Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Jadual Tariff Elektrik Terkini TNB, Anda Patut Tahu Berapa Nilai Sebenar Dibayar

Jadual Tariff Elektrik Terkini TNB. Sebagai konsumer atau pengguna, seharusnya harus tahu berapa anda kena bayar untuk bil elektrik TNB. Baru-baru ni (Ogos 2016), TNB telah menaik-taraf sistem akaun pengguna-penggunanya; malah TNB telah memperkenalkan sistem bil online terbaru yang nampaknya lebih baik daripada sebelumnya.

Jika anda masih belum sedar tentang kewujudan sistem online semakan dan bil elektrik TNB baru ini, anda boleh baca post yang telah saya terbitkan di sini - Cara Semak Bil Elektrik Secara Online

Saya juga cuba bantu anda untuk buat pendaftaran online sistem online TNB dalam blog post tersebut. Boleh dijadikan panduan untuk anda.
Jadual Tariff Elektrik Terkini TNB Seperti awal yang saya katakan, sebagai pengguna .. kita harus secara amnya sedar berapa yang sebenarnya kita perlu bayar untuk penggunaan tenaga elektrik, samada di rumah ataupun di premis komersil. Boleh lihat dan berpandukan kepada jadual di bawah ini.

Sebelum itu, cuba login ke akaun elektrik TNB anda, d…

5 Status Facebook Cerminkan Diri

5 Jenis Status FB Cerminkan Peribadi Diri. Adeh. Anda pengguna tegar laman sosial Facebook? Tahukah anda, kadangkala orang boleh mengagak karektor anda berdasarkan daripada status yang anda tulis di dinding Facebook anda.

Mungkin apa yang akan saya kongsikan ini tidaklah 100 peratus benar, sebab manusia ni ada 1001 ragam perangai, malah ada tu boleh menjelma dari seorang yang tersangat baik ... dan kemudian menjadi tersangat kejam dalam tempoh singkat. Tiada siapa tahu apa yang ada di dalam hati. Terlalu banyak manusia yang bertopeng ni .. huhuhu... apatah lagi di zaman sekarang ni.

Zaman sekarang mudah sangat nak menyamar diri, mudah sangat untuk sorokkan peribadi yang sebetulnya.
5 Status Facebook Cerminkan Peribadi Diri Apapun meh tengok apa 5 status FB yang saya maksudkan, yang sedikit sebanyak dapat mencerminkan peribadi si penulis status di Facebook.

Meh tengok akan 'kebenaran' ini.... hehehehe...

Amacam? Ada rasa macam betul tak? Huhuhu ....

Jika rasa kita bukanlah man…

5 Kaitan Mata Dengan Masalah Hati

5 Kaitan Mata Dengan Masalah Hati. Dari kerana mata .... bukan sahaja pasal cinta, tetapi juga pasal penyakit. Gamaknya kenapalah orang-orang lama selalu berkata, mata itu ada kaitan dengan hati. Lalu atas dasar ingin tahu, saya menemukan ini .... kaitan mata dengan kesihatan dan keadaan hati.

Bukan fakta yang dibuat-buat tetapi ia merupakan fakta kesihatan yang harus bagi kita tahu agar sentiasa peka dengan mata kita, bukan mata je kena peka dengan keadaan sekitar .. malah mata kena gak peka dengan mata .. hehehehe
5 Kaitan Mata Dengan Masalah Hati Mata dikatakan ada refleksi langsung dengan kesihatan hati. Kerana itulah apabila jumpa doktor, selalunya kesihatan mata ini akan diperiksa. Mari lihat tanda-tanda keadaan mata yang ada kaitan dengan keadaan hati kita yang tak nampak di dalam tubuh ni ..
Tanda-Tanda Mata Berkaitan Dengan Masalah HatiMata menjadi merah - Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksi…

10 Gambar Uqasha Senrose Cantik Bertudung

Gambar seksi Uqasha Senrose menjadi kontroversi dan bualan para netizen kali ini. Wordless Wednesday menampilkan beberapa gambar Uqasha Senrose sebelum ini bertudung manis, dan disenangi ramai.

