Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari April, 2016

6 Taman Tema Air Harga Bajet Percutian

6 Taman Tema Air Harga Bajet untuk Percutian Hujung Minggu. Time cuti hujung minggu atau cuti panjang, adalah masa yang terbaik untuk habiskan bersama keluarga tersayang. Di ketika cuaca panas ini, destinasi percutian antara paling best untuk pergi pastilah taman tema air. Bukan sahaja dapat habiskan masa gumbira bersama keluarga, tetapi juga dapat segarkan diri sepanjang hari di taman tema air ini.

Di Malaysia, ada beberapa taman tema air yang besar dan menarik yang boleh anda kunjungi ketika cuti hujung minggu mahupun cuti panjang. Saya akan senaraikan beberapa taman tema air yang popular di Malaysia untuk rujukan anda. Manalah tahu, tetiba anda terfikir mahu bercuti pendek bersama keluarga hujung minggu ni. Oh ya, jika anda mahu membuat pertanyaan atau tempahan tiket, boleh cuba sebut nama blog ini - hasrulhassan.com; manalah tahu kot-kot boleh dapat harga tawaran istimewa. :)
6 Taman Tema Air Harga Bajet Untuk Percutian Hujung Minggu Bukit Gambang Resort Water Theme Park Taman tem…

8 Teknik Memancing Kerapu Kawasan Berbatu

8 Teknik Memancing Kerapu Kawasan Batu. Khas untuk kaki pancing seperti saya, entri atau post ini adalah untuk kalian baca dan ingat. Itupun kalau nak merasa ikan kerapu yang mahal harganya, contohnya macam ikan Kerapu Harimau yang memang mahal harganya di pasaran.

Ada kerapu di sebalik batu? Betul ke? Ya, memang betul. Rasanya semua orang tahu bahawa spesies ini merupakan spesies ikan batu karang. Memang kerapu sering menjadikan kawasan berbatu karang sebagai tempat persembunyian. Di kebanyakan pantai berbatu di Malaysia, ikan kerapu memang mudah ditemui, cuma ada beza sedikit dengan spesies dan saiz ikan kerapu ini jika dibandingkan dengan ikan kerapu di terumbu karang di tengah laut.
8 Teknik Memancing Kerapu Kawasan Batu Sebelum ini, saya ada kongsikan sedikit tips memancing Kerapu di tepian batu, yang merupakan tips dan teknik yang digunakan oleh anak saya. Kali ini, saya nak tambah sedikit tips dan teknik memancing kerapu di kawasan berbatu bersandarkan kepada ilmu-ilmu pakar me…

Cara Kira DSR & Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank

Cara Kira DSR dan Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank. Ramai antara kita yang mahu memiliki rumah, yelah .. sampai bila nak menumpang rumah orang dengan membayar sewa. Antara penyebab ramai antara kita masih lagi tidak memiliki rumah sendiri kerana risau mengenai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan daripada bank.
Cara Kira DSR & Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank Ada di antara kita yang takut apabila mengetahui dan mendengar tentang harga rumah sehingga RM300k sehingga RM400k. Ramai yang terus menyangka bahawa mereka tidak layak untuk membeli rumah tersebut menerusi pinjaman dan pembiayaan perumahan daripada bank. Walhal mereka tidak pun mengetahui mengenai pengiraan kelayakan untuk mendapatkan pinjaman perumahan, dan juga mengenai Debt Service Ratio (DSR).

DSR ialah antara elemen terpenting untuk menentukan sama ada sesuatu pinjaman itu boleh lulus atau tidak. Dalam kes ini, ia dikenali sebagai DSR pinjaman perumahan. Selain DSR ada juga faktor lain yang menentukan kelayakan …

Kerja Sambilan Di Rumah Untuk Surirumah

Kerja Sambilan Di Rumah Untuk Surirumah. Rasanya ramai di kalangan kita masih lagi mencari alternatif untuk mendapatkan kerja sambilan, serta kerja sampingan dari rumah. Kerja sambilan di rumah memang satu sumber income yang sangat baik buat mereka yang hampir 80 peratus berada di rumah, khususnya buat surirumah.

Sebenarnya memang banyak cara untuk surirumah bekerja di rumah dan mendapat pendapatan sampingan. Antaranya adalah membuat kek, menjual nasi lemak, menjahit baju, menjual kuih-muih, menjual nasi bajet, menjual lauk-pauk, menghasilkan kraftangan dan bermacam-macam lagi.
Kerja Sambilan Di Rumah Untuk Surirumah Ada juga surirumah yang mempunyai kemahiran tertentu mencari kerja sampingan dan sambilan menerusi internet. Kerja dengan kemahiran menggunakan komputer adalah antara kerja popular yang boleh didapati di internet, malah upah yang diberikan agak baik kerana dibayar dalam nilai USD. Hanya surirumah yang ada pengetahuan bahasa inggeris yang baik, serta mempunyai kemahiran m…

Movie Online HD Judge Archer (法官射手) 2016 Xu Haofeng

Yeah. Ada filem baru martial arts, bertajuk Judge Archer (法官射手) 2016. Filem ini juga disebut sebagai
箭仲裁 di China. Ia berkisar mengenai sebuah sekolah martial arts di China yang terkenal. Filem ini merupakan filem olahan baru, hasil kreativiti Xu Haofeng. Siapa yang tidak kenal dengan Xu Haofeng ni, antara pengarah filem aksi antara terbaik di China.

Filem Judge Archer ini dicalonkan dalam 49th Golden Horse Awards dalam 3 kategori. Kategori tersebut ialah Best Adapted Screenplay, Best Action Choreography dan Best Original Film Score. Jadi, ia menjadi antara filem aksi mesti tonton untuk tahun 2016 untuk diri saya.
Tonton Judge Archer 2016 Online HD Filem ini telah dikeluarkan pada 11 Mac 2016 yang lalu. Saya tak pasti samada filem ini telah sampai ke Malaysia, tetapi anda boleh tonton filem ini secara online dalam format HD menerusi beberapa laman web.

Kepada anda yang ingin tonton filem Movie Online HD Judge Archer (法官射手) 2016 Xu Haofeng ini, boleh klik di pautan yang disediakan di…

Anak Umur 6 Tahun Jahit Sendiri Anak Patung Rosak

Anak saya, Maira baru berusia enam tahun (2016). Sudah masuk 3 tahun bersekolah di pra. Dua tahun terdahulu, anak saya ni bersekolah di Tadika Islam Perak, daerah Kerian, Parit Buntar. Dan kemudiannya, saya dan isteri masukkan Maira ke Prasekolah di sekolah sama dengan dua orang abangnya. Dalam hampir tiga tahun bersekolah dan bergaul dengan kawan-kawan, Maira sudah ada skill tersendiri.

Dalam bab bersembang, memang champion. Kadangkala, saya mati ayat dek bersembang dengan anak saya yang memang suka bertanya soalan-soalan yang mencabar. Daripada tiga orang anak saya, Maira adalah yang paling pandai bersosial. Dalam usia sebegini awal, memang perlu dipantau lebih sikit .. takut nanti input yang dia peroleh tersasar daripada maksud sebenar.
Anak Umur 6 Tahun Jahit Sendiri Anak Patung Rosak Bijak memang bijak. Dalam usia seawal 6 tahun ini, Maira dah pandai buat kerja rumah ... yelah, bapak dia seorang blogger, seorang house husband .. kadang kena buat kerja lain, jadi ada perkara si M…

Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016 Jopana.my

Yeay. Saya menang t-shirt Online Entrepreneur dari Jopana.my, hadiah menerusi cabutan bertuah di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2016). Tak sangka kali ini turut bertuah menerima hadiah, sepertimana dalam SBB2014, saya juga berjaya menang sesuatu menerusi cabutan bertuah oleh pihak penganjur.

Ehemm... walaupun saya tidak berjaya menang hadiah idaman semua blogger iaitu hadiah menunaikan umrah, tapi saya gembira kerana tuah saya masih ada .. hehehe....anda ada rasa bertuah tak? Kalau nak tahu, andai anda ada rasa bertuah .. maka cepat-cepat gunakan tuah yang ada itu untuk dapat lebih lagi. Kerana apa? Kerana Allah S.W.T sedang membuka pintu rezekiNYA seluas lautan untuk anda.
Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016 Dari Jopana.my Jadi, bila dah dapat sehelai t-shirt, maka memang wajiblah saya menggayakannya...haha .. mahu kasik anda semua jeles .. ekekeke.. sebab lepaskan peluang untuk hadir ke SBB2016. Uhh jangan bengkek dengan saya ehhh ... keh keh keh. Bukan saya seorang yang menang had…

Bila House Husband Menjahit ...

Ahh sudah. Isteri saya tak ada. Anak saya pula desak untuk jahit lencana sekolah untuk kelas KAFA. Kalau tak jahit, dia tak mahu ke kelas KAFA yang dihadirinya 3 kali seminggu setiap petang. Nak tak nak, saya perlu jahit sendiri lencana sekolah anak saya. Ohh ... pengkor dibuatnya. Inilah bila house husband menjahit .. .. agak-agak hasil akhirnya nanti boleh dapat pujian tak? Haha...

Memang dah lama saya tak menjahit baju. Kali akhir, seingat sayalah, ketika belajar di Matrikulasi USM. Masa tu saya perlu jahit kangkang seluar track yang terkoyak semasa berlatih untuk pasukan bola lisut desasiswa Gemilang (asrama USM). Tak susah sebenarnya menjahit baju atau pakaian yang terkoyak ni. Cuma mungkin, jahitannya tak begitu kemas. House husband menjahit seperti saya ... uhh asal terletak sudahhhh .. haha.
Bila House Husband Menjahit ...
Masa saya belajar di USM, dalam Ijazah Sarjana Muda .... di tahun ketiga, ada gak kes seluar saya terkoyak. Tapi masa tu dah ada awek .. haha .. jadi tak j…

Ramai Usahawan Untung Ribuan USD Selepas Daftar Shopievo

Wow. Memang memberansangkan. Ramai usahawan terutama dropship yang telah berjaya membuat jualan dan keuntunga ribuan USD selepas mendaftar dan melanggan kursus online Shopievo. Saya sendiri teruja dan merasa kagum. Alhamdulillah, semakin ramai usahawan dropship yang sudah tahu teknik untuk melariskan jualan, serta membuat keuntungan berlipat-kali ganda setelah belajar langkah demi langkah menerusi kursus Shopievo.

Disebabkan kejayaan ramai usahawan dropship ini, saya sukacita ingin memaklumkan bahawa tim Shopievo yang terdiri dari 3 jejaka kacak yang sebelum ini saya paparkan menerusi post Kehebatan 3 Jejaka Buat Duit Dropship USD94K Dalam Masa 2 Bulan akan membuka semula pendaftaran baharu untuk usahawan dropship yang berminat untuk langgan kursus online Shopievo. Kursus ini akan mengajar anda cara, teknik serta kaedah langkah-demi-langkah untuk setup bisnes online dropship USD menggunakan platform Shopify.
Ramai Usahawan Untung Ribuan USD Selepas Daftar Shopievo Shopify adalah medi…

Tak Pandai Berblog? Susah Betullah!

Tak pandai berblog? Hmm susah sangat ke nak menulis seperenggan ayat? Bagi saya, memang akan pandang senget sikit pada mereka yang kata tak pandai berblog, almaklumlah ... dah lama sangat menulis sampai lupa diri bahawa dulu pun, saya pun kira tak pandai juga.

Mengata orang, diri pun lebih kurang sama juga .. lebih 5 tahun dahulu. Ya, saya pun bukan pandai berblog, memang susah betul rasanya nak menulis seperenggan ayat. Kala itu, jalan mudah saya buat ialah copy-paste. Tapi bukan copy-paste entri dari blog orang lain, tetapi copy-paste dari direktori ezine atau majalah online yang percuma.

Tak Pandai Berblog? Susah Betullah! Saya memang tak pandai berblog, tak macam sesetengah blogger yang 'seusia' yang telah hebat sekarang yang memang awal berblog tulis boleh jadi buku kitab. Saya tiada skill penulisan yang bagus. Saya tiada keyakinan apa yang akan saya tulis dibaca orang.

.... tapi

Apabila saya dah kena maki, dah kena 'bancuh' oleh mereka yang memang pakar menulis; …

Siapa Hasrul Hassan?

Siapa Hasrul Hassan? Rupanya ramai yang tidak kenal lagi siapa saya. Walaupun saya muncul sebagai panel penceramah di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2016), ini tidak bermakna saya dikenali oleh seluruh warga dunia blogger Malaysia. Saya masih lagi seorang blogger sepenuh masa yang cuba mencari peluang dan ruang untuk dikenali, bukan kerana diri saya yang 'kacak' tetapi kerana ilmu pengetahuan yang dikongsikan dan dipinjamkan Allah S.W.T di blog saya.

Saya bertuah diberikan kesempatan untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman di dalam bidang penulisan blog, terutama dalam bab cara menjana pendapatan menerusi blog. Walhal, jujurnya saya merasakan ada ramai lagi blogger yang lebih layak untuk bercakap mengenai topik tersebut. Mungkin kerana banyak artikel blog saya mendapat tempat di enjin carian, maka pihak Denaihati Network telah memilih saya untuk menyampai-sebar dengan lebih baik terus kepada rakan blogger sekalian alam .. huhu.
Siapa Hasrul Hassan?
Siapa saya? Saya adalah…

Awek Cantik Ini Berikan 5 Cara Atasi Putus Cinta Buat Si Gadis

Apa perlu anda buat jika anda putus cinta? Terutama sekali untuk si dara. Sejauh pengetahuan yang saya ada, biasanya gadis yang putus cinta, pastinya akan menangis gila-gila, frust menonggeng kerana cinta telah terputus di tengah jalan. Panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kadang nampak tiada apa yang berlaku, namun dalam hati tiada siapa yang tahu.

Ada gadis apabila putus cinta, dia akan makan sebanyak mungkin, kononnya mahu menghilangkan rasa kesedihan dalam diri. Tetapi, apa berlaku ... selepas dah semakin pulih, saiz tubuh badan pula yang bertambah-tambah. Dulunya rasa diri ada rupa paras bertubuh cantik, tetapi kini ... hmm ... paling menyedihkan, selepas rasa frust menonggeng hilang, tubuh badan pula mendapat penyakit, uh aloh ... kasihan.

Tolong jangan siksa diri kerana cinta seorang lelaki. Lelaki adalah seorang manusia yang asal-usulnya sama; dan tanpa ragu-ragu tetap akan berakhir di tempat yang sama sebelum ditiupkan roh untuk bangkit sekali lagi men…

Set Combo Ebook ASB Genius & Hartanah

Set Combo Ebook ASB Genius & Hartanah, set ebook berkaitan pelaburan dan hartanah paling bernilai untuk wang anda. Adakah anda mencari ilmu berkaitan dengan pelaburan? Jika anda mahu menjadikan wang sebagai alat untuk menggandakan wang anda, dan biarkan ia bekerja untuk anda, maka saya sangat syorkan anda mendapatkan dan melanggan Set Combo Ebook ASB Genius dan Hartanah ini.

Set combo ebook ini merupakan inisiatif yang dipelopori menerusi ‪#‎kolejmayagenius‬. Ia adalah bertujuan untuk memberikan serta menambah ilmu pengetahuan rakyat Malaysia khususnya Bumiputera di dalam pelaburan ASB dan juga hartanah. Ramai yang tidak tahu betapa besar potensi yang ada menerusi pelaburan seperti ini.
Set Combo Ebook ASB Genius & Hartanah Apa yang menariknya ialah, sekali sahaja anda melanggan, anda akan menerima ebook-ebook ilmu secara berterusan berkaitan topik yang disebutkan saya tadi. Jadi ia memang sesuatu yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Dan tentu anda tidak percaya, bahawa and…

Cabaran Muka Ketat SBB2016 Uncle Gedek Melampau!

Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2016) sudahpun berlalu, namun kehangatan selepas SBB2016 juga dikenali MDecSBB2016 masih lagi terasa. Ramai rakan blogger terutama yang hadir masing-masing berkongsi pengalaman tersendiri di majlis seharian mengumpulkan ratusan blogger Malaysia.

Malah, hashtag #SBB2016 turut menjadi antara tweet yang popular pada hari tersebut, iaitu pada 16 April 2016 (16.04.16). Memang hebat apabila blogger dan penggiat sosial media termasuklah usahawan online berkumpul di bawah satu bumbung dalam suasana santai, tetapi meriah dan diselangseli dengan perkongsian ilmu bermanfaat.
Cabaran Muka Ketat SBB2016 Uncle Gedek Bercakap soal kemeriahan, blogger yang dianggap sebagai Raja Selfie Malaysia oleh ramai rakan blogger telah menyediakan satu video khas bertajuk Cabaran Muka Ketat SBB2016. Beliau yang dikenali di kalangan blogger Malaysia sebagai Uncle Gedek, pemilik blog www.blogbeginsatforty.com ini memang sukar nak menampakkan sekilas senyuman. Tetapi, jangan ter…