Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Bahana Kalau Tak Tahu Jaga Kereta Sendiri

Untung mereka yang kerjanya sebagai seorang mekanik. Sah-sah kereta sendiri akan sentiasa berada di dalam keadaan tip top. Abang dan adik ipar saya, mereka ada pengalaman sebagai seorang mekanik. Kalau tengok kereta pertama mereka ... memang tak sangka boleh bertahan sampai 5-6 tahun. Yelah, tengok fizikal macam kereta yang layak untuk dijadikan besi buruk je. Tapi bahagian enjin ... perghhh .. power.

Saya beruntung ada dua orang yang saya kenal yang mahir selok belok penjagaan kereta. Dari bahagian dalam sampailah ke bahagian enjin. Setiap kali ada masalah dengan kereta, samada kereta sendiri atau kenderaan rakan taulan, saya pasti akan rujuk abang dan adik ipar saya. Kadang, benda yang simple je pun saya akan tanya mereka .. contohnya bagaimana nak reset cermin kereta automatik.
Bahana Kalau Tak Tahu Jaga Kereta Sendiri Sebenarnya, semua pemilik kereta harus tahu cara untuk jaga kenderaan sendiri. Paling tidak, mesti tahu cara nak matikan alarm yang gagal berfungsi dengan baik, car…

Akhirnya Merasa Kesedapan Serbuk Chezzy Cheese

Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Kak Ieta, seorang guru dan juga blogger yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat masyarakat. Baru-baru ini, Kak Ieta yang juga seorang online entrepreneur telah hadiahkan saya sesuatu, iaitu sebungkus serbuk Chezzy Cheese. Sebenarnya, memang dah lama berhajat nak beli serbuk keju ni, tetapi tak berkesempatan. Tup tap .. rezeki Allah Taala nak bagi, saya dapat secara percuma, menerusi Kak Ieta.

Anak-anak saya sememangnya suka dengan serbuk keju ... sebab boleh dibuat seperti Cheesy Wedges KFC. Jadi, dengan adanya Chezzy Cheese Powder yang Kak Ieta berikan, bolehlah buat banyak-banyak Cheesy Wedges ni .. sehingga anak-anak saya jadi muak nak makan. Huhuhu.. tak yah lagi nak gi KFC .. save banyak weihh!!
Akhirnya Merasa Kesedapan Serbuk Chezzy Cheese i-Mukmin
Serbuk keju yang saya terima daripada Kak Ieta adalah dari jenama i-Mukmin. Rasanya agak masin kalau anda tidak cukup sebatikan serbuk ini. Anda hanya perlu campurkan dengan…

Tanda Isteri Sayang Suami Ketika Bersiar-siar

Saya pasti ramai yang pernah berjalan berpegang tangan sewaktu bercinta - walhal perkara ini TIDAK dibolehkan. Hmmm time bercinta, tersentuh jari pun bagai terkena karennnn letrik. Masa ni, banyak perbuatan lebih kepada nafsu. Kalau tak dibendung, memang parah.

Kemudian, setelah beberapa lama bercinta .. lalu bernikah. Awal-awal perkahwinan memang mesra. Bukan lagi berpegangan, tetapi dah main peluk-peluk pinggang; terutama ketika berbulan madu .. uhh time tu rasa ... "dunia ni ana yang punya..". Kala ni tak kesah, dah sah bernikah. Cuma kadang perbuatan yang terlalu berlebihan, boleh datang kesan buruk pada padangan mata orang lain.
Tanda Isteri Sayang Suami Ketika Berjalan Bersiar-siar Pastu, masuk fasa baru .... bila si isteri dan suami dah ada pewaris. Anak yang comel ditatang bagai minyak yang panas penuh. Ikatan cinta yang terbina menjadi semakin kukuh dengan kelahiran anak sulong. Seronok bukan main lagi .... macam2 dibelikan. Yelah ... anak ...... mesti nak diberikan…

5 Petua dari House Husband Untuk Sediakan Hidangan di Bulan Ramadan dengan Pantas

5 petua dari House Husband untuk mudah dan cepatkan memasak hidangan untuk berbuka puasa... hehe... jangan sentap pula para ibu dan isteri ye apabila membaca tajuk artikel. Saya tahu anda pun hebat di dapur, tapi tak salah kot kalau saya nak kongsi pengetahuan, ilmu dan petua ini kepada semua, khusus untuk ibu-ibu dan para isteri yang bekerja; tetapi dalam masa yang sama mahu menyediakan hidangan sendiri untuk keluarga berbuka puasa dan juga sahur.

Saya fikir mungkin ada para ibu dan isteri yang sudah tahu akan lima petua ini. Tetapi, saya masih percaya ada di kalangan ibu dan isteri muda (termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat) yang tidak mengetahui akan petua ini. Ianya bukanlah petua yang sempurna, tetapi saya nak cadangkan juga .. manalah tahu ia akan berikan manfaat di bulan Ramadan.

Kekangan paling hebat untuk para ibu dan isteri yang bekerja menyediakan hidangan berbuka puasa serta sahur ialah masa. Walaupun diberikan kebenaran untuk pulang dari bekerja lebih awal, namun mas…

Kelas Putrajaya Prihatin - Mencari Sukarelawan

Adakah anda merupakan warga Putrajaya? Jika ya, terdapat peluang untuk anda menjadi warga prihatin dengan membabitkan diri sebagai sukarelawan di dalam sebuah program khas dinamakan Kelas Putrajaya Prihatin. Program ini dianjurkan dan diselenggarakan oleh Kelab Komuniti Putrajaya Prihatin yang merupakan sebuah badan NGO yang bukan bersifat keuntungan.

Saya sangat berbesar hati untuk mewar-warkan program baik ini untuk semua pembaca blog saya, walaupun saya berada jauh di Pulau Pinang. Saya fikir tentu ada di kalangan pembaca blog ini yang mempunyai hati nurani dan pengetahuan yang dapat disumbangkan untuk menyemarak serta menjayakan program Kelas Putrajaya Prihatin.
Kelas Putrajaya Prihatin - Mencari Sukarelawan Pendidikan Percuma Untuk Anak Yatim, Miskin Bandar dan Asnaf Putrajaya Sebagai info, Kelas Putrajaya Prihatin adalah merupakan satu program pendidikan percuma kepada anak-anak yatim, miskin bandar dan asnaf di dalam komuniti Putrajaya. Sasaran utamanya adalah kepada anak-ana…

Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016

Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016. Saya fikir ramai warga Pulau Pinang sudah tahu dan sedia maklum mengenai perkara ini. Walaupun pihak Kerajaan Negeri agak lambat memulakan program pengasingan sampah berbanding negeri yang lain, tetapi ramai warga Penang yang sudah memulakan inisiatif ini; sebelum adanya peraturan wajib menurut Akta

Bumi kita dah semakin nazak. Walaupun masyarakat secara amnya sedar akan masalah seperti bumi panas, kesan rumah hijau, kerosakan ozon, tempat pelupusan sampah yang semakin tenat, tapak pelupusan sampah yang tidak efisien dan sebagainya ... masih ramai yang tidak ambil langkah proaktif untuk memelihara apa yang masih ada.
Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016 Saya lihat ramai yang melepaskan tanggungjawab pada pihak berkuasa, walhal tanggungjawab memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Bila berlaku sesuatu, dengan mudahnya masyarakat menuding jari ke pihak yang lain, walhah ia boleh dielakkan jika kita betul sedar akan…

Lan Catering - Pilihan Bajet Katering Masakan Kampung

Lan Catering, pilihan bajet terbaik untuk katering masakan kampung. Lan Catering diusahakan oleh sepasang suami isteri, yang merupakan antara rakan karib isteri saya. Bermula dengan hanya mengambil upah menyediakan servis makanan kecil-kecilan dan sesama rakan, akhirnya pasangan suami isteri ini menjalankan perniagaan katerer secara serius.

Pertama kali saya mencuba masakan dari 'Lan Catering' ini adalah semasa berkunjung ke kediaman mereka di Puchong. Memang tidak sangka sama sekali bahawa seorang bekas pemandu lori dapat menyediakan Nasi Hujan Panas yang sedap, dan Ayam Masak Merah yang menyelerakan. Yup .. masakan dari air tangan lelaki memang hebat penangannya ... apatah lagi apabila saya dapat tahu bahawa 'Lan' belajar dari seorang chef. Puas tanya siapa ... rahsia katanya.
Lan Catering - Pilihan Bajet Katering Masakan Kampung
Kali kedua saya merasa masakan daripada Lan Catering adalah semasa Reunion Sekolah Seri Utama, Sungai Besar yang dibuat di Sungai Kelah, S…

10 Kerja Sambilan Online Patut Cuba

Zaman sekarang, ramai yang akan mencari kerja sambilan. Tak kiralah anda sudah ada kerja tetap di sektor awam, kerja di sektor swasta mahupun kerja menerusi bisnes sendiri; saya sebagai blogger sepenuh masa pun kadang mencari peluang untuk buat kerja sambilan ini. Sebenarnya banyak peluang seperti ini yang boleh direbut di internet. Ia adalah kerja sambilan online - perlu ada komputer, dan perlu ada akses internet.

Ada banyak kerja sambilan online yang boleh anda dapat. Ini adalah kerana semakin hari semakin banyak peluang terbuka, samada dari orang perorangan (soho) mahupun syarikat besar. Kebanyakan darinya adalah terdiri daripada golongan yang ada bisnes secara online atau yang menjalankan perniagaan atas talian. Ini mengakibatkan permintaan terhadap remote-worker atau pekerja sambilan jarak jauh secara online meningkat dengan ketara.
10 Kerja Sambilan Online Patut Cuba Jika anda perhatikan, market Malaysia juga adalah market yang kuat untuk kerja sambilan online ini. Ramai interne…

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Senarai blog (bloglist) Ramadan 1437H oleh Hasrul Hassan. Saya sedang membuka peluang untuk mana-mana blog atau blogger yang mahu masukkan blog mereka dalam bloglist blog ini, sempena ketibaan Ramadan 1437H. Jika berminat untuk mungkin mendapat tempias daripada trafik blog ini, saya alu-alukan semua penyertaan dari rakan blogger. Namun, ia terhad untuk 50 blog terawal sahaja.

Untuk membolehkan blog anda disenaraikan di dalam bloglist tersebut, beberapa syarat perlu dipenuhi sebagai token kesungguhan anda. Ia perlu agar saya boleh membuat pilihan dengan mudah bagi memilih 50 blog terawal.
Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan
Maka, sila ikuti syarat di bawah ini terlebih dahulu sebelum memberikan link atau URL blog anda untuk dimasukkan ke dalam bloglist.
Wajib menjadi ahli Kelab Blogger Belia (https://www.facebook.com/groups/kelabbloggerbelia)Mesti jadi rakan saya di FB atau Google Profile ... barulah kita boleh jadi mesra .. ye tak? (https://www.facebook.com/blogger.hasrulhassan)…

3 Petua Untuk Lahirkan Anak Bijak

Petua Untuk Lahirkan Anak Yang Bijak. Zuriat merupakan penyambung legasi keluarga. Zuriat yang baik akan memberikan kehidupan masa depan yang cerah. Zuriat yang baik juga merupakan satu tinggalan berharga apabila ibu bapa sudah tiada. Anak, adalah harta tidak ternilai dan mempunyai 'kuasa' tertentu agar kehidupan ibu dan bapa selamat dunia dan akhirat. Dan sudah semestinya menjadi satu dambaan buat ibu bapa mendapatkan dan melahirkan anak yang bijak.

Anak yang bijak - memang best kalau dapat anak yang bijak, bijak mengurus diri, bijak dalam pelajaran, bijak dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anak .... dan seterusnya.
3 Petua Untuk Lahirkan Anak Bijak Andai mahu anak bijak, ibu bapa harus mulakan didikan sejak si anak masih dalam kandungan lagi. Seperti di Israel, ibu-ibu yang mengandung diharuskan mengambil peperiksaan matematik agar anak yang dilahirkan genius dalam bidang matematik.
Petua 1 - Baca 3 Ayat Ini Semasa Kandungan Cecah 4 Bulan Dalam Islam, anda boleh mencub…

Kenapa Bayview Beach Penang Seronok Untuk Percutian Keluarga

Kenapa Bayview Beach Seronok Untuk Percutian Keluarga? Pada beberapa minggu yang lalu, kami sekeluarga merancang untuk satu percutian pendek di Pulau Pinang, Pulau Mutiara. Target kami ialah untuk bercuti di sebuah kawasan peranginan yang ada tempat untuk anak-anak bermain air.

Al maklumlah, ketika itu cuaca panas El Nino masih belum berakhir. Mulanya, ingat nak bermandi-manda di Setia Spice Aquatic Centre ...   tapi akhirnya kami ambil peluang untuk cari tempat penginapan yang ada kemudahan kolam renang untuk semua orang.
Kenapa Bayview Beach Penang Seronok Untuk Percutian Keluarga Atas cadangan beberapa orang yang kami kenal, maka kami telah memilih untuk merasai pengalaman menginap di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi. Kami telah menempah penginapan kami selama 2 hari 1 malam menerusi Agoda. Alhamdulillah, kami dapat tawaran dengan harga terbaik yang sesuai dengan bajet kami menerusi Agoda. Boleh dikatakan, ia percutian adhoc tanpa perancangan rapi. Dapat je harga bilik terbaik …

Jam Q&Q - Berkualiti Terbaik Mampu Milik

Jam Q&Q - Berkualiti Terbaik Mampu Milik.Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.
Jam Q&Q - Berkualiti Terbaik Mampu Milik
Berminat nak miliki jam ni dengan harga terbaik? Boleh beli online di sini - Online Shopping Watch

Percubaan Masak Nasi Lemak Dari Seorang House Husband

Saya penggemar nasi lemak, begitu juga dengan anak-anak saya. Saya fikir, bagaimana kalau saya buat percubaan untuk membuat nasi lemak sendiri. Kata orang, lebih berkat anak-anak dapat makan daripada air tangan kedua ibu bapanya .. jadi, saya kena usaha untuk praktikkan. Isteri saya memang dah pandai, cuma saya je belum lagi pernah buat attempt untuk masak nasi lemak untuk anak-anak.