Wordless Wednesday. Hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan panjang berjela, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.
10 Gambar Uqasha Senrose Cantik Bertudung
Kredit: Instagram Uqasha Senrose

Merdeka Hanyalah Sekadar Satu Cuti Umum?

Merdeka Hanyalah Sekadar Satu Cuti Umum?. Perghh memang mendalam betul iklan Merdeka 2016 daripada UMW ni ... ada ayat 'makan dalam' dalam video iklan ini. Saya pun tak sangka tapi dalam masa sama, saya akui ia memang satu hakikat terutama pada golongan remaja dan anak-anak zaman sekarang. Apa mereka betul-betul faham ialah Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka (Mendeka) hanya satu hari di mana mereka dapat bercuti selama 1 hari!.

Iklan Merdeka 2016 daripada UMW ini memaparkan sebuah kisah lelaki Cina bernama Merdeka. Kedengaran agak pelik .. tetapi dedulu memang ada ibu bapa yang menamakan anak mereka sempena satu peristiwa penting yang berlaku. Dan itulah yang terjadi pada Merdeka yang lahir pada 31 Ogos 1957.
Selamat Hari Jadi Merdeka Video iklan ini bagaimana Merdeka merasakan 31 Ogos itu adalah hari istimewa buat dirinya. Semua orang menyambutnya, dan semua orang menyeru dan bersorak akan namanya - Merdeka. Ketika zaman remaja, itulah yang dia fikir, dan dia faham .. tapi ru…

Selamat Hari Merdeka 59

Selamat Hari Merdeka ke 59 buat semua rakan-rakan pembaca, rakan-rakan blogger ... dan semua rakyat Malaysia. Terima kasih kerana anda kekalkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka. Walaupun ada banyak perbezaan pendapat dalam banyak perkara, namun kita masih ada rasa bangga untuk mengakui bahawa kita anak Malaysia.

Sejarah kemerdekaan Malaysia agak panjang. Banyak cerita suka duka dari sebuah wilayah menjadi negara, menjadi empayar ... dan kemudian dijajah beratus tahun lamanya, dan kemudian kita bersatu di bawah satu nama, kemudian dijajah kembali, kemudian bebas .. kemudian .. kemudian ... akhirnya Malaysia terbentuk, dan kita sudah merasa kemerdekaan sejak tahun 1957.
Selamat Hari Merdeka 59 Saya bukan pakar sejarah nak detailkan bagaimana Malaysia mendapat kemerdekaannya. Kalau dirujuk dalam buku teks pun, saya pasti ia tidak selengkap mana. Masih banyak tertinggal dan lompong walaupun ada yang mengkaji berpuluh tahun lamanya.

Namun, semua setuju bahawa nikmat Me…

The Last Kite Maker - Iklan Merdeka 2016 Maxis

Ini sebuah iklan Merdeka 2016 yang sangat saya suka. Ia menarik. Ia realiti. Ia berkaitan teknologi. Ia apa yang akan bakal kita hilang - dan Maxis mengingatkan kita, bahawa teknologi tidak seharusnya dianggap sebagai pemisah jiwa manusia. Ia sebenarnya boleh menyentuh rasa dan jiwa jika kita tahu menggunakannya dengan baik.

Ini adalah sebuah iklan Merdeka 2016 daripada Maxis, mengenai kisah pembuat Wau terakhir di Kelantan (The Last Kite Maker). Jom saksikan video filem pendek mengenai impian Pakcik Shafie.
The Last Kite Maker - Iklan Merdeka 2016 Maxis Team Maxis telah datang bertemu dengan Pakcik Shafie, bertanyakan impiannya .. dan mahu impian Pakcik Shafie direalisasikan menerusi The Kite Project. Apa sebenarnya projek ini? Apa impian pakcik Shafie?

Jom layan video iklan Merdeka 2016 daripada Maxis ini. Anda akan berasa kagum seperti mana Pakcik Shafie .... dengan apa yang telah pihak Maxis lakukan dalam merealisasikan impian ...
Video Iklan Merdeka 2016 Daripada Maxis - The Last …

Iklan Merdeka 2016 Digi - Jangan Jadi Seperti Ah Wong

Iklan Merdeka 2016. Kali ini saya kongsikan sebuah iklan yang menarik daripada Digi Telecommunication. Ia sebuah iklan yang menggambarkan perangai kebanyakkan daripada kita. Dek kerana perangai kita ini, kita tidak pernah merasa gembira akan diri dan orang sekeliling kita. Ini kisah Ah Wong, jangan jadi seperti Ah Wong sebelum anda tonton video iklan Merdeka 2016 ini.

Ada di kalangan masyarakat Malaysia yang bersifat hanya mahu melihat dari kacamata sendiri sahaja, mereka menilai apa yang mereka sebenarnya tidak betul-betul tahu. Hubungan sesama manusia diabaikan kerana kita fikir .. kitalah sahaja yang betul dan benar dalam segala sesuatu.
Jangan Jadi Seperti Ah Wong - Ada Sesuatu Yang Kita Perlu Belajar dari Iklan Merdeka 2016 Ini Inilah kisah Ah Wong, yang dibawakan dalam iklan Merdeka 2016 dari Digi. Ia satu iklan yang mengingatkan kita semua, bahawa hubungan sesama insan itu perlu untuk mengecap bahagia, mengecap rasa Merdeka yang telah kita saban tahun raikan. In Sha Allah, tahu…

Take Care - Iklan Merdeka 2016 Petronas

Take Care, sebuah iklan Hari Malaysia atau Hari Kemerdekaan ke 59 daripada Petronas. Walaupun baru lima hari (sejak 25 Ogos 2016) berada di laman YouTube, iklan Merdeka 2016 daripada Petronas ini telah pun mendapat lebih 700,000 views daripada pengguna Internet.

Semua orang sedia maklum, Petronas merupakan antara brand terkemuka yang membawa nama Malaysia di persada dunia. Bila sebut Petronas, orang akan ingat Malaysia, kemudiannya akan mula terbayang bendera Jalur Gemilang. Petronas sinonim dengan Malaysia. Jadi, bila orang melihat iklan Petronas, orang akan nampak nilai-nilai yang ada di dalam masyarakat dan budaya Malaysia.
Take Care - Iklan Merdeka 2016 daripada Petronas Take Care, iklan Merdeka 2016 yang meletakkan nilai-nilai terbaik rakyat Malaysia yang sentiasa saling bantu, walaupun berlainan budaya dan agama. Kita menjaga sesama kita, dan memastikan bahawa Malaysia sentiasa berada di dalam kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan.

Jom layan video TVC Merdeka 2016 daripada Petr…

Hashtag AkuOmar - Iklan Merdeka MYNIC 2016

Dah tengok iklan Merdeka 2016 terbaru tak? Belum lagi? Aha .... saya nak kongsikan iklan Merdeka 2016 daripada MYNIC. Sejak dua menjak ni ... MYNIC rajin buat TVC (TV Commercial). Ada tengok tak iklan RAYA 2016 yang mereka buat? Kali ini, untuk Kemerdekaan ke 59 Malaysia, iklan #AkuOmar dipersembahkan oleh MYNIC.

