21 Disember 2016

Skim Latihan 1Malaysia Untuk Jururawat

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memantapkan graduan keluaran diploma kejururawatan dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kelangsungan mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik.
   
Program ini bakal mendedahkan graduan lepasan kursus kejururawatan peringkat diploma Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menaiktaraf kemahiran klinikal sekaligus meningkatkan pembangunan sahsiah dan keyakinan kendiri.

Skim Latihan 1Malaysia Kerjaya Sebagai Jururawat     

Program Skim Latihan 1Malaysia Untuk Jururawat
Program SL1M Jururawat sudah pun dimulakan pada tahun 2013. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan paling lama 1 tahun. Setiap peserta akan menerima beberapa bantuan seperti elaun bulanan sekurang-kurangnya RM900 sepanjang tempoh latihan diadakan.

Graduan yang hendak menyertai SL1M Jururawat mestilah terdiri dari warganegara Malaysia, memiliki kelulusan dalam Diploma Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi dari Malaysia, berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, graduan yang menganggur 6 bulan selepas tamat pengajian atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan dan graduan yang telah bekerja tetapi tidak menerima gaji atau tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki.
[Baca] Kelebihan Kerjaya Sebagai Jururawat

Mahu Kerja Sebagai Jururawat?

Cara Memohon Menjadi Jururawat
Mereka yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan dengan memohon di laman sesawang www.moh.gov.my serta mengisi borang pendaftaran yang disediakan. Sertakan salinan sijil yang diminta bersama dokumen yang berikut :

  • Borang pendaftaran peserta
  • Resume (biodata)
  • Salinan Mykad
  • Diploma kejururawatan atau ijazah sarjana muda
  • Transkrip peperiksaan
  • Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil ko-kurikulum
  • Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)

Setelah borang selesai diisi, hantarkan borang tersebut bersama salinan sijil yang berkaitan kepada Sekretariat SL1M Jurawat kepada:

Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Menara Prisma, Aras 6,
Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 Putrajaya
Tel : 03-8885 0600
Faks : 03-8885 0747
   
Serius nak mendapat kerja sebagai jururawat, mahu tahu laluan dan saluran kerjaya sebagai Jururawat di Malaysia? Terus ke laman [Panduan Kerjaya Jururawat] untuk memastikan anda terus bergelar Jururawat.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.


EmoticonEmoticon