Jadi, di suatu hari di waktu ketiadaan isteri saya .. maka saya pun buatlah percubaan untuk masak nasi lemak sendiri. Ada orang beritahu saya .. untuk hasilkan nasi lemak yang sedap, paling penting ialah sambalnya. Tapi untuk kes saya, saya memang dah hebat buat sambal tumis yang sedap lagi menyelerakan ... hahaha... anda sendiri boleh cuba teknik resepi saya tu di sini - Rahsia Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap
Percubaan Masak Nasi Lemak Dari Seorang House Husband Kekangan saya ialah bagaimana nak hasilkan nasi yang berlemak ... itu cabaran saya. Seumur hidup .. tak pernah lagi masak nasi lemak sendiri, dan …

8 Teknik SEO Youtube

Agak lama juga saya tak kongsikan mengenai tips SEO. Almaklumlah, sekarang ni dah ramai pakar seo di Malaysia, dan pastinya ilmu mereka lebih hebat dan lebih power ... jadi, saya berikan laluan untuk mereka berkongsi sesuatu kepada yang lain. Namun, bukan bererti saya berhenti untuk menulis mengenai SEO di dalam blog saya.

Dalam SEO (Search Engine Optimization), selain daripada blog dan laman web, ada satu lagi sumber sebaran info dan maklumat yang memerlukan pendekatan SEO ini. Sebelum ini, saya pernah ceritakan dan kongsikan tips bagaimana menjadi imej dalam blog untuk terindeks di enjin carian dan berikan trafik mencanak naik, maka kali ini .. saya nak kongsikan sedikit pengetahuan tentang SEO untuk video dimuat-naik di YouTube.

Blogger mungkin amat jelas akan kepentingan SEO ini tapi bagi yang tak tahu, SEO YouTube membolehkan anda menguasai YouTube lebih baik berbanding mereka-mereka yang tak tahu SEO. Ini bermakna, anda akan berikan satu kelebihan kepada video anda untuk mudah…

Buat Duit Dengan Uber Tanpa Bawa Kereta

Pernah dengar mengenai servis Uber tak? Kalau anda berada di ibukota, tentu tahu mengenai perkhidmatan Uber ni. Ia menjadi fenomena sekarang, kerana ia dikatakan alternatif kepada perkhidmatan teksi dan kereta sewa di ibukota. Tahukah anda, bahawa anda boleh buat duit menerusi Uber tanpa perlu membawa kereta sendiri?

Actually, saya tengah cari info berkaitan dengan perkhidmatan Uber ni .. sebab wife saya ada cerita mengenai servis Grabcar, yang lebih kurang je dengan Uber. Wife saya beritahu bahawa dia ada guna servis Grabcar untuk ke KL Sentral sebelum balik ke Parit Buntar naik ETS. Tup tap .. saya terjumpa satu laman ni yang bercerita tentang bagaimana nak jana income menerusi Uber tanpa perlu jadi pemandu. Uhh macam pelik lak ....
Buat Duit Dengan Uber Tanpa Bawa Kereta Dakwa pemilik laman web tersebut, beliau menjadi kaya raya selepas berjaya memanipulasi sistem servis Uber ini dari rumah. Dulunya, beliau adalah seorang pemandu Uber dengan pendapatan lebih kurang RM8000 sebulan ..…

16 Tips Untuk Travel Menaiki ETS KTMB

16 Tips Apabila Mahu Travel Naik KTM ETS. Sejak dua menjak ni, ramai yang follow blog saya untuk tahu mengenai pengalaman saya anak beranak naik KTM ETS, malah jadual terkini KTM ETS yang saya terbitkan ramai yang share dan like. Terima kasih kepada mereka yang telah kongsikan di laman FB masing-masing. Saya pasti ramai yang refer jadual tersebut untuk kemudahan merancang perjalanan, alhamdulillah.

Memandangkan saya ada pengalaman travel dengan ETS ini agak kerap, maka saya nak kongsikan sedikit tips dan petua untuk mereka yang mungkin baru nak mencuba perkhidmatan KTM ETS ini. Apa yang akan saya beritahu ini juga merupakan perkongsian daripada isteri saya yang setiap minggu akan travel guna ETS dari KL Sentral ke Parit Buntar.
16 Tips Untuk Travel Menaiki ETS KTMB Tempah Tiket Awal Jika nak tempah tiket KTM ETS, pastikan anda tempah awal untuk mengelakkan kehabisan tiket. Al maklumlah, jadual perjalanan tren ini agak terhad. Anda boleh tempah tiket menerusi tiga cara, iaitu menerusi …