Langkau ke kandungan utama

Panduan Kerjaya Sebagai Jururawat

Panduan Kerjaya Sebagai Jururawat. Anda minat untuk bekerja sebagai seorang jururawat (nurse)? Tahukah anda bahawa kerjaya sebagai jururawat antara kerjaya yang bergaji lumayan? Tak kiralah anda kerja jururawat di sektor awam mahupun swasta, anda boleh dapat gaji sehingga RM10K sebulan dalam sektor awam manakala gaji sehingga 5-6 angka jika bekerja sebagai jururawat di sektor swasta.

Ada yang pandang sebelah mata kerjaya sebagai jururawat ini. Walhal, ia merupakan kerjaya yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam mana-mana sektor. Anda lihat sendiri betapa banyak hospital yang ada di Malaysia, dan lihat betapa banyak hospital swasta dan hospital pakar yang memerlukan khidmat seorang jururawat. Itu belum lagi dikira kerjaya ini di klinik-klinik.

Panduan Kerjaya Sebagai Jururawat

Panduan Kerjaya Sebagai Jururawat
Kerjaya jururawat bersifat antarabangsa. Anda ada sijil, ada kelulusan dalam bidang kejururawatan dari institusi diiktiraf, anda boleh bekerja di mana sahaja, malah di luar negara.

Gaji Sehingga RM20K Sebulan

Anda mungkin tidak tahu, ada kenalan saya seorang jururawat yang mendapat gaji sehingga RM15K-RM20K sebulan tidak termasuk elaun-elaun dengan menjadi seorang jururawat di sebuah hospital di Arab Saudi- paling menarik ialah ... kenalan saya itu seorang lelaki!

Ya, kerjaya sebagai jururawat bukan hanya terhad untuk wanita, malah lelaki juga boleh menjadi seorang jururawat, dan permintaan untuk jawatan ini semakin tinggi di pasaran kerja sekarang. Mana tidaknya, gaji memang serius lumayan, itu sebab ramai lelaki sudah memilih kerjaya sebagai seorang jururawat - jangan malulah kalau suami seorang jururawat .. huhu .. sebab memang masyukkk!!
Gaji jururawat di Arab Saudi adalah berdasarkan gred yang bermula daripada gred satu sebanyak RM14,000 sebulan, gred dua (RM10,000) dan gred tiga (RM8,000). Jururawat dari Malaysia selalu diberikan gaji permulaan gred satu dan dua disebabkan kebolehan untuk berbahasa Inggeris. Malah untuk gred khas, gaji permulaan adalah RM25,000 sebulan.
Pun begitu, gaji seorang jururawat di Malaysia pun boleh tahan. Lihat tangga gaji kerjaya seorang jururawat dalam sektor awam kerajaan di Malaysia di bawah ... belum masuk beberapa elaun khas untuk jururawat ... memang menarik sekali!

Tangga Gaji Jururawat di KKM

Gaji Jururawat di Sektor Awam Kerajaan
Kerjaya sebagai jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan. Jika anda mahu tahu bagaimana nak mendapatkan atau memohon kerja sebagai seorang jururawat, maka panduan di bawah ini adalah untuk anda.

Ebook Panduan Kerjaya Jururawat

Panduan Kerjaya Sebagai Jururawat
Di dalam panduan ini, anda akan dapat tahu beberapa perkara utama berikut:
  1. Permohonan Jururawat : Khas Untuk Lepasan SPM
  2. Permohonan Jururawat : Khas Untuk Lepasan Diploma
  3. Permohonan Jururawat : Mudahnya Memohon Di Hospital Swasta
  4. Panduan Pantas : Penulisan Resume Bakal Jururawat
  5. Temuduga Jururawat : Persediaan Penting Buat Bakal Jururawat2
  6. 9 Soalan Spesifik : Temuduga Jururawat
Amacam? Berminat nak memulakan kerjaya sebagai seorang jururawat tak? Saya syorkan anda untuk dapatkan panduan kerjaya ini.
Anda boleh dapatkan menerusi pautan ini - Jururawat - Panduan
Muat turun dan baca dari awal sehingga habis. Lepas tu, anda decide .. ikut saluran mana yang sesuai dengan latar pendidikan anda.
Saya doakan anda berjaya. Panduan ini untuk semua, jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.

Komen

  1. Balasan
    1. Kerja murni yang bergaji lumayan ... !!

      Padam
  2. kerja yang mulia :) yng penting ikhs bukan gaji smata2..hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.