Santai Melihat Matahari Terbenam di Pantai Bersih. Hujung minggu, seronok juga pergi ke destinasi tumpuan yang dekat-dekat ni. Tak perlu pergi jauh-jauh untuk lihat pemandangan cantik, contohnya pemandangan cantik matahari terbenam di Pantai Bersih. Nak kata tempat ni dekat dengan kediamaan saya tu tidaklah .. tapi leh gagah kalau nak hilang bosan di waktu petang.

Pantai Bersih. Saya dulu pernah bermain-main di pantai ini waktu kecil. Saya ada sedara mara area berdekatan. Waktu tu kawasan kampung lagi, tak ada pembangunan macam sekarang. Banyak kampung Melayu berdekatan dengan Pantai Bersih ketika itu. Sekarang, kampung Melayu dah tak ada, digantikan dengan rumah flet, lebuhraya dan bangunan kedai. Malang betul.

Santai Keluarga Melihat Matahari Terbenam di Pantai Bersih

Santai Matahari Terbenam Pantai Bersih
Pantai Bersih adalah lokasi santai yang baik untuk keluarga. Kawasan pantai agak luas dan panjang. Di salah satu bahagian, kawasan pantai agak berbatu .. menjadi tumpuan untuk kaki pancing. Di sebelah bahagian lain pula, sesuai dijadikan tempat perkelahan waktu petang. Anak-anak pula boleh mandi manda dan bermain pasir.

Pasir Pantai Bersih tidaklah secantik mana, tapi memadai buat penduduk setempat nak melepak, lebih-lebih nak melihat keindahan matahari terbenam. Matahari terbenam di balik bukit .. uhh cantik gitu. Macam main sorok-sorok pulak. Ia pasti menjadi antara lokasi menarik untuk anda sekeluarga ...
Santai Matahari Terbenam Pantai Bersih
Hujung minggu di Pantai Bersih memang ramai orang. Ada orang baru bercinta, ada orang yang belum bercinta, ada suami isteri, ada keluarga .. ada anak-anak kecil. Ada orang main layang-layang, ada orang main kapal terbang remote-control...
[Baca] Awek Berbikini Pink di Pantai Bersih
Nak cari tempat makan tak susah, memang dah ada di kawasan Pantai Bersih ni. Kemudahan surau dan tempat mandi serta tandas juga disediakan. Hujung minggu waktu malam ada car-boot sale, ada mini pasar malam.

Dulu Pantai Bersih lebih privasi, tetapi sekarang tidak lagi. Semua orang boleh datang bersantai .. dan pasti syok dapat lihat keindahan pemandangan matahari terbenam.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Komen anda:

Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.