Langkau ke kandungan utama

Borang Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017

Permohonan baru untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 telah dibuka. Ia berita baik untuk mereka yang sebelum ini gagal memohon BR1M, dan juga peluang untuk kemaskini borang BR1M. Permohonan BR1M 2017 boleh dilakukan menerusi internet secara online bermula dari 5 Disember sehingga 31 Disember 2016.

Para pemohon baru BR1M juga boleh memohon menerusi borang permohonan menerusi kaunter BR1M 2017 di semua cawangan LHDN. Jika sukar untuk ke mana-mana cawangan untuk mendapatkan borang BR1M, anda boleh muat-turun menerusi pautan yang saya sediakan di bawah ini. Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017 adalah percuma.

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017

Borang Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017

Syarat Mohon BR1M 2017

Untuk syarat terkini permohonan BR1M 2017, pemohon perlu teliti beberapa syarat di bawah:
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Dokumen Untuk Permohonan Baru BR1M 2017

Setiap borang permohonan baru BR1M 2017 perlu dikemukakan dengan dokumen-dokumen berikut:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Manakala untuk skim Khairat Kematian BR1M 2017, ketetapan berikut perlu difahami:
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
  1. Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Kad Pengenalan Asal Waris

Borang Permohonan/Kemaskini BR1M 2017



Dan berikut pula adalah jadual pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017. Anda boleh catat pada kalendar baru 2017 anda untuk ingatan dan panduan.
Anda juga sangat dialu-alukan untuk buat permohonan dan kemaskini untuk BR1M 2017 menerusi laman rasmi - https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Awas dengan beberapa laman web yang menggunakan 'nama' yang sama. Jangan sesekali dedahkan nombor kad pengenalan, butiran diri anda menerusi laman web BR1M yang tidak sah.

Komen

  1. Balasan
    1. Update BR1M 2017 awal2 .. takut nanti jem server lansung tak boleh nak update, sebb ramai yang suka buat kerja last minit ni.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.