Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Naik Menara Taming Sari, Melaka

Sekitar akhir tahun 2015 waktu cuti sekolah, saya dan keluarga berkesempatan bercuti ke Melaka. Ketika itu, percutian tanpa dirancang rapi bermalam di Gold Coast Malacca International Resort selama 2 hari satu malam, menumpang adik ipar yang ada adakan majlis di hotel tersebut. Dan sebab percutian itu, dapatlah kami sekeluarga merasa naik Menara Taming Sari, di waktu malam.

Saya baru terfikir nak kongsi cerita ini sebab terjumpa beberapa gambar percutian di Melaka tu. Inipun jenuh memikirkan nak tulis pasal apa. Akhirnya saya ambil keputusan nak cerita mengenai Menara Taming Sari ni, sebab saya pasti ramai nak tahu apa yang ada di Menara Taming Sari ni, lebih-lebih lagi bila dah naik menara ni sampai ke puncak.

Pengalaman Naik Menara Taming Sari, Melaka

Menara Taming Sari agak special dan tak sama seperti Menara Alor Setar, Kedah mahupun Menara Kuala Lumpur. Menara Taming Sari di bandar Melaka ini lebih kepada menara pemerhatian, di mana adanya observation deck yang berputar dan berkaca sepenuhnya.

Tak seperti Menara Alor Setar, di atas Menara Taming Sari 100% observation deck. Tak ada gerai jualan, tak boleh nak berjalan-jalan sesuka hati.

Hanya Boleh Duduk dan Perhati Sahaja

Apabila anda berada di dalam Menara Taming Sari, anda hanya boleh berada di tempat duduk anda dengan memakai tali pinggang keselamatan. Untuk membolehkan anda menikmati pemandangan sekitar bandaraya Melaka, anda dibekalkan teropong percuma di setiap tempat duduk.
Bahagian Menara Taming Sari akan berputar apabila ia naik dan turun. Dan ia akan kekal berputar lebih kurang 15 minit semasa berada di puncak supaya para pengunjung boleh meneropong dan melihat keadaan sekitar bandaraya Melaka dari atas menara.

Harga Tiket Menara Taming Sari, Melaka

Harga tiket semasa saya dan keluarga naik Menara Taming Sari ialah RM15 setiap seorang dewasa (jika anda tunjukkan kad pengenalan) dan RM10 bagi kanak-kanak. Setiap pembayaran akan diberikan bahulu dan juga air mineral - untuk dinikmati semada berada di dalam Menara Taming Sari.
Hmm bagi mereka yang gayat, saya tak syorkan untuk naik Menara Taming Sari ni. Silap-silap anda boleh muntah sebab pening kerana ia berputar ketika ia sedang naik ke puncak. Lagipun, tiada dinding ... pandangan hadapan anda 100% kaca.
[Baca] Tempat Menarik di Melaka

Gambar Pemandangan Dari Menara Taming Sari

Saya kongsikan beberapa gambar pemandangan bandaraya Melaka di waktu malam semasa saya dan keluarga berada di dalam Menara Taming Sari.

Enjoy gambar dan pengalaman saya serta keluarga naik Menara Taming Sari? Jangan lupa untuk LIKE ehh.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. macam menara kl pulak tingginya tu

    BalasPadam
  2. saya orang Melaka pun tak cuba naik lagi menara ni :)

    BalasPadam
  3. pernah merasa naik tamingsari ni, bebudaklah yang excitednya

    BalasPadam
  4. Suami, Incik Otomen orang Melaka pun kami tak berkesempatan naik lagi..ekekeke... Selalu giti la... Org tempatan tak naik kat tempat sendiri... Tempat2 lain dah kemain jauh berjalan..hehe

    BalasPadam
  5. Ok jugak untuk aktiviti malam di Melaka...

    BalasPadam
  6. subahannallah cantik bandar melaka ni.. NAK sangat naik tapai asal g melaka mesti ada halangan... best la HH..

    P/S : HH thks sudi letak Unni dalam 5 bliglist pilihan :) tharu bila blogger hebat sudi letak blog kita kat bloglist :)

    BalasPadam
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …