Tips Blogging. Jika mahu menambat pengunjung pertama kali menjadi pembaca tetap blog anda, salah satu caranya ialah dengan membuat entri bergambar. Entri bergambar memang dapat menarik perhatian, apatah lagi jika ia merupakan gambar yang anda ambil sendiri.

Uhh .. dah agak lama saya tak kongsikan tips blogging untuk mereka yang mahu menulis dan hasilkan blog sendiri ni. Kali ini saya nak tekankan kepada anda semua tentang kepentingan menulis entri yang ada gambar. Gambar antara punca blog saya mendapat lebih 10 juta trafik atau pageviews dalam masa yang singkat. Meh baca tips blogging ringkas daripada saya ini ye.

Tips Blogging - Menulis Entri Bergambar Menambat Pembaca

Menulis Entri Bergambar Menambat Pembaca
Gambar dalam blog akan memberikan dua impak. Satu menerusi enjin carian (carian imej) dan satu lagi penarikan pembaca menerusi laman sosial. Ada caranya ... boleh ikut cara ini untuk dapatkan trafik yang tinggi.

Tips Tulis Entri Bergambar

Nak lebih umphhh ...cubalah kreatifkan sendiri dengan gambar itu, tak semestinya gambar itu perlu ada wajah anda. Anda perlu cuba membangkitkan rasa ingin tahu menerusi gambar yang anda sertakan dalam entri anda.

Mereka akan melihat gambar itu dahulu, dek kerana mahu tahu, pasti akan membaca isi entri anda. Jika anda dok letak gambar muka anda dok sengih je, tak ada apa yang misteri dan tiada apa pun tarikan dalam entri tu... melainkan anda seorang selebriti popular yang cantik, jelita atau kacak .. hoho. Jika boleh, cuba letak gambar yang ada kaitan dengan cerita.

Contohnya anda dok cerita pasal anda pergi melawat Istana Kelly's, maka cuba dapatkan gambar istana ini dalam keadaan menyeramkan atau mungkin jika anda bijak, cuba dapatkan gambar misteri tentang istana Kelly's .... macam gambar hantu yang muncul ke apa ke ..gitulah.

Atau boleh anda kaitkan tajuk dengan gambar yang membolehkan membangkitkan rasa ingin tahu, seperti anda letak gambar sepasang kaki di bawah treler besar, dekat dengan tayar .. dengan tajuk entri anda - "Terjumpa Kaki Di Bawah Treler" .... kalau blog anda sebuah blog peribadi, tentu orang nak tahu...kaki siapa bawah treler ....siap ada gambar tu ...sure akan buat pembaca membaca entri anda.... :)
[Baca] Teknik Menaikkan Trafik Blog Mencanak-Canak. 51K Pageviews Sehari!
Menulis untuk meluahkan dan menulis untuk orang baca perlukan teknik dan cara. Belajarlah cara-cara ini jika anda mahu blog anda dibaca oleh orang lain .... dan menarik trafik!

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju..mmg selalu dipraktiskan..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum HH...betul tu mmg selalu dipraktikkan...:)

    BalasPadam
  3. yupp,gmbr mmg menaikn mood nk membaca..

    BalasPadam
  4. info yang berguna utk new blogger mcm sy..tq sgt2

    BalasPadam
  5. petua yang sangat berguna tapi jarang diamalkan oleh new blogger.

    BalasPadam
  6. kene tahu selera pembaca jugak utk tarik diorg ni...xleh syok sndri..lgpun gmbr2 bfungsi utk berikan gambaran ape yg berlaku n menjelaskan lg cerita yg dsmpaikn tu...

    BalasPadam
  7. salam HH , nice sharing...kadang kadang tak tahu nak letak gambar ape :-?

    BalasPadam
  8. nice sharing HH.. dulu mula2 men blog sllu cr gmbar msti ada muka sndri last2 bru thu x smstinya.. hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement