Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Belajar Forex Dalam Bahasa Melayu

Nak belajar Forex dalam Bahasa Melayu? Ramai yang sudah sedia maklum mengenai lubuk buat duit, dan jana income tambahan menerusi Forex Trading ni. Tetapi, dalam ramai yang tahu itu ... tidak ramai pula yang berani nak ceburi dan sertai. Kenapa? Sebab mereka kekurangan panduan untuk melakukannya, tiada rujukan yang boleh mereka baca .. apatah lagi dalam Bahasa Melayu.
Belajar Forex Trading Dengan Teknik Sebenar Dalam Bahasa Melayu Saya sebenarnya sudah lama war-warkan mengenai satu panduan mengenai Forex Trading yang ditulis di dalam Bahasa Melayu. Dan ia bukan ditulis oleh sebarangan orang. Panduan atau rujukan yang saya maksudkan itu adalah Panduan Teknik Forex Sebenar. Ebook Teknik Forex Sebenar ditulis oleh seorang yang dah lama berkecimpung dalam dunia forex, malah nama beliau dikenali di antara pedagang-pedagang Forex serantau.
Beliau yang saya maksudkan ialah Encik Khalid atau dikenali sebagai Abang Lid. Jika anda follow blog saya, anda tentu sedar ada beberapa blog post yang te…

Senarai Harga Minyak Masak Terkini Pelbagai Jenama Mulai November 2016

Harga minyak masak pelbagai jenama akan naik, dengan harga baru mulai 1 November 2016. Pada 26 Oktober 2016, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuki Seri Hamzah Zainudin telah mengumumkan struktur baru harga minyak masak berkuatkuasa 1 November 2016.

Penstrukturan semula minyak masak itu dilakukan berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses (olein) di pasaran dunia. Pada Januari tahun 2015 harganya adalah RM 2,341 satu tan namun kini ia hampir RM 3,000 satu tan.

Dengan pengumuman tersebut, mulai 1 November 2016 harga jualan bagi minyak masak pek 1 kilogram ditetapkan pada harga RM2.50/kg. Manakala, harga minyak masak di Malaysia dalam botol 1 kg dan keatas akan mengikut harga pasaran.
Senarai Harga Minyak Masak Terkini Pelbagai Jenama Mulai November 2016 Ini satu langkah yang pada saya agak mengejutkan memandangkan KPDNKK akan hanya mengambil alih pengurusan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilization Scheme-COSS) dari Ke…

Harga Petrol, Diesel November 2016 Naik Sebanyak 15 Sen !

Harga Petrol, Diesel naik untuk November 2016. Informasi ini telahpun disahkan dan telah dilaporkan oleh beberapa akhbar utama menerusi portal online masing-masing. Harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 November 2016 ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).

Manakala, harga runcit baharu bagi diesel pula ialah RM1.90 seliter. Ini menunjukkan harga petrol dan diesel telah naik sebanyak 15 sen bagi setiap liter. Harga ini akan mula dikuat-kuasakan pada tengah malam 1 November (12:01 tengah malam).

Untuk info, harga runcit petrol sepanjang Oktober bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.75)
Harga Petrol, Diesel Untuk November 2016 Naik ...
Kredit: Utusan Malaysia Online

Rolex Original Harga RM32K Mahu Dijual Hanya RM4K

Baru-baru ini saya pergilah breakfast di sebuah restoran yang memang popular di sebelah Stesen Hentian Bas Parit Buntar. Ia memang menjadi antara lokasi atau tempat saya makan pagi kalau saya bersendirian. Wife dan anak-anak saya kurang suka breakfast di sini ... sebabnya tu ... hanya perut mereka je boleh jawab .. haha.

Ok. Berbalik pada cerita. Tajuknya cerita ialah jam tangan Rolex berharga RM 32K mahu dijual RM 4K. Ia bukan satu tajuk sensasi yang saya tulis untuk umpan anda. Tetapi ia memang sebuah cerita sebenar, dan jam tangan jenama Rolex ini memang mahu dijual dengan harga sedemikian.
Rolex Osyter Perpetual Datejust II - Harga Sebenar RM32K Mahu Dijual RM4K Macam tidak masuk akal je kan? Jam tangan yang harganya disemak secara online adalah RM 32,000 (semasa post ini ditulis) .. .. mahu dijual pemiliknya dengan harga RM 4,000. Saya pun terkejut bila ditunjukkan harga sebenar jam tangan Rolex original - Osyter Perpetual Datejust II ... dan ditunjukkan pula jam tangan Rolex yan…

Dengan Sedekah Ibu Tunggal Ini Berjaya Bina Bisnes

Dengan Sedekah Wanita Berstatus Ibu Tunggal Ini Berjaya Bina Bisnes. Hebat. Ini bukan cerita untuk anda sekadar baca, tetapi sebuah kisah realiti yang terjadi pada seorang wanita yang saya kenal menerusi laman sosial Facebook. Wanita ini pernah jatuh dalam bisnes, pernah ditipu dalam perniagaan, hutang keliling pinggang. Namun, satu hari wanita ini mula amalkan sedekah suboh setiap hari.... dan hidupnya Allah kurniakan perubahan.

Wanita yang saya maksudkan ialah Puan Rohayati Ridzuan, sekarang menjawat jawatan Presiden dalam Pertubuhan Kumpulan Wanita Malaysia (2016). Beliau juga adalah pengasas Leora Legacy dan adalah bekas guru di bawah Jabatan Agama Islam Melaka.
Dengan Sedekah Suboh, Wanita Ini Tukarkan RM3K Menjadi Sebuah Bisnes Berjaya Secara peribadi saya tidak kenal sangat siapa Puan Rohayati Ridzuan ini, tetapi saya telah dihubungi beliau untuk berkongsi satu kisah benar yang berlaku ke atas diri beliau lebih dua tahun dahulu (sekitar 2014/2013). Ini semua disebabkan perkongs…

Cara Syukuri Nikmat Kesihatan - Contohi Amir Husna

Ini cara sahabat lama saya syukuri nikmat kesihatan yang Allah S.W.T berikan. Saya ada seorang sahabat, beliau saya kenal sejak dari zaman Matrikulasi USM di Sek. Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping. Nama beliau ... Amir Husna. Saya panggil dia Tyger.

Amir Husna .. salah seorang sahabat saya yang berasal dari Kelantan, sekarang menetap di Shah Alam kalau tak silap. Dah berzaman saya tak jumpa, tapi alhamdulillah .. Facebook membolehkan saya dapat menghubungi beliau.
Cara Syukuri Nikmat Kesihatan - Tidak Ambil MC Dua Tahun Berturut-Turut! Antara sahabat dan rakan yang saya adore ... seorang yang baik hati, dan antara sahabat paling senang untuk dirapati. Selain itu, saya kenal beliau sebagai seorang lelaki yang memang bertanggungjawab, kalau tidak masakan boleh jadi kapten Rugbi ... dan jadi ketua dorm.
Tidak Pernah Cuti Sakit Bila saya dapat tahu beliau dapat penghargaan selama 2 tahun berturut-turut kerana tidak pernah cuti sakit (MC) .. saya tidak terkejut, kerana saya tahu bahawa…

6 Cara Nak Popularkan Blog

Bagaimana cara untuk mempopularkan blog anda? Ramai blogger baru yang bertanyakan perkara ini menerusi email. Mereka nak tahu cara nak popularkan blog. Mereka mahu diri mereka sebagai blogger diketahui. Mereka mahu kehadiran blog mereka disedari.
6 Cara Untuk Popularkan Blog Secara amnya, saya boleh katakan sebuah blog yang popular akan ada dua perkara ini:
Komen yang banyak pada entri Backlink ke blog tersebutJumlah pengikut yang ramai Aha ... so kalau ikut ukuran itulah, camna nak kasik ia popular? Blog kena popular supaya isi kandungannya dicapai oleh mereka yang mencarinya. Andai blog itu adalah platform bagi diri anda untuk meluahkan pemikiran dan pendapat anda, mesti ia mengujakan bila idea anda itu dibaca dan diberi respon oleh mereka. Jadi, ia perlu popular agar apa yang anda cuba sampaikan .... disampaikan.

Apa juga perkara yang melibatkan pihak ketiga iaitu penerima atau boleh dikatakan pelanggan akan melibatkan promosi. Anda perlu promot blog anda supaya ia jadi terkenal. A…

Tips Tukar Blog Peribadi Jadi Blog Niche

Tips Tukar Blog Peribadi Jadi Blog Niche. Salah satu cara untuk membolehkan blog jadi popular, dikenali dan dapat menjana pendapatan ialah dengan menjadikan blog yang dipunyai kita mempunyai niche tertentu. Ramai blogger yang mula wujudkan blog sebagai sebuah blog personal atau peribadi. Entri awal mesti akan ceritakan serba sedikit mengenai diri, keluarga, kerja dan juga apa kehidupan seharian. Semakin lama berblog, ramai blogger yang kian sedar bahawa mereka mahukan lebih daripada blog mereka. Jadi, bagaimana nak tukar sebuah blog peribadi menjadi sebuah blog yang ada niche tertentu?
Tips Tukar Sebuah Blog Peribadi Menjaadi Sebuah Blog Punyai Niche Kalau diikutkan entri yang saya tulis kali ini mungkin juga dikatakan sebuah entri ulangan, tetapi mungkin buat sesetengah blogger terutama yang masih baru, ia satu ilmu baru buat mereka.
Pentingkah Blog Ada Niche? Blog yang ada niche membolehkan anda sebagai seorang blogger mudah dikenali. Anda boleh menjadi blogger masakan, blogger rese…

Kursus Tukar Like di Facebook Jadi Pelanggan

Kursus Pelajari Teknik Tukarkan Like Menjadi Pelanggan. Berniaga secara online sudah menjadi antara cara menjana income sampingan yang popular ketika ini. Ia boleh dibuat samada secara sepenuh masa mahupun sambilan. Dari pemerhatian saya, platform online paling popular untuk bisnes online ialah Facebook. Menerusi Facebook, orang boleh menjual apa sahaja dengan mudah, dengan syarat ia dilakukan dengan betul.

Salah satu cara untuk membolehkan produk terjual di media sosial seperti Facebook ialah engagement dengan pengguna Facebook yang mempunyai minat dan kecenderungan yang khusus. Katakan anda seorang yang mahu menjual beg tangan wanita berjenama, jadi pastilah secara amnya target audience dan bakal pelanggan anda adalah wanita yang sukakan beg tangan, dalam kes ini untuk lebih khusus ialah beg tangan wanita berjenama.
Kursus Bagaimana Untuk Tukarkan Like di Facebook Menjadi Pelanggan Salah satu cara yang baik untuk menjual di Facebook ialah dengan berkongsi info berkaitan produk yang …

5 Fakta Perlu Tahu Mengenai Pinjaman Sewa Beli Kereta di Malaysia

Fakta Perlu Tahu Tentang Pinjaman (Sewa-Beli) Kereta. Ramai rakyat Malaysia mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta sendiri. Tak kiralah kereta itu kereta baru, mahupun kereta terpakai. Saya sendiri selepas 3 bulan diterima sebagai staff USM, saya terus berimpikan untuk membeli kereta sendiri, namun hanya selepas 3 tahun bekerja makan gaji baru saya mampu untuk memiliki sebuah kereta baru, itupun kereta Perodua Kelisa yang harganya adalah mampu milik buat saya ketika itu.

Bila cakap soal mahu membeli kereta, perkara tidak boleh elak ialah melakukan pinjaman sewa beli kereta. Hanya segelintir golongan sahaja yang mampu dan boleh membeli kereta secara tunai keseluruhannya.
5 Info dan Fakta Perlu Tahu Mengenai Pinjaman Sewa Beli Kereta Ok, sebelum anda bercadang untuk membeli kereta baru, pastikan anda tahu beberapa info dan juga fakta berkaitan pinjaman sewa beli kenderaan di Malaysia. Kena faham supaya anda tidak kena tipu oleh agen penjual kereta, dan juga bagi membolehkan anda menda…

12 Tips Mudah Sebelum Beli Kereta Terpakai

Tips mudah sebelum beli kereta terpakai tanpa perlu pengetahuan teknikal. Bercadang nak beli kereta terpakai? Sebelum anda beli, cuba lihat peralatan dan aksesori dalam kereta itu dahulu. Ini adalah antara langkah-langkah yang perlu anda buat sebelum anda ambil keputusan untuk beli kereta terpakai atau second-hand car. Yelah, bukan semua orang mampu beli kereta baru, walaupun hakikatnya tak jauh beza pun antara kereta baru dengan kereta terpakai.

