Yeah. Saya dah kata, saya memang kaki shopping. Berjaya dapat beli 4 produk menerusi jualan Online Revolution di Lazada Malaysia. Selepas beberapa kali buat survey, memang nyata harga ditawarkan tak ada tandingan di tempat lain, hatta di kedai fizikal dan kedai online shopping yang lain. Saya dan isteri berjaya beli barang yang kami kehendaki, dengan diskaun dan menggunakan kupon yang ada.

Saya awal-awal lagi ada war-warkan mengenai promosi besar-besaran Online Revolution 2016 sejak ia bermula 11 November lalu. Saya siap berikan tips nak dapatkan diskaun tambahan, dan beri akses untuk beli produk dengan diskaun 95% .... siapa yang follow blog saya, memang untunglah .. haha ...

Berjaya Dapat Diskaun Best Sempena Online Revolution 2016

Berjaya Shopping Harga Diskaun Online Revolution
Kali ini, saya dan wife bertindak beli sebuah Microwave Oven 25liter jenama Midea, untuk menggantikan microwave kami yang sudah 3 kali rosak yang akhirnya tidak dapat dibaiki lagi. Saya pilih Midea, sebab kilangnya dekat ... boleh terus Customer Service di Butterworth. Ini antara produk paling besar kami beli sempena Online Revolution Lazada tahun 2016.

Harga Midea Microwave Oven EM825AGS (25L) with Digital Control kami beli di Lazada ialah RM278.99, di tempat lain ada yang jual RM288.99, di Shoppu .. produk sama dijual lagi mahal ... RM379.00. Fuh .. memang berbaloi bila dapat lagi diskaun menjadikan harga beli akhir hanya RM273.59 .. tak perlu keluar duit minyak kereta mahupun bayar untuk caj penghantaran.
Beli Microwave Oven Diskaun Murah
Produk lain yang saya sempat dapatkan menerusi Online Revolution Lazada Malaysia kali ini ialah seutas jam tangan Casio Tough-Solar berharga RM300, tetapi saya dapat beli dengan separuh harga RM142.98...haha .. saya seorang peminat jam tangan. Memang banyak koleksi yang saya ada, tapi yang ini antara paling mahal saya beli secara online ... huhu ..

Yang lain adalah produk yang sering saya beli iaitu set ink cartridge untuk printer Canon di rumah.

Dan sebagai persediaan untuk sambut baby baru, saya telah dapatkan set beg SOKANO 5 in 1 Mummy Essential Diaper Bag- Red (Free Home Digital Thermometer For Baby And Kids) dengan diskaun separuh harga di Lazada Malaysia.

Semua barang dan produk sudah disah pembelian, dan ada diantaranya sudah pun mula dihantar (shipping process). So, tunggu je ....

Bayar Guna Kad Debit Baru CIMB dan Maybank Pin&Pay

Saya bayar guna kad debit Cimb dan juga kad debit Maybank sebab dua bank ini ada tawaran diskaun berasingan .. huhu. Maka, saya boleh dapat bukan sekali, bukan dua kali malah tiga kali diskaun untuk produk-produk yang dijual semasa Online Revolution Lazada Malaysia - tips ni pun saya ada berikan sebelum ini ... :)

Tahun 2017, akan ada jualan terbaru dari Lazada Malaysia, Shoppu Malaysia, 11th Street dan banyak lagi. Saya tunggu je mana yang boleh berikan penjimatan berganda, saya akan rebut... haha.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement