Dah sampai. Tak tunggu lama pun, Microwave jenama Midea yang kami beli menerusi Lazada Malaysia dah selamat sampai di rumah. Alhamdulillah, memang berbaloi beli di Lazada, terutama ketika ada jualan besar-besaran macam Online Revolution 2016 (#OR2016).

Lazada Malaysia buat masa ini tidak mengecewakan saya. Kali ini, saya beli 4 barang dari Lazada semasa #OR2016, salah satunya ialah sebuah Microwave Oven jenama Midea berkapasiti 25liter. Hmm memang kami nak beli sebuah microwave baru, setelah microwave lama jenama Cornell rosak beberapa kali.

Microwave Midea 25L Beli Secara Online di Lazada Malaysia

Microwave Midea Beli di Lazada Malaysia
Saya beli menggunakan Lazada App yang memang dah siap install dalam telefon saya. Jadinya, saya dapat diskaun tambahan. Itu untungnya gunakan Lazada App ni. Dan, nak diskaun lagi .. saya bayar gunakan kad debit CIMB.

Terima Barang Dalam Masa Kurang 5 Hari!

Saya buat tempahan dan bayaran untuk Microwave Oven Midea ni pada 12 Disember, dan saya terima barang pada 16 Disember 2016, lebih kurang 4 hari. Semasa saya terima email pengesahan pembelian dari Lazada Malaysia, dia tulis expected date untuk terima barang adalah antara 14 - 19 Disember 2016.. dan nampaknya Lazada Malaysia memenuhi janjinya.
Microwave Midea Beli di Lazada Malaysia
Barang sampai dalam keadaan baik, dan alhamdulillah, saya dan isteri setakat ini puas hati dengan Microwave Oven Midea ni, walaupun masih belum menggunakannya secara sepenuhnya.

Harga Memang Tak Boleh Lawan ... Lazada Memang Murah!!

Tang harga memang win, tak jumpa lagi mana-mana online store yang boleh beat harga Lazada - RM278.99 ... dengan diskaun menjadikannya hanya RM273.59 dan produk dihantar terus ke rumah! Nak beli? Boleh terus ke pautan ini - Midea Microwave 25liter

Ini merupakan produk kedua dari Midea yang saya beli menerusi Lazada Malaysia. Produk pertama yang saya beli ialah sebuah kipas meja yang saya beli menerusi kedai SenQ Parit Buntar. Hmm kira oklah juga jenama ni .. harga pun boleh tahan, tidaklah terlalu mahal... walaupun dari segi kualiti ... saya boleh katakan agak baik.

Kalau anda nak beli produk Midea, boleh beli menerusi Lazada Malaysia, atau beli menerusi kedai-kedai online yang lain. Banyak je ada .. tapi kena bijak buat perbandingan dan memilih hargalah ye.

Alhamdulillah, saya dah terima semua produk yang dibeli dari Lazada tanpa kelewatan, tanpa cacat-cela. Saya puas hati.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pon apa2 selalu beli kat lazada je.

    BalasPadam
  2. unni x peah shoping lazada.. Sabah ni postage mahal sikit, kadang2 x bebalaoi kena beli bnyk baru ok.. ckp microwave tu..xda gmabr da buka kotak ke HH..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement