23 Disember 2016

Kriteria Pemilihan Calon SL1M Jururawat

Sebelum ini, saya ada bercerita mengenai Program Skim Latihan 1Malaysia Jururawat. Ramai rupanya yang nak tahu mengenai skim latihan ini. Yelah, skim ini merupakan antara jalan untuk mendapatkan kerjaya murni lagi lumayan sebagai seorang jururawat. Lagipun, dalam program SL1M ... mereka yang terpilih bukan sahaja dapat menjalani praktikal, tetapi dibayar elaun untuk program ini.

Ok. Apakah kriteria yang diperlukan untuk menyertai program SL1M jururawat ini? Mari baca info ringkas mengenainya yang telah saya dapatkan daripada beberapa program SL1M untuk jururawat ini.

Kriteria Pemilihan Calon Untuk SL1M Jururawat

Kriteria Pemilihan Calon SL1M Jururawat
Apabila calon menghantar borang permohonan untuk ikuti program Skim Latihan 1Malaysia jururawat, mereka akan kemudiannya dinilai oleh satu sekretariat khas SL1M.

Sekretariat SL1M Jururawat akan menyenaraikan nama-nama peserta SL1M jururawat kepada pihak hospital dan agensi yang mengambil bahagian, termasuklah pihak swasta. Mereka akan membuat pemilihan bagi calon-calon yang dikehendaki, berdasarkan kepada permohonan yang telah dibuat oleh calon-calon. Penempatan calon SL1M jururawat juga dibuat berpandukan kepada keperluan hospital dan agensi kesihatan terlibat yang menyertai program ini.
[Baca] Panduan Kerjaya Sebagai Seorang Jururawat           
Peserta program SL1M Jururawat berpeluang diserap sebagai kakitangan tetap dalam hospital dan agensi kesihatan bergantung kepada prestasi peserta dan kekosongan jawatan yang ada. Walaubagaimanapun, peserta boleh ditamatkan latihan sekiranya selepas 6 bulan program dijalankan; mereka tidak berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan.

Sekiranya peserta program SL1M jururawat ditawarkan peluang pekerjaan di tempat lain semasa latihan SL1M, mereka boleh menamatkan latihan dengan menghantar surat perletakan jawatan bersama dengan surat tawaran kerja yang diterima.

Agensi Terlibat Dengan SL1M

Progam Skim Latihan 1 Malaysia Jururawat
Ok, selain daripada hospital, saya ada nyatakan agensi kesihatan lain yang terlibat dalam SL1M. Ini termasuklah pihak syarikat yang memiliki Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang Berlesen atau Berdaftar) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini merangkumi:

  • Hospital Swasta
  • Hospital Psikiatri Swasta
  • Pusat Jagaan Ambulatori Swasta
  • Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta
  • Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta
  • Rumah Bersalin Swasta
  • Bank Darah Swasta
  • Pusat Hemodialisis Swasta
  • Hospis Swasta
  • Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta

Jadi, memang banyak peluang untuk peserta SL1M jururawat diterima masuk untuk kerja tetap di agensi-agensi yang ada. Apa yang penting ialah calon mesti terpilih mengikut kriteria pemilihan calon SL1M jururawat.
Untuk memohon, boleh baca - Skim Latihan 1Malaysia Untuk Jururawat

Jumlah Pengambilan Peserta SL1M Jururawat      

Jumlah pengambilan bagi peserta SL1M jururawat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan setiap agensi kesihatan yang mengambil bahagian. Setiap agensi kesihatan yang menyertai program ini akan menerima insentif Potongan Cukai Berganda atau Double Tax Deduction. Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan syarikat dengan pengambilan jururawat dari luar negara.

Berkaitan dengan kelulusan Potongan Cukai Berganda, ia akan diberikan pada pihak agensi kesihatan tersebut bermula pada 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2017. Ia akan mengambil masa selama 5 tahun dari tarikh berkuatkuasa untuk pelaksanaan insentif kepada pihak syarikat selepas mendapat kelulusan dari pihak KKM.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menjadi seorang jururawat, anda boleh terus ke pautan berikut - Kerjaya Sebagai Jururawat

p.s: Gambar sebagai hiasan semata.

Kredit Gambar: Wanie Cute 17

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen Kesian


EmoticonEmoticon