Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari November, 2016

Nasi Kandar RM9.70 Sebungkus !! Apa Lauknya Tu?

Perghh ... hambik kau, RM9.70 sebungkus. Makan nasi bungkus sampai harga RM9.70 ... err biar betul. Buat sesetengah orang. harga makanan RM10 untuk seorang makan mungkin biasa sahaja, tapi buat sesetengah yang lain .. tu dah kira macam makan di restoran mewah. Ok. Jangan panik .. kita lihat apa isi kandungan atau lauk Nasi Kandar yang berharga RM9.70 sebungkus.

Tetiba lapar di tengah malam. Nasib baiklah ada restoran Nasi Kandar Ali yang beroperasi dari jam 6 petang sampai tengah malam. Nasi Kandar Ali ni memang terkenal di tempat saya, iaitu Parit Buntar. Malah, ia turut diberikan jolokan Nasi Kandar Beratur Ali oleh penduduk setempat.
Nasi Kandar RM9.70 Sebungkus Jika anda asal dari Parit Buntar, pasti dah tahu sejarah yang cukup panjang untuk Nasi Kandar Ali ini yang dah lama wujud. Menu dan masakan dia memang marvelous la. Paling heaven ialah Ayam Madu dan Ikan Keli Madu ... jilat pinggan weihh .. haha.

Lapar punya pasal, dan sebab dah lama tak jamu selera menu Ayam Madu restoran …

Harga Emas Turun Mendadak !!

Harga emas turun mendadak!! Kalau anda seorang pelabur emas, inilah masa yang perlu anda lihat dan ambil tindakan sepatutnya. Saya baru sahaja dapat tahu bahawa harga emas turun sangat banyak dibandingkan dengan awal November 2016. Pun begitu, daripada carta harga emas, masih agak awal untuk mula lakukan pelaburan (pembelian) emas ini ...

Jika saya seorang pelabur emas, menerusi apa yang saya tahu menerusi carta emas yang boleh dipelajari dari buku dan DVD Teknik Forex Sebenar Bahasa Melayu, saya perlu tunggu sehingga penutup bulan semasa untuk tahu harga bulanan emas ini.
Harga Emas Turun ... Masa Untuk Tambah Pelaburan Emas Jika amati carta mingguan dan bulanan untuk gold, ia nampak masih bearish (merah). Perlu tunggu 1 Disember baru tau harga sebenar semasa untuk emas. Berdasarkan ilmu dari Teknik Forex Sebenar, saya tak nampak lagi lah tanda-tanda bearish ni akan berhenti dalam masa terdekat.

Jika anda blur tentang harga emas yang saya katakan turun giler-giler ini... boleh rujuk…

Rujukan Exam Penolong Pegawai Tadbir N29

Cari rujukan untuk hadapai peperiksaan online SPA? Jika anda merupakan calon-calon peperiksaan online dalam pelbagai jawatan kerja kerajaan, jangan lupa untuk follow blog iKerjaya Graduan. Ada pelbagai panduan dan tips berkaitan kerjaya diberikan di situ. Untuk kali ini, saya sukacita nak hebahkan mengenai panduan serta rujukan khas untuk peperiksaan online bagi Penolong Pegawai Tadbir N29.

Baru-baru ni SPA panggil lebih kurang 40,000 graduan untuk exam PTD. Ramai calon yang telah mendapatkan rujukan yang saya hebahkan telah pun mendapat keputusan peperiksaan yang menggembirakan. Ni ada lagi panggilan terkini untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.
Rujukan Peperiksaan Online Untuk Penolong Pegawai Tadbir N29 Jika anda ada isi borang SPA8i sebelum ini, nama anda mungkin ada dalam senarai panggilan. Buat semakan terus di;
[+] Semakan Panggilan Exam Pen Peg Tadbir N29 Macam mana ada tak nama anda? Opsss! Gemuruh?

