Langkau ke kandungan utama

4 Ciri Best ZTE Axon 7 Mini - Harga RM1,399

Axon 7 Mini - Satu lagi telefon flagship dari ZTE yang punyai kelebihan tersendiri. Saya telah diberikan kesempatan untuk mencuba guna peranti terkini daripada ZTE ini selama lebih dari dua minggu. Satu pengalaman menarik lagi baru buat saya ... terutama sekali sound system Dolby Atmos yang ada pada peranti mini ini ... fuh .. meh ikuti review ringkas saya mengenai telefon pintar ZTE Axon 7 Mini ini.

Ok. Saya tak mahu bercerita sangat pasal spesifikasi ZTE Axon 7 Mini ini, sebab anda boleh lihat di laman web ZTE menerusi pautan ini - ZTE Devices - Axon 7 Mini . Kat sana dah tulis siap-siap dah. Asasnya, ZTE Axon 7 Mini adalah sebuah Android smarphone untuk pengguna mid-range di Malaysia.

ZTE Axon 7 Mini - 4 Ciri Saya Suka

ZTE Axon 7 Mini
Pun begitu, saya suka nak highlight beberapa specs yang best terutama untuk kategori pengguna seperti saya - yang boleh dikira golongan pertengahan pengguna smartphone. Kiranya bukan high-end, bukan juga low-end.... err faham tak? Ok .. takpe, abaikan sahaja. Saya berikan 4 ciri yang saya suka pada ZTE Axon 7 Mini ni ... nak tahu lelebih, anda kena belek sendiri .. haha.

Paparan 5.2 Amoled Curved-edge

ZTE Axon 7 Mini Paparan 5.2 Amoled Curved-edge
Dengan paparan skrin cantik, ZTE Zxon 7 Mini ini nampak premium, macam telefon berharga lebih RM2,000 gitu.  ZTE Axon 7 Mini ini didatangkan dengan paparan 5.2 Amoled Curved-edge Display yang sangat best bagi saya. Tahan calar dengan Corning Gorilla Glass 4.

Didalamnya ada pemproses Qualcomm Snapdragon 617 8 cores dengan 3GB RAM memori... jadi ia membantu dalam penghasilan paparan yang tajam dan cantik.

16MP PDAF Rear Camera with flash

Kamera belakang yang pantas bertindak. Ini antara ciri yang diberikan penekanan pada Axon 7 Mini ni. Ciri PDAF (Phase Detection Auto-Focus) yang ada pada 16MP kamera utama bolehlah anda ibaratkan seperti sebuah kamera DSLR yang dikompakkan secara mini dalam telefon ZTE ni. Memang tajam dan gambar yang terhasil juga cantik. Saya akan kongsikan beberapa gambar di akhir post ini nanti. Anda boleh lihat dan nilaikan sendiri ... :)

2705 mAh battery, Quick® Charge 2.0

Saya dah mula nak rasa sedikit kecewa apabila dapat tahu kapasiti bateri Axon 7 Mini tak berapa power. Sekadar 2705 mAh, uhh patutlah ia ringan je ketika saya mula-mula keluarkan daripada kotak. Tapi, kekurangan ini ditampung oleh keupayaannya untuk mengecas dengan sangat pantas. Port untuk mengecas pun berbeza dari mana-mana peranti smartphone yang pernah saya gunakan sebeleum  ini, sebab ia menggunakan USB type-C (lihat pada gambar atas).

Speaker Depan Dolby Atmos 

Ini merupakan pertama kali saya menggunakan telefon yang menyerlahkan speaker. Atas bawah, bahagian depan .. tak pernah lagi saya tengok mana-mana telefon pintar yang meletakkan speaker seperti ini. Memang power betul speaker Dolby Atmos yang ada pada ZTE Axon 7 Mini ni. Saya siap rakam dah untuk anda dengar sendiri betapa power speaker pada telefon ni.

Gambar-Gambar Dari Axon 7 Mini

Sekarang mari tengok beberapa gambar yang telah saya ambil menggunakan kamera telefon ini ...
Ada lagi beberapa gambar lain, yang saya muatkan dalam post-post berikut - Jom Heboh 2016 di Pulau Pinang dan Proton Ertiga 2016

Kehebatan Dolby Atmos Pada ZTE Axon 7 Mini

Haha.... diberi guna .. maka saya gunakan sebaiknya ... sekarang, saya nak perdengarkan kepada anda akan kehebatan Dolby Atmos pada Axon 7 Mini ini.


Mintak maaflah ye andai anda rasa lagu di dalam video ni tak sesuai, itu je yang ada dalam simpanan saya .. haha... Power kan?

Harga?

Telefon ZTE Axon 7 Mini dijual dengan harga yang cukup menarik iaitu RM1,399 seunit di Lazada Malaysia. Jika rezeki anda baik, boleh dapat diskaun lagi tu ...

Telefon ini saya syor untuk mereka yang mahu kepuasan paparan yang cantik dengan sound system yang mantap. Ia boleh jadi sebuah mini theater untuk anda ... :)
Facebook - ZTE Malaysia (https://www.facebook.com/ZTEMalaysia)
Laman Web - ZTE Devices - Axon 7 Mini


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Memang best ... tapi saya pakai kejap je sbb set pinjam .. haha. Tapi memang rekemen la kalau nak beli set telefon Axon 7 mini ni.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…