (Tingkatan Satu)
Apa yang dipaparkan ini adalah sebagai panduan am sahaja. ia boleh dijadikan rujukan untuk anda sebagai ibu bapa prihatin untuk rancang awal kewangan buat pendidikan anak-anak.
[Baca] Daftar Anak Untuk SSPN-i (Hanya RM30 Sebulan) dan Anda Mungkin Menang Sebuah Kereta
Nasihat saya, buatlah simpanan pelaburan untuk pendidikan anak-anak anda. Paling tidak bermulalah dengan ASB ataupun Tabung Haji. Jangan sampai kerana kos pendidikan ini, anda gagalkan hasrat anak untuk masuk sekolah terbaik ..


Rogue One - A Star Wars Story Ramai Keliru Dengan Filem Ini

Saya belum tengok lagi filem Rogue One, yang merupakan bukan sebahagian sequel atau sambungan dari filem Star Wars. Erkk bukan sambungan? Yer, filem Roque One bukan filem Star Wars ... lagipun, ia diterbitkan oleh Walt's Disney yang telahpun ambil alih francais kisah Star Wars dari Lucas Film Limited.

Ramai yang keliru. Saya sendiri pun jadi keliru. Tapi kalau anda sudah tonton video promo dan juga trailer filem Rogue One ini, tentu perasan sesuatu pada awal... jeng jeng jeng.

Rogue One - The Star Wars Story Ramai Keliru

Rogue One - The Star Wars Story Ramai Keliru
Kenapa saya kata ramai keliru pasal filem Rogue One? Sebab ramai ingatkan ia cerita sambungan dari Star Wars, namun sebenarnya ia adalah cuma cebisan cerita dalam filem Star Wars Episode 1 - 7. Nak ditambah keliru ialah, pada tahun 2017, Star Wars Episode 8 akan dikeluarkan oleh Disney ... uhhhh ..

Ada pengkritik filem yang risau bahawa keluarnya filem Rogue One akan jejaskan filem sambungan Star Wars - Episode 8 pada 2017. Dan kerana itu, filem Rogue One diletakkan dalam satu siri khas - A Star Wars Story.

Filem Rogue One - A Star Wars Story adalah berkaitan watak, yang bakal menutup beberapa kelopongan dalam siri Star Wars itu sendiri. Jika anda seorang peminat tegar filem ini, tentu sedar bahawa ada langkauan kisah dalam siri Star Wars yang tidak diceritakan ... :)

Video Penjelasan Mengenai Rogue One - A Star Wars Story

Mari tonton video di bawah ini yang akan terangkan anda mengenai al kisah Rogue One ini. Moga anda tak keliru lagi...


Aha .. nampak dah beza filem ini dengan filem Star Wars yang 'original'? Filem terbaru siri Star Wars keluaran Disney ini diberikan tajuk - Rogue One - A Star Wars Story.
Rogue One - The Star Wars Story Ramai Keliru


Ia adalah salah satu perancangan besar oleh pihak Disney untuk meneruskan legasi filem ini di mana ia bakal membuat dan mengeluarkan lebih banyak kisah dan filem berkaitan Star Wars menerusi siri A Star Wars Story.

Ada banyak watak dalam filem Star Wars, dan ia bakal diperkenalkan satu persatu dalam siri The Star Wars Story ini. Anda mungkin akan lihat Ewoks - A Star Wars Story, Han Solo - A Star Wars Story, dan banyak lagi. Banyak watak best-best yang boleh digarap dari original Episode Star Wars ini. Malah, kisah Obi Wan Kenobi, Master Yoda, dan sejarah The Jedi pun belum terungkai sepenuhnya.

Maka, bersedialah anda jika anda salah seorang peminat Star Wars ... anda bakal 'muntah' dengan siri-siri A Star Wars Story ini nanti .. haha...

Pada yang dah tengok filem Rogue One - A Star Wars Story, apa komen anda? Kongsilah sikit di ruangan komen di bawah ini ye.