Tahun 2016 menandakan satu sejarah di mana Malaysia sudah mencapai kemerdekaan ke 59 tahun. Alhamdulillah, sejak Merdeka .. banyak kemajuan yang negara kita peroleh. Ia semua adalah usaha-usaha gigih tanpa jemu, tanpa mengenal siang malam mereka yang hidup sebelum kita. Mereka pastinya takkan terbayang kegembiraan jika dapat melihat Malaysia zaman kini yang sudah banyak perubahan. Dan antara golongan yang banyak memberikan perubahan besar kepada negara ialah para guru Malaysia.
#AkuOmar - Iklan Merdeka MYNIC 2016 Iklan Merdeka 2016 daripada MYNIC menceritakan tugas seorang guru bernama Omar (#AkuOmar). Omar bertugas di kawasan pendalaman, iaitu di Sekolah Kebangsaan Pulau La…

Kontest Komen dan Menang Huawei Honor 8 Serba Baharu

Mahu Honor 8 percuma? Sertai kontest komen dan menang di Facebook dan anda mungkin menjadi pemilik pertama sebuah (dari dua) telefon pintar Honor 8 dari Huawei. Telefon pintar canggih serba baru dari Huawei ini dijangka akan berada di pasaran Malaysia mulai 5 September 2016.

Saya merupakan salah seorang pengguna telefon pintar dari Huawei. Saya sudah hampir setahun menggunakan Huawei Honor 7 yang saya beli secara online di Lazada Malaysia. Memang puas hati dan berbaloi. Jika anda teringin nak beli telefon Honor 7, jangan lupa baca dulu review ringkas saya di sini - 7 Sebab Mengapa Berbaloi Memiliki Honor 7
Kontest Komen dan Menang - Honor 8 Percuma Dan setelah setahun, Huawei kini muncul dengan satu lagi telefon premium atau flagship serba baru iaitu Honor 8. Seperti biasa, Honor 8 baru didatangkan dengan performance yang cukup hebat, selain diberikan sentuhan craftsmanship 15-lapisan dan efek 3D yang menonjolkan kemasan mempersonakan. Paling menarik ialah ia mempunyai dua kamera 12M…

Jom Menyumbang RM10 Untuk Program Amal Jejak Gelandangan 2016

Program Amal Jejak Gelandangan 2016. Adakah anda seorang warga prihatin Malaysia? Jom bersama-sama membantu menjayakan projek amal - Program Amal Jejak Gelandangan 2016. Program ini merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur, dengan bermatlamat untuk mengedarkan pek makanan kepada golongan yang memerlukan.

Berminat tak nak hulurkan sumbangan?

Ok. Saya sebenarnya telah menerima email berkaitan program ini sudah agak lama .. iaitu pada 22 Ogos 2016 yang lalu menerusi akaun email lama saya. Saya tak pasti bagaimana pihak terbabit boleh mendapat email saya, dan kemudiannya memohon untuk saya kongsikan di blog dan media sosial lainnya.
Program Amal Jejak Gelandangan 2016 Apapun, saya fikir masih sempat untuk saya war-warkan program murni yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur ini, hatta diri saya sendiri bukan berada di Kuala Lumpur .. huhuhu... benda baik, elok bantu .. apatah lagi di zaman era siber ni, gunakan segala metod dalam alam sibe…

Tips Optimasi Google Adsense

Tips Optimasi Google Adsense. Ramai rakan blogger yang telah menempatkan iklan Google Adsense di dalam blog. Jika dulu ada kekangan dari segi bahasa, tetapi sekarang Adsense telah tersedia untuk blog versi Bahasa Melayu. Adsense dalam blog bahasa Melayu tiada banyak beza dari adsense yang berada di dalam blog bahasa Inggeris. Cuma mungkin, nilai untuk sesuatu iklan itu tidak terlalu tinggi kerana saingan yang kurang dari segi bahasa.

Walaupun begitu, Adsense sentiasa ingin membantu agar ahli-ahli atau blog yang berdaftar dengan Adsense agar mengoptimasi iklan Adsense untuk income sehabis boleh. Jika blog tetiba kurang mendapat income yang baik, pasti akan tiba satu email dari Adsense yang menerangkan dan memberikan beberapa tips supaya optimasi Google Adsense dapat dilakukan di dalam blog.
Tips Optimasi Google Adsense Dalam Blog Saya antara beberapa orang blogger Malaysia yang sering menerima email daripada Google Adsense. Banyak juga tips buat duit Adsense yang saya kongsikan di blo…

Cara Update Firefox Versi Terkini

Anda pengguna pelayar internet Firefox? Masalah dengan Firefox anda? Jika ya, anda mungkin perlu update atau upgrade pelayar Firefox supaya pengalaman anda melayari internet tidak terganggu atau bermasalah. Firefox adalah antara pelayar internet yang popular, bukan sahaja di peranti desktop komputer, malah di peranti mudah-alih. Ia merupakan aplikasi percuma melayari internet paling popular, selepas Google Crome dan juga Microsoft Edge.

Blog saya sendiri ramai yang masuk dan baca menggunakan aplikasi Firefox dan Google Crome. Firefox adalah pelayar internet bersifat terbuka yang dibangunkan oleh Mozilla.
Cara Update Firefox Versi Terkini Memandangkan Mozilla Firefox adalah pelayar internet bersifat terbuka, ia sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pembabitan ramai dalam komuniti Mozilla membolehkan Firefox sentiasa ke hadapan dalam banyak aspek berkaitan pelayaran internet yang selamat, lancar dan pantas.

Namun begitu, tidak ramai pengguna internet yang meng…

Cara Engage Fanpage Untuk Dapat Likes

Ini cara yang saya gunakan. Dah digunakan sejak beberapa lama. Apabila saya nak naikkan likes pada FB Page saya, saya akan gunakan teknik ni. Saya belajar lama dah, dari sebuah ebook yang dibeli semasa Ashadee.com masih lagi wujud. Nak tahu cara nak engage Fanpage untuk dapat likes tak? Ok ... sila baca.

Sejak akhir-akhir ini, fanpage dah banyak yang hadapi masalah. Fanpage blog ini pun tidak terkecuali. Turun naik likes unlikes tu memang biasa berlaku setiap hari. Pengguna FB tak suka je posting atau apa jua dikongsi di laman FB Fanpage pasti akan unlike.
Cara Engage Fanpage Untuk Dapat Likes Bila kurang likes, susahlah nak dapat engagement dengan pengguna FB. Dan untuk blog saya, susahlah nak dapat trafik daripada laman media sosial paling popular ini. Sebab saya sering sahaja kongsi entri di Fanpage blog ini. Bila trafik tak ada dari laman sosial, post yang dikongsi pun tak dapat banyak likes, jadi ... sedikit sebanyak ia beri signal bahawa apa yang kita tulis di blog itu kurang k…

Oppo F1s Gold Hanya RM1198 + Hadiah Free

Harga Oppo F1s Gold dijual hanya RM1,198 sahaja di Lazada Malaysia. Jika anda seorang peminat telefon pintar jenama Oppo, maka haruslah anda lihat bawah tawaran harga yang diberikan oleh Lazada sangat menarik sekali. Bukan setakat tawaran harga, tetapi benda-benda percuma yang akan anda dapat apabila membuat pembelian dengan Lazada Malaysia. Agak menarik tu ...

Spec juga sangat hebat pada Oppo F1s ini. Dicipta dan dibina untuk mereka yang kaki selfie, ia mengutamakan kamera hadapan dengan 16 megapixels dan kamera belakang 13 megapixels.... perghhh memang mantap sekali. Apatah lagi dengan aperture  f/2.0-2.2 untuk menonjolkan gambar.
Oppo F1s Gold Hanya RM1198 di Lazada Malaysia
Memang banyak specs best ada pada telefon terbaru dari Oppo ini. Selain kamera, saya juga nak highlight mengenai jumlah memori. Memori untuk Oppo F1s Gold ini ialah 32GB yang boleh ditambah menjadi 128GB, selain RAM 3GB yang penting untuk kelancaran pemproses MT6750 Octa-core 1.5GHz yang digunakan.