Anda akan bersaing dengan ribuan calon yang lain. Tapi saya yakin …

Harga Gula Terkini

Harga gula terkini Disember 2016. Ramai yang mula kalut apabila ada khabar angin mengatakan harga gula di Malaysia akan naik pada bulan Disember 2016. Ramai yang mahu tahu harga terkini gula jika benar ia akan dinaikkan bermula Disember 2016. Benarkah harga gula di Malaysia akan naik?
Harga Gula Terkini Naik Disember 2016? Isteri saya ada beritahu selepas pulang dari kerja, bahawa ada desas-desus bahawa harga gula akan naik bermula akhir tahun 2016. Ia selaras dengan rasionalisasi subsidi yang sedang giat dilakukan oleh pihak kerajaan. Apatah lagi harga minyak masak dalam botol telah pun naik pada bulan November 2016 dengan ketara sekali. Walaupun subsidi minyak masak masih diberikan untuk minyak masak dalam paket, namun ia tidak berjaya tenangkan hati para pengguna di Malaysia.
Nah ... apabila ada desas-desus serta khabar angin harga gula terkini bakal naik .. maka makin resah gelisahlah para pengguna dan rakyat Malaysia yang sememangnya antara konsumer gula tertinggi di rantau ini..…

UPSR 6A - Apa Rahsia Anak Saya? 20 Tips Diberikan Sebagai Panduan

Saya diminta untuk kongsikan tips dan petua bagaimana anak saya boleh mencapai keputusan cemerlang 6A dalam UPSR 2016 dan menjadi tokoh pelajar akademik. Kalau ikutkan, segan juga saya nak tulis disebabkan anak saya bukanlah satu-satunya yang berjaya dapat 6A UPSR 2016; dan dia juga tidaklah secemerlang mana. Ada 4 ribu anak-anak lain yang berjaya juga cemerlang. Mereka juga ada tips, cara dan rahsia ...

Cuma mungkin, saya ada blog yang dapat kongsikan kisah kejayaan anak saya ini. Sharing is Love. Saya tak mahu jadi pelokek sehingga ada yang bertanya, saya menyombong dan tidak mahu memberikan jawapan. Mungkin apa yang akan saya berikan ini boleh dijadikan panduan dan tips untuk calon-calon UPSR akan datang.
Apa Rahsia Anak Saya Capai 6A Dalam UPSR? Amri adalah anak sulong saya. Dan menjadi idaman buat semua ibu bapa yang anak pertama akan lahir menjadi seorang anak yang menjadi contoh pada yang lain. Saya dan isteri, sewaktu awal perkahwinan memang mengidamkan anak yang soleh, bijak,…

10 Sebab Kenapa Orang Berjaya Itu Berjaya

Orang berjaya terus berjaya. Pelik? Tak pelik ... ada sebab kenapa orang yang berjaya terus berjaya. Nak tahu kenapa orang berjaya itu berjaya? In Sha Allah, dalam blog post kali ini saya nak kongsikan mengenai 10 sebab kenapa orang berjaya terus berjaya.

Anda dah biasa dengar banyak kisah kejayaan orang lain kan? Saya pun dah banyak baca dan dengar kisah kejayaan-kejayaan mereka ini. Di balik kisah ini, ada banyak persamaan yang sebenarnya boleh dijadikan panduan dan tips untuk orang lain berjaya. Jom sama-sama lihat ... dan cuba lakukan sesuatu selepas membaca apa yang dikongsikan ini ye.
10 Sebab Kenapa Orang Berjaya Itu Berjaya Berikut adalah 10 sebab kenapa orang berjaya itu berjaya, dan mereka terus-terusan menerima kejayaan satu demi satu.
1. Sikap Dia Berbeza Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen.
"Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada makan?"
"Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal …

4.5 Bintang Untuk Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Baru-baru ini, saya dan isteri telah bawa anak-anak untuk tonton filem terbaru Upin Ipin - Jeng Jeng Jeng. Kami tempah tiket waktu malam, jam 8:55 malam di pawagam Five Star Lotus di Kerian Sentral Mall, Parit Buntar. Selesai sholat Isyak, baru kami sekeluarga ke pawagam, siap pakai baju sejuk semua ... haha.