Kenapa saya cakap tak jauh beza? Yelah, anda harus sedar ... orang yang jual kereta mereka kepada syarikat menjual kereta terpakai ada banyak sebab. Antara sebabnya ialah .... nak beli kereta lebih besar, mahu kereta yang lebih baik, kereta sudah uzur, kereta pernah terlibat kemalangan, kereta ada masalah, tak mampu nak bayar, nak dapatkan tunai dan macam-macam lagi.
Tips Mudah Sebelum Membeli Kereta Terpakai (Second-Hand Car) Ada banyak sebab, dan ada di antara sebab-sebab tersebut ... ia tidak menjadikan kereta itu tidak bagus, malah ada ke…

5 Pedoman Buat Si Ayah Mendidik Anak

5 Pedoman Buat Si Ayah Mendidik Anak. Dalam soal mendidik anak-anak, ianya bukan tugas isteri atau ibu semata-mata. Ia merupakan tugas bersama. Ayah juga perlu ambil bahagian secara aktif dalam memberikan pendidikan tidak formal kepada anak. Sering yang kita nampak, peranan ayah ini muncul bila tiba bab menghukum, ibarat macam hakim di dalam rumah.

Walaupun ketua keluarga itu adalah suami atau ayah, ini bukan bermakna ayah itu raja. Merasa diri seperti seorang raja sampai semua tugas hanya dibuat di hujung lidah - yakni hanya reti memberi arahan itu dan ini. Si ayah perlu ubah sikap, perlu lebih proaktif dalam memastikan keluarga pimpinannya menjadi keluarga yang harmoni, beradab dan memenuhi tuntutan agama dan budaya.
5 Tips dan Pedoman Untuk Si Ayah Mendidik Anak-Anak Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang ayah? Adakah hanya menjadi imam ketika sholat berjamaah? Adakah sebagai seorang penjatuh hukuman ketika anak-anak melakukan kesalahan? Ia lebih dari itu.

Di sini s…

15 Panduan Ringkas dan Adab Dalam Kenduri Kendara

15 Panduan Ringkas Kenduri Kendara. Bila kata kenduri - terus dalam ingatan kita adalah makan-makan. Makan dan makan dan makan dan makan ... dari hidangan nasi minyak sampailah ke bubur kacang, laksa, ABC ... semuanya makan. Dan kebanyakkan kenduri bila cerita bab makan memang agak mewah. Mewah maksudnya banyak dan pelbagai. Kadang-kala sampai berbungkus untuk dibawa balik ke rumah. Tapi tak kurang juga yang terpaksa order ayam panggang Tesco untuk ganti hidangan lauk pauk yang dah habis...huhuhu.

Itu cerita bab orang yang adakan kenduri - lebih tepat dikatakan kenduri perkahwinan. Bagaimana cerita dengan orang yang dijemput untuk kenduri kendara ini. Ada 2 golongan bila cakap bab dijemput kenduri. Satu golongan dijemput untuk tolong-menolong menyediakan dan bantu melancarkan majlis. Satu lagi pula dijemput untuk mengimarahkan majlis; dengan kata lain ... meh makan free .... :).
Panduan Ringkas Mengenai Adab Hadir Kenduri Kendara 15 Panduan Ringkas dan Adab Dalam Kenduri Kendara Ada …

Qarin - Kembar Setiap Manusia Sehingga Mati

Anda tahu apa itu Qarin? Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman", "pasangan" atau "pendamping". Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia.
Qarin - Kembar Setiap Manusia Sehingga Mati Bagi sesetengah kepercayaan pula, Qarin itu dikatakan merupakan uri bayi yang baru lahir. Ia membawa sifat-sifat yang kurang baik untuk bayi; kerana itulah ia dibasuh sehingga bersih dengan garam kasar, limau purut, asam keping dan disiram air mawar sebelum ditanam dengan menggunakan kain putih bersih.

Ada pula mengatakan bahawa Qarin ini ialah jin yang mendamping manusia sejak ia lahir - dengan musababnya menjadi akan penyakit sawan tangis. Sawan tangis dikaitkan dengan gangguan dari makhluk halus yang dipercayai berpunca dari Qarin ini.

Kewujudan Qarin di samping manusia ialah untuk membina…

Reebonz Buat Sales Penghabisan Stok

Reebonz Buat Sales Penghabisan Stok. Siapa sini golongan wanita yang mahu bergaya dengan pakaian jenama terkenal? Kalau anda mencari lokasi beli belah online untuk produk jenama terkenal, dengan harga berpatutan, maka saya syorkan anda beli belah di Reebonz. Dan untuk masa terhad ini, Reebonz ada buat sales penghabisan stok .. memang menarik!
Reebonz Buat Sales Penghabisan Stok Antara jenama terkenal yang kini sedang dijual dengan harga penghabisan stok adalah SALVATORE FERRAGAMO (kasut wanita), JOSHUA SANDERS (kasut buatan Itali), LONGCHAMP (Beg tangan), TORY BURCH (kasut dan sandal), ALENVANDER WANG (beg tangan wanita), MICHAEL CORRS dan banyak lagi.
Harga penghabisan stok ditawarkan memang menarik. Kebanyakkan harga produk berjenama yang dijual di Reebonz adalah dengan diskaun lebih 50%! Kalau harga tersebut asalnya RM3,000 .. boleh dapat dengan harga kurang dari RM1,500!

Tak perlu susah payah nak pergi ke kedai, sebab di Reebonz ada banyak pilihan untuk pakaian, kasut, beg tangan,…

Beli Smart Watch Menerusi Lazada App

Wah wah wah ... pandai betul anak saya si Zikri, umur 8 tahun shopping online. Nak tahu apa yang dibelinya? Dah lama ngidam, sebab tengok ada kawan sekolah pakai kat sekolah, dia pun teringin nak ada benda yang sama iaitu sebuah jam tangan - Smart Watch Android. Harga ... bawah RM50.

Anak saya beli Smart Watch Android ni menggunakan Lazada App yang dimuat-turun secara percuma di Google Play. Sebagai pengguna baru, anak saya dapatlah beli dengan harga diskaun menggunakan kod baucer diskaun. Dia dapat dua kali diskaun, satu sebab diskaun beli gunakan Lazada App, dan satu lagi diskaun sebab beli guna kod baucer.
Beli Smart Watch Menerusi Lazada App Saya ada beritahu trick ni dalam post lepas-lepas dalam bahagian panduan dan tips shopping. Kalau nak dapatkan diskaun lebih, daftarkan akaun pengguna baru dan gunakan Lazada App ketika nak shopping. Selalunya diskaun yang diberikan menggunakan Lazada App tinggi sedikit ... katakan kalau shopping online di laman web Lazada, kita diberikan dis…

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Pahang

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Pahang. Setiap kerajaan negeri ada beberapa projek perumahan kos rendah dan kos sederhana yang dibangunkan di daerah-daerah tertentu. Seperti mana kerajaan negeri Perak, kerajaan negeri Pahang juga ada menyediakan borang khas untuk memohon membeli rumah kos rendah.

Berikut adalah borang untuk permohonan membeli dan memiliki rumah kos rendah di negeri Pahang. Untuk mereka yang memenuhi syarat dan layak untuk memohon, anda perlu mencetak borang di bawah ini, dan mengisinya dengan lengkap dan betul. Borang permohonan yang telah lengkap perlulah dihantar ke alamat pejabat daerah masing-masing yang boleh anda rujuk di akhir post ini.
Borang Permohonan Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah Awam/Swasta Negeri Pahang

Sedikit info mengenai permohonan perumahan kos rendah, dan kos sederhana rendah di negeri Pahang.

Apakah rumah kos rendah kerajaan?
Projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri atau oleh Kerajaan Pesekutuan melalui agensi pe…

3 Jenis Perkhidmatan Uber di Malaysia Patut Tahu

Ramai nampaknya menaruh minat terhadap Uber tatkala ini. Al maklumlah dalam Bajet 2017 baru-baru ini, ada berita menggembirakan buat mereka yang mahu menjana pendapatan menerusi perkongsian kereta Uber. Saya tak nak ulas tentang Bajet 2017, sebab saya sendiri pun tidak tahu menahu secara detail. Apa yang saya nak kongsikan kepada anda ialah pengetahuan saya mengenai Uber.

Ok. Sebelum itu, elok saya beritahu anda bahawa saya bukanlah perekrut pemandu Uber. Saya juga bukan seorang yang telah daftarkan diri sebagai pemandu Uber, ataupun Grabcar. Saya cuma mahu kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya mengenai Uber, hasil dari temuramah dan juga rujukan beberapa sumber.
3 Jenis Perkhidmatan Uber Patut Tahu Sebelum ini, secara berlawak .. saya ada kongsikan video mengenai jenis-jenis pemandu Uber yanh patut anda tahu. Jika belum tonton video tersebut, boleh klik ke pautan berikut - 10 Jenis Pemandu Uber Patut Anda Tahu, anda boleh tonton video tersebut di akhir artikel yang telah saya ter…