Skrin juga b…

Rebut Diskaun Lazada Unity Sale Sehingga 30% Extra Dengan Baucer Ini ..

Meh meh .. sila rebut peluang mendapatkan lebih diskaun sempena jualan online Lazada Unity Sale bermula dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2016. Saya ada beberapa kod baucer diskaun dan potongan sehingga 30% untuk anda gunakan yang tidak terdapat di tempat lain. Ianya adalah eksklusif untuk pembaca-pembaca blog ini sahaja.

Diskaun eksklusif ini diberikan memandangkan blog saya merupakan blog paling poyo yang dibaca setiap hari oleh mereka yang sukakan cerita house husband, nak dapatkan tips dan panduan tertentu, melihat gambar-gambar menarik semasa percutian weekend saya anak beranak selain ketahui cara-cara nak jana income secara online... hahaha..
Rebut Diskaun Lazada Unity Sale Dengan Baucer Ini .. Kod baucer diskaun Lazada Malaysia ini hanya sah dalam tempoh yang telah saya nyatakan tadi ye .. ianya adalah sempena jualan Unity Sale 2016, sebagai salah satu cara menghargai nikmat kemerdekaan negara yang ke 59 tahun ini. Jangan abaikan peluang nak bershopping sakan sebelum tiba hari raya…

Panduan Buat Untung di Pasaran Saham

Saya tahu ada di antara anda yang aktif bermain saham, dan ada juga yang dah lama main saham .. tetapi banyak kali gagal dan sering sahaja rugi. Apakata saya syorkan kepada anda untuk baca ebook Sistem Saham yang disediakan oleh mereka yang pakar buat duit di pasaran saham ni. Ia satu panduan untuk untung di pasaran saham, dengan menggunakan cara, kaedah, tips serta petua yang diberikan.

Kalau anda kerap rugi, ebook Sistem Saham ini adalah sesuai untuk anda. Namun begitu, kalau anda kerap untung pun, boleh je dapatkan dan baca ebook ini. Tak ada masalah untuk belajar ilmu mengenai pasaran saham.
Panduan Buat Untung di Pasaran Saham Apabila menggunakan panduan buat untung di pasaran saham menerusi ebook ini, anda akan lebih tahu cara untuk buat keputusan yang tepat samada untuk jual atau beli saham anda. Ia untuk memaksimumkan keuntungan .. bayangkan keuntungan yang boleh anda dapat dengan urus-niaga sendiri di pasaran saham boleh mencapai sehingga 90% setahun, berbanding dengan saham…

Komisen Kedua Involve Asia

Komisen kedua Involve Asia. Rezeki untuk bulan Ogos 2016, saya dapat komisen untuk kali kedua daripada Involve Asia. Saya dapat tahu ramai rakan blogger yang telah menerima komisen yang lumayan daripada Involve Asia. Ini mungkin kerana di dalam Involve Asia ada banyak produk yang boleh dipromosikan menerusi blog.

Buat duit online tanpa modal. Dengan Involve Asia, anda boleh dapat komisen daripada syarikat-syarikat besar, contohnya dari syarikat penerbangan seperti Etihad Airways, Qatar Airways, KLM Airlines, Yatra dan juga syarikat yang terlibat dalam pelancongan seperti Trivago, Hotels.com, CatchThatBus, BusOnlineTicket, Travellio, ClubMed ... uhh memang banyaklah peluang nak buat duit sampingan secara online ni.
Komisen Kedua Involve Asia Saya sudah mendapat komisen kedua dari Involve Asia, in Sha Allah .. akan ada lagi di masa akan datang. Saya nampak untuk berjaya dengan program affiliate Involve Asia ialah memilih produk yang sesuai untuk dipromosikan di blog, mengikut niche atau …

Mince MX - Formulasi Bakar Lemak Maksima Dengan 2 Langkah

Mince MX - Formulasi Bakar Lemak Maksima Dengan 2 Langkah. Adakah anda mempunyai masalah lemak berlebihan dalam badan? Jika rasa ada bahagian badan yang mungkin bermasalah dengan lebihan lemak, maka produk Mince MX adalah disyorkan untuk anda cuba. Dengan Mince MX, anda boleh cuba untuk bakar lemak semaksima mungkin menerusi dua langkah - minum dan serum.

Jika anda mendapatkan produk Mince MX ini, anda akan peroleh dua cara untuk mengatasi masalah lemak berlebihan dalam badan anda. Formulasi tindakannya adalah menerusi jus minuman untuk atasi secara dalaman dan langkah kedua menggunakan booster hot serum untuk atasi secara luaran. Dua tindakan dalam masa yang hampir serentak untuk atasi satu masalah - lemak berlebihan atau berat badan.
Mince MX - Formulasi Untuk Bakar Lemak Secara Maksima Dengan Dua Langkah Jadi, tidak hairanlah mengapa produk ini menjadi pilihan, kerana ia membolehkan pengguna dapat merasai kelainan dan keberkesanan produk ini seawal 1-3 minggu. Malah, daripada testi…

Lokasi Main Pokemon di Parit Buntar

Uishh .. banyak juga lokasi untuk bermain Pokemon ni di Parit Buntar. Selain semua tempat ibadat dijadikan sebagai Pokeshop, stesen bas Parit Buntar pun menjadi antara tumpuan pemain-pemain Pokemon-Go. Stesen bas Parit Buntar dijadikan sebagai gym atau tempat pemain-pemain Pokemon-Go berentap sesama sendiri.

Selain lokasi yang saya sebutkan di atas, ada satu lagi tempat popular bermain permainan online Pokemon-Go ini iaitu Dataran Pinggiran Sungai Kerian. Saya ingatkan lokasi ini hanya popular di kalangan pemancing dan mereka yang gemar beriadah, tetapi saya dapati setiap petang .. kawasan ini dikerumuni oleh pemain-pemain Pokemon-Go dari pelbagai bangsa dan peringkat umur.
Lokasi Main Pokemon di Parit Buntar
Kadang saya gelak je tengok aksi mereka yang seperti anak ayam kehilangan ibu, tak tentu hala arah mana dituju.

Saya ke sini sebenarnya bawa anak saya, si Zikri untuk memburu Pokemon-Go. Nampak dia gembira bila dapat tangkap banyak Pokemon liar yang 'berkeliaran' di Data…

Usia Blog 5 Tahun, Usia Kami 40 tahun

Saya ingin memulakan blog post ini dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ucapan, segala doa dan ingatan terhadap saya dan isteri yang kini sudah pun masuk umur 40 tahun. Manakala blog saya yang tidak semegah mana ini pula mencapai usia ke 5 tahun.

Bulan 7 dan bulan 8 adalah bulan bermakna bagi saya dan isteri kerana di bulan tersebut, kami dilahirkan oleh ibu masing-masing. Mungkin ada yang tidak tahu, 9876 adalah angka bertuah kami berdua .. kerana di dalam angka ini ada tarikh lahir saya dan isteri. Mungkin jodoh Allah S.W.T yang penuh dengan surprise. Alhamdulillah, usia perkahwinan kami juga sudah mencapai 13 tahun ...
Usia Blog 5 Tahun, Usia Kami 40 tahun Usia blog saya, hasrulhassan.com turut bertambah menjadi 5 tahun pada bulan Ogos yang bertuah ini. Memang saya memilih bulan Ogos untuk mengubah blog saya dari blog biasa-biasa menjadi blog yang luar biasa dengan keringat dan daya serta ilmu yang saya ada. Dan alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan bl…