Hmm .. keadaan dalam pawagam untuk filem Upin Ipin - Jeng Jeng Jeng ini tidaklah penuh seperti ditunjukkan oleh beberapa rakan saya menerusi media sosial. Jadi, sambutannya pada tarikh tayangan ini agak kurang. Mungkin sebab warga Parit Buntar dan kawasan sekitar tak begitu berminat kot nak tengok filem terbitan Les' Copaque dan KRU Studio di pawagam...huhu - tapi sebenarnya sebab harga tiket ni ... lalalala.
4.5 Bintang Untuk Upin Ipin Jeng Jeng Jeng .... Memang mengujakan buat anak-anak saya nak tengok filem kedua dari Les' Copaque ini selepas filem Upin Ipin - Geng Pengembaraan Bermula. Maira adalah yang paling excited nak tonton filem ini selepas asyik tengok teaser J…

Ruang Pengiklanan Percuma Menerusi Community Board

Ruang Pengiklanan Percuma Menerusi Community Board. Jika anda seorang peniaga, seorang usahawan atau yang mahu menghebahkan bisnes serta produk tanpa sebarang kos, anda boleh cuba untuk meletakkan iklan anda di papan makluman komuniti atau Community Board.

Letak iklan percuma di Community Board? Tapi di mana? Aha .. ramai yang mungkin tidak tahu bahawa ada peluang untuk anda mengiklankan sesuatu dengan cara yang dibenarkan dan dibolehkan di satu-satu tempat tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Ruang Pengiklanan Percuma Menerusi Community Board Ini bukan letak iklan haram ye. Ianya memang dibenarkan dan dikhaskan. Bukan macam iklan yang main pacak atau lekat atau paku ikut sesuka hati mak nenek sampai boleh ganggu orang lain.
Antara lokasi yang menyediakan ruang pengiklanan percuma Community Board ini adalah seperti di dewan orang ramai, masjid, surau, restoran makanan, kedai serbaneka dan bermacam-macam lagi. Anda akan nampak satu ruangan khas di satu sudut selalunya di pintu masuk premi…

10 Langkah Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya

10 Langkah Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya. Ini buat mereka yang bercita-cita tinggi dalam dunia blogging, ingin menjadi seorang blogger yang berjaya, dan ingin melihat diri sebagai seorang blogger yang disegani. Tak kira anda seorang blogger lama mahupun baru, boleh ikut tips blogging ini.

Tips dan petua yang akan saya kongsikan ini, adalah merupakan tips yang diberikan oleh salah seorang blogger yang antara paling berjaya di Amerika, dan mungkin juga di dunia. Beliau ialah Reality Steve. Saya ambil serba ringkas dari pendedahan menerusi blognya di sini - klik sini.
10 Langkah Perlu Diikuti Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya Jadi apakah 10 langkah untuk berjaya sebagai blogger? Hmm ... saya pun dok telek-telek satu-persatu ni ... oh ya, link asal adalah berbahasa inggeris, kalau saya silap terjemah, harap anda cari google translate untuk terjemah balik ... ok .. :)
Bermula Dari Bawah - Bermula Dari Sedikit Buat permulaan, Reality Steve memulakan blognya sebagai satu hobi yan…

Bagaimana Sekolah SBP Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) KPM Dilaksanakan?

Tahniah jika anak anda terpilih dan dipilih untuk sambung tingkatan satu ke sekolah menengah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesungguhnya TMUA merupakan satu model pembelajaran yang sangat memyeluruh dengan bertujuan melahirkan generasi insan profesional yang mengamalkan ajaran Islam dengan memiliki kemahiran ilmu yang terbaik.

Bukan mudah untuk memohon dan seterusnya terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh Ulul Albab (TMUA) KPM. Saya dapati taraf syarat untuk permohonan dan kemasukan ke sekolah TMUA sangat tinggi, dan murid perlu dan mesti lulus beberapa peperiksaan sampingan seperti PSRA untuk mengukuhkan tempat ke sekolah Tahfiz Model Ulul Albab ini.
Bagaimana Sekolah Berasrama Penuh Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) KPM Dilaksanakan?  Anda mungkin tertanya-tanya kenapa syarat nak mohon dan masuk ke SBP Ulul Albab amat ketat dan memerlukan keputusan peperiksaan yang cemerlang? Mari saya kongsikan bagaimana TMUA ini dilaksanakan untuk be…

Ajar Anak Sholat Perlukan Kesabaran

Tips Anak Untuk Sholat. Ajar anak untuk mengerjakan sholat bukan mudah. Sebagai ibu bapa Muslim, pastinya mahu melihat anak-anak sudah terdedah dengan kebiasaan untuk bersholat tanpa perlu dipaksa atau disuruh. Cabaran terhebat apabila anak bersikap agak degil, dan tidak mahu mendengar arahan.

Setiap ibu bapa ada pendekatannya sendiri. Bagi saya serta isteri, apa yang kami buat ialah untuk langkah pertama .... perlu paksa anak untuk tunaikan sholat. Walaupun kami berdua menggunakan langkah pertama memaksa anak-anak bersholat, tapi kami tidaklah melakukannya secara kekerasan. Kami tidak marah andai anak kami buat secara salah, atau main-main ketika bersholat. Apatah lagi andai umur mereka masih sekitar 4-6 tahun.
Ajar Anak Untuk Mula Tunaikan Sholat Perlukan Kesabaran Anak-anak hidup dalam dunia yang penuh gembira dan tiada masalah. Mereka perlukan pendekatan yang penuh dengan rasa gembira dan keriangan. Jika ditekan-tekan, anak-anak akan rasa terbeban dan akan jadi makin sukar menerim…

Tips Beli Ubat Secara Online

Tips Membeli Ubat Secara Online. Awas, jangan terbeli ubat secara online yang bakal memudaratkan anda! Ini nasihat saya dan rakan-rakan saya yang bekerja di Bahagian Perkhidmatan Farmasi. KKM. Jika dulu ubat-ubatan hanya boleh dibeli di kedai ubat dan Farmasi berdaftar, tetapi kini dengan perkembangan teknologi, sudah ada ubat yang boleh dibeli secara online di internet.

Walaupun teknologi ini bagus untuk memudahkan pengguna mendapatkan ubat dan rawatan alternatif, namun awas ... ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan memasarkan ubat dan produk yang mengandungi bahan terlarang serta tiruan.
Tips Membeli Ubat Secara Online di Internet Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan berkaitan ubat-ubatan yang nampak menyakinkan, selagi anda tidak merujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Ada cara untuk kenalpasti ubat-ubatan yang berdaftar, dan disahkan tidak merbahaya kepada pengguna.
6 Tips Untuk Membeli Ubat Secara Online Cuba anda ikuti tips berkaitan pembelian…

Borang Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M)

Borang Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M). Berita baik untuk semua calon UPSR, permohonan bagi Kemasukan ke Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M) 2017 dibuka sehingga 9 Disember 2016. Sila dapatkan borang permohonan daripada sekolah masing-masing  atau muat turun seperti di bawah.

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2017 (Selasa).
Borang Permohonan Tingkatan 1 Program Asrama 1Malaysia (A1M) 2017

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 9 Disember 2016:

Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
Unit Asrama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya

Sebara…

Panduan Serta Tips Temuduga Ulul Albab SBP

Baru-baru ini, anak saya yang sulong telah dipanggil untuk hadiri temuduga TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang (SEPINTAR) pada 25 November 2016. Hampir 400 calon dipanggil dari seluruh Malaysia untuk hadiri temuduga TMUA yang diadakan selama 2 hari bermula 24 November 2016.

Hari pertama TMUA dikhaskan untuk murid-murid atau calon cemerlang UPSR 2016 yang datang dari sekitar sekolah di dalam negeri Selangor, manakala pada hari kedua iaitu 25 November 2016 dikhaskan untuk murid-murid atau calon UPSR cemerlang dari luar Selangor.
Panduan Am Temuduga Ulul Albab (TMUA) SBP KPM Memang ramai ibu bapa beserta anak-anak yang datang untuk TMUA ini. Saya dan Amri seawal jam 6:30 pagi sudah sampai ke SBPI Rawang ini. Disebabkan ruangan pendaftaran masih belum dibuka ketika itu, saya ambil keputusan untuk bawa Amri melihat kawasan sekitar daerah sekolah - iaitu Bandar Tasik Puteri.

Lebih kurang jam 7:00 pagi, saya dan Amri kembali ke sekolah. Sempatlah…

Kongsi Kegembiraan Bersama Ayah Ibu Pengasuh Amri

Kongsi kegembiraan dengan Ayah Ibu pengasuh Amri. Amri, anak sulong saya; waktu kecil dijaga dan diasuh oleh pasangan Pak Teh dan Mak Teh Amri .... itu yang kami panggil kepada pasangan ini. Pak Teh Amri dulunya bekerja sebagai pekerja am dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai, dan Mak Teh Amri adalah surirumah sepenuh masa. Mereka ada 3 orang anak, tetapi seorang daripadanya telah kembali ke rahmatullah lebih 11 tahun dahulu.

Abang Long kepada Amri, anak kepada pasangan ini seorang tahfiz meninggal dunia akibat satu kemalangan jalanraya di Kedah. Kami sekeluarga sempat melihat keadaan arwah yang ketika itu dirawat di Hospital Sungai Petani, Kedah. Hmm .. sedih bila kenang kembali saat-saat tersebut.
Kongsi Kegembiraan Kejayaan Bersama Ayah Ibu Pengasuh Amri Abang Long dengan Amri waktu itu memang rapat. Abang Long itulah yang jaga dan melayan karenah Amri sejak dari kecil. Jadi, bila dapat tahu arwah kemalangan, kami memang tak fikir panjang .. terus ziarah arwah yang ketika itu se…

Maira Tamat Prasekolah, Lagi Fasa Baru Dalam Hidup

Alhamdulillah, dah tamat prasekolah. Seorang habis darjah enam, seorang lagi nak masuk darjah satu tahun 2017. Anak dara saya dah tamat prasekolah dengan jayanya. Maira adalah anak saya yang paling banyak berdamping dengan saya, dari kecil sampailah sekarang, memang anak seorang house husband. Itu sebab Maira agak manja dengan saya.

Kejap betul masa berlalu. Sewaktu Maira nak dilahirkan ke dunia, saya diuji ketika itu dengan 2 orang abangnya yang demam panas. Jam 4 pagi, saya terpaksa angkut dua orang anak saya yang demam ni ke Hospital Taiping. Nasib baik ketika itu, ada adik ipar yang datang bertandang, jadi dapatlah jaga dua beradik yang sedang demam di dalam kereta.
Maira Sudah Tamat Prasekolah Waktu nak dilahirkan juga, isteri diuji dengan uri terbelit di leher Maira. Alhamdulillah, tindakan pantas doktor dan jururawat dapat menyelamatkan keadaan. Jika tidak, bayi yang nak dilahirkan boleh lemas dalam kandungan. Syukur, isteri saya dan Maira selamat ... dan betapa seronoknya saya…

3 Status Facebook Yang Viral Tentang Tips Rezeki

Tips menjemput dan murah rezeki. Saya suka nak kongsikan petua-petua dan tips jemput rezeki. Sebab apa? Sebab zaman sekarang, ramai antara kita yang kerap mengeluh - rezeki sempit, rezeki kurang dan sebagainya. Walaupun tidak diucapkan secara direct, tapi ia boleh terluah apabila kita menyebut perkara lain atau sesuatu yang diibaratkan satu sesalan.

Paling saya nampak, ialah keluhan ramai yang tercatat di media sosial terutama sekali Facebook. Tidak mahu menipu diri, saya juga tak terkecuali dari melakukan perkara ini. Kenyataan seperti .. "Aduh, harga minyak naik lagi .."; "Alamak, banyak ni je dapat??" ... atau "Ishh .. takkan 4 A je dalam UPSR"... boleh digambarkan sebagai satu keluhan yang boleh membawa kepada sifat melupakan akan nikmat Allah S.W.T.
Status Facebook Tentang Rezeki Yang Boleh Diamalkan Saya nak kongsikan kepada anda, tiga status yang tertulis di Facebook mengenai rezeki. Status-status ini telah mendapat ribuan likes, dan dikongsikan o…

10 Efek Buruk Kurang Tidur

Efek Buruk Kurang Tidur. Secara ikhlasnya, saya menyatakan bahawa saya memang kurang tidur. Bagi seorang lelaki dewasa, jam waktu tidur adalah dalam 6-8 jam sehari. Walaupun begitu, ia bergantung juga dengan tahap metabolisme badan, keadaan kesihatan dan beberapa faktor lain.

Sebagai seorang House Husband dan blogger, kalau kurang tidur ... memang akan berikan kesan yang tidak bagus pada aktiviti seharian. Nak lagi sebab saya ada masalah dengan Diabetes, maka ia akan berikan efek tambahan pada kesihatan secara total. Pun begitu, seperti awal saya sebutkan tadi, ia bergantung dengan tahap metabolisma. Saya nak berikan contoh seorang yang istimewa yang hanya perlukan tidur 3 jam je sehari... dan kemudian anda boleh ketahui 10 efek buruk kurang tidur yang akan saya senaraikan.
10 Efek Buruk Kurang Tidur Untuk Seorang Manusia NormalPaul Erdos, antara manusia yang diiktiraf sebagai manusia paling bijak dan prolifik hanya tidur sekitar 3 jam sehari. Beliau walaupun dalam kurang tidur, tela…

Mencari Income Tambahan Menerusi Jobdirumah

Mencari income tambahan menerusi panduan daripada Jobdirumah. Ramai yang telah mendapatkan panduan mencari kerja online menerusi Jobdirumah sejak dari tahun 2011 lagi. Ia terbukti merupakan satu panduan yang dipercayai dan ramai yang telah mendaftar untuk mendapatkan akses kepada sumber-sumber mendapatkan kerja online yang mudah, dan boleh dilakukan di rumah.

Panduan ini telah dikemaskini dengan lebih baik, dan lebih informatif secara langkah demi langkah untuk membantu pencari kerja sambilan mahupun sampingan untuk menambah pendapatan sedia ada. Panduan ini digunakan untuk mencari dan mendapatkan kerja yang sudah tersedia ribuan kekosongan seluruh dunia.
Mencari Income Tambahan Menerusi Jobdirumah Jobdirumah adalah satu platform buat mereka yang mahu kemudahan serta panduan untuk mendapatkan kerja sampingan dari syarikat-syarikat besar di luar negara. Itu sebablah panduan ini begitu popular. Anda ada akses untuk tahu cara, tahu sumber, tahu bagaimana untuk mendapatkan sumber income …

Bila Lelaki Memilih Gadis Jelita

Uhh lelaki, kalau bab kahwin mesti nak cari yang cantik jelita. Dah memang sukakan kecantikan, tiada salahnya pun mencari yang cantik. Namun, dalam mencari yang cantik itu, lihatlah juga akan didikan agamanya.

Peribadi terbaik seorang wanita ialah jelita dari segala segi. Petua orang lama, jika mahu cari yang benar-benar cantik, seorang lelaki perlu mencari dan memilih seorang wanita yang dahulukan agama dalam sudut semua perkara. Sebab ... agama menjaga peribadi wanita, jika baik agama, maka in Sha Allah, baik dan cantik jelitalah juga dalam perkara yang lain.
Bila Lelaki Memilih Gadis Jelita Untuk Jadi Pasangan Hidup Apabila mencari pasangan hidup sebegini - cantik rupawan, faktor yang perlu diambil kira dan sangat penting sebenarnya adalah latar belakang pendidikan agama dan moralnya. Agama akan menjaga tingkah-laku dan peradaban seorang wanita. Menerusi tingkah-laku seorang wanita, seorang lelaki sudah boleh agak bagaimana sifat seorang wanita itu sebenarnya.

Wahai lelaki, caril…