Langkau ke kandungan utama

MAHA 2016 Capai Rekod Tersendiri

MAHA 2016 - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 telah berjaya menerima sambutan di luar jangka, dan merekodkan sejarah sendiri sebagai penganjuran paling besar dan pengunjung paling ramai iaitu 3.8 juta!

Lokasi MAHA 2016 kali ini bertempat di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Ia telah diadakan selama 11 hari bermula dari 1 Disember 2016. Tema MAHA kali ini ialah Our Food Our Future (Makanan Kita Masa Depan Kita).

MAHA 2016 Capai Rekod Tersendiri

MAHA 2016 Capai Rekod Tersendiri #MAHA2016
MAHA 2016 kali ini dianggap paling berjaya sehingga berjaya merekodkan kehadiran tertinggi sejak ia mula diadakan, malah penyertaan daripada golongan belia juga turut melepasi sasaran 30 peratus. Dengan tema Our Food Our Future, fokus MAHA kali ini adalah untuk memberikan pengetahuan, awareness tentang sumber makanan di Malaysia, selain mempromosikan lebih banyak produk berkaitan AgroPelancongan (AgroTourism) serta Gaya Hidup Agro (Agro Lifstyle).
MAHA 2016 Capai Rekod Tersendiri
Kejayaan besar pada MAHA 2016 kali ini dilihat kerana adanya pendekatan Agrotainment yang menarik minat golongan sasar lebih muda. Kewujudan Kampung Mok Cun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin serta festival muzik memberikan impak positif pada golongan yang sebelum ini tidak tahu mengenai MAHA.

Malah, karektor Upin dan Ipin menjadi maskot rasmi untuk MAHA 2016. 

Selain strategi untuk menarik kehadiran golongan lebih muda, MAHA 2016 kekal menampilkan pelbagai saluran untuk perdagangan, pelaburan, kolaborasi dan pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan makanan. Pendekatan MAHA kali ini bersifat serampang lima mata merangkumi keselamatan dan kedaulatan makanan, rekreasi, pemerkayaan pengetahuan, pelancongan serta kesejahteraan.
[Fakta Penting MAHA2016]
  • Rekod jumlah pengunjung paling ramai, 3.8 juta malah melebihi sasaran 3 juta pengunjung
  • Jualan RM380 Juta dicatatkan
  • 40 % belia terbabit
  • Upin Ipin sebagai maskot
  • Wujudnya Kampung Mok Cun dan Durian Runtuh Upin Ipin
  • Ada pertandingan Lembu Sado
  • Festival Muzik diperkenalkan

Memang agak rugi buat mereka yang punyai kesempatan untuk tidak pergi ke MAHA 2016 yang sudah melabuhkan tirainya pada 11 Disember yang lalu. Anda boleh tengok sendiri beberapa gambar yang ditampilkan dalam artikel ini. Memang wow!

Gambar MAHA 2016

Gambar MAHA 2016
Gambar MAHA 2016
Gambar MAHA 2016
Kejayaan MAHA 2016
Rata-rata yang pergi ke MAHA 2016 sangat berpuas-hati, malah ramai yang berasa gembira apabila diberikan layanan yang baik oleh petugas-petugas MAHA. Produk-produk yang dijual juga terbaik dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tahniah Pada Penganjur MAHA 2016

Mungkin akan datang, MAHA lebih meriah dan lebih besar. Pastinya ia akan menarik lebih ramai pengunjung setelah kejayaan besar pada MAHA 2016 kali ini. Tahniah pada pihak penganjur dan semua yang telah menjayakan MAHA 2016. Syabas!

Untuk info, gambar MAHA - https://www.facebook.com/maha.gov.my/




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. fuhh terbaik wei MAHA kalini. aku pergi sekali je larat. nak hari ke 2 dah tak larat.

    BalasPadam
  2. memang tiap-tiap hari ramai
    sepjg di Maha 2016

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la .. teringin nak pergi. Mak saya pun dah ke MAHA sebelum ni. Macam2 cerita dia bawa .. dengar seronok emak bercerita pasal MAHA.

      Padam
  3. Tahniah kepada penganjur yang berjaya mengadakan ekpo MAHA setiap dua tahun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti lagi dua tahun akan jumpa Kambing Sado dengan itik Sado lak .. haha

      Padam
  4. meriah sungguh.. tahun lalu sempat pi... tahun ni da duk jauh :( memang x sempat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …