08 Disember 2016

Promosi Makanan Percuma Untuk Ibu Mengandung di Anz Restoran

Fuh. Patutlah viral. Makanan percuma untuk ibu mengandung. Free meal for pregnant women. Benda percuma memang mudah jadi viral dan dikongsikan di laman sosial. Untung restoran ini - Restoran Anz sebab ramai yang bantu promosikan kedai makan ini.

Beberapa netizen telah berkongsi pengalaman makan percuma di restoran ini. Memang makanan percuma yang diberikan adalah standard biasa, kurang tidak .. lebih adalah. Biasalah, selera ibu mengandung memang macam tu. Saya tengok pun .. fuh rasa nak terjah je restoran ni. Tapi jauhlah pulak .. haha .. ehemm .. isteri saya memang tengah pregnant pun sekarang .. weee...

Makanan Percuma Untuk Ibu Mengandung di Restoran Anz

Promosi Makanan Percuma Untuk Ibu Mengandung di Anz Restoran

Makanan Percuma Selama Sebulan

Promosi makanan percuma untuk ibu mengandung ini, walaubagaimanapun hanya terhad selama sebulan bermula dari 30 November 2016 sehingga akhir tahun 2016, iaitu 31 Disember 2016. Jadi, mana-mana ibu mengandung yang rasa teringin nak makan masakan mamak yang special, bolehlah ke restoran ini sebelum tamat tempoh tersebut.
Promosi Makanan Percuma Untuk Ibu Mengandung di Anz Restoran
Promosi Makanan Percuma Untuk Ibu Mengandung di Anz Restoran
Free Meal for Pregnant Women in KL
Saya lihat ramai juga ibu mengandung yang berulang setiap hari pergi ke restoran ini. Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki pemilik restoran ini memberikan makanan percuma pada ibu mengandung.

Saya difahamkan restoran ini sedang berkembang dan telah membuka beberapa cawangan lain. Lokasinya .. saya tak pastilah pulak. Tapi, saya difahamkan .. bahawa Restoran Anz ini bukan pertama kali buat promosi macam ni, malah sebelum ini pernah buat promosi Roti Canai + Teh Tarik = RM1 satu set sempena Hari Kemerdekaan.
Restoran ANZ
Restoran ANZ
Nak tahu lebih lanjut?  Lokasi restoran ini, boleh anda rujuk di sini - Restoran Anz

Saya bantu anda ehh .. ni saya printscreen lokasi dalam Google Map - Restoran ANZ @azfood Corner, Dang Wangi, K. Lumpur.
Lokasi Restoran Anz

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen

wahhh bestnye.. untung ibu mengandung.. Murah rezeki mereka.. rezeki anak tu.. hehehe


EmoticonEmoticon