Wah seronoknya isteri saya dapat hadiah set Tefal. Saya sendiri teruja.... malah kalau ikutkan saya dah lama mengidam nak pakai set periuk memasak Tefal ni. Mahal kot ... setakat ngidam je selama ini, alhamdulillah... rezeki isteri saya dan mungkin baby dalam perut, saya dapat dua periuk memasak Tefal.

Hadiah periuk Tefal isteri saya dapat sempena pertukaran tempat kerja. Apa nak buat, bila isteri saya dah tamat Master, maka kenalah pindah tempat kerja disebabkan oleh pengetahuan yang ada. Pindah tak jauh pun, sebelah lot tanah je... haha. Masih lagi di bawah agensi yang sama, cuma lain bidang sedikit.

Tefal Percuma .. Seronoknya Isteri Saya ..

Tefal
Tefal antara jenama periuk yang sangat-sangat best, premium dan eksklusif. Harganya memang boleh tahan. Setakat ini, saya ada nampak ia dijual di AEON, Harvey Norman, Sen Heng dan juga Parkson. Kat tempat lain kurang pasti sedikit. Kalau kat online, boleh beli di Lazada Malaysia dan juga 11th Street.

Saya mulanya memang nak beli periuk memasak yang baru, untuk ganti periuk kaca Luminarc yang pecah tempoh hari. Alhamdulillah, rezeki .. tak perlu keluar bajet dah untuk ganti dan beli periuk baru. Pecah satu, dapat dua ... huhu.. seronok tak terkata.
Set Tefal eksklusif Sen Heng 27 Tahun
Periuk Memasak Tefal
Dapat dua biji periuk Tefal, bukan setakat isteri saya je yang rasa seronok, saya pun seronok dan teruja nak guna periuk Tefal. Rupa bentuk pun dah cukup cantik ... huhu.. pasti masakan akan jadi lebih sedap lepas ni .. keh keh keh... sebab memasak dengan penuh kasih sayang menggunakan periuk Tefal .. yehaaa ... :)

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

12 Komen

syukur..rezeki..lepas ni makin rajin masak nampaknya tu =)

Reply

hahaha dah jadi macam model periuk sangat XD lucu la abg hasrul ni

Reply

Wah...untungnya..pecah satu dapat ganti 2 sekaligus..lepas ni kena la rajin masak kan..

Reply

mesti bahagia isteri tuan. hihih

Reply

Bro.. kena jaga periuk ni.. senduk dah xleh guna yg besi.. sudu dgn garpu besi pun xleh kena.. kang hilang non-stick dia.. terus xleh guna..

Reply

syukur, para isteri kalau dpt gajet macam ni memang seronok sangat ;)

Reply

bhgianya!!1 arr lepas ni hati2 lesung jatuh lagi..HAHAHAHA, btl la kn.. kdang2 Allah Tarik sesuatu yang kita saying sbb nk gntikan dgn yang lebih baik..Alhmdulilah rezeki HH

Reply

Wow.
Aida ngidam kuali tefal tu.
Mahal rege nyer HH.
Langkawi murah kot kan ...

Reply

Kena tunggu saya pulih daripada campak sepenuhnya .. dok gatal2 badan lagi ni... kang berjangkit lak.

Reply

Yeah ... memang seronok memasak dgn Tefal ni .. lain macam ... :)

Reply

Aha .. dah siap beli dah kat Langkawi, pesan kat orang yang pergi sana .. in Sha Allah, kena selalu beringat ...

Reply

Cuba tengok kat lazada .. ada jual murah kat sana.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.