Langkau ke kandungan utama

Kisah Kafankan Mayat Kerabat Yang Uzur

Anda tahu bagaimana menguruskan jenazah? Tahukah anda bahawa menguruskan jenazah perlu mengikut keadaan jenazah tersebut. Seperti isteri saya ceritakan, kalau mayat itu seudah berkecai, atau hanya tinggal cebisan daging sahaja, selalunya pengurus mayat akan menggunakan tapis mengumpulkan segala cebisan daging dan tulang untuk dimandikan.

Manakala, seandainya mayat itu agak mudah rosak, mungkin dek kerana menjadi mangsa simbahan asid atau yang berkaitan yang menyebabkan dagingnya mudah terlerai dari badan, maka mayat tersebut akan dimandikan dengan hanya mengalirkan air mengikut jari secara perlahan. Dan bagi mengelakkan dari membuka aib si mati dan keluarga, boleh dilakukan terus sholat jenazah ketika air dilalukan.

Kisah Benar Kafankan Mayat Kerabat Yang Uzur

Cara Mandi dan Kafan Mayat Uzur
Ok, saya nak kongsikan satu cerita ini, mungkin ada yang dah baca sebelum ini, namun .. jika belum, ia satu bacaan yang bagus untuk anda. Kenapa saya kata begitu? Sebab ia menambah pengetahuan tentang cara untuk menguruskan jenazah, terutama jenazah yang dah uzur dan sudah terlampau lama dibiarkan.

Ini ada satu kisah benar, pengalaman dari 2 orang pengurus jenazah profesional daripada Darul Jenazah, Mohd. Yusni Ismail dan Nasharuddin Hassan.

Tatkala diminta berkongsi pengalaman menguruskan jenazah uzur, kedua-dua pengurus jenazah profesional ini tidak keberatan untuk bercerita.

“Jangan salah sangka, cerita ini bukan untuk mengaibkan si mati, ia cuma perkongsian ilmu.
“Tidak lama dahulu, saya dan beberapa orang rakan dipanggil untuk menguruskan mayat seorang kerabat diraja.

“Menurut laporan bedah siasat daripada pakar forensik, jenazah telah meninggal dunia lebih kurang 12 hari akibat serangan jantung.

“Keadaan jenazah yang uzur cukup menyayat hati. Sudahlah ketika rohnya ditarik dia sendirian, sampaikan mayatnya busuk dan mereput pun tiada siapa yang tahu.

“Ketika diserahkan kepada kami, batang tubuhnya masih dihurung ulat berengga. Perutnya sudah tiada. Pastinya telah pecah dan habis dimakan oleh tikus dan ulat.

“Begitu juga dengan biji matanya. Kedua-duanya sudah tiada lagi.

“Apabila ingin memulakan urusan jenazah, saya lihat tiada apa lagi yang tinggal padanya kecuali kulit dan sedikit cebisan daging pada tulang,” cerita Yusni.

Tambahnya lagi, dalam keadaan mayat sebegini, baunya memang kuat malah boleh dihidu dari jarak di antara 300 hingga 500 meter.

“Seperti yang diterangkan pada awal tadi, untuk kes jenazah uzur, kami akan memandikan jenazah sama seperti jenazah yang normal tetapi perlu lebih teliti.

“Penggunaan serbuk cendana, air mawar, kapur barus, sabun, minyak atar, celak dan kain kapan juga sama seperti jenazah biasa.

“Cuma untuk jenazah uzur, mayat akan dibalut dengan plastik lut sinar terlebih dahulu sebelum dikafankan bagi mengelakkan cairan seperti darah daripada terkena kain kafan,” jelas Yusni lagi.
[Baca] Kos Pengurusan Jenazah Yang Patut Anda Tahu
Ini satu penambah pengetahuan kepada saya, dan juga kepada anda. Bukan mudah nak uruskan jenazah, apatah lagi apabila jenazah itu tidak sesempurna seperti jenazah kebiasaannya. Setiap satu masalah itu ada jalan penyelesaian.

Jika anda ada peluang untuk belajar mengenai cara pengurusan jenazah, belajarlah ... tak rugi belajar malah ia satu ilmu yang sangat dituntut, dan in Sha Allah, pahala menguruskan jenazah bagi orang Islam adalah besar. Kalau boleh, biar anak-anak kita tahu untuk paling tidak, mandikan dan sholat jenazah kita kelak.

Andai anda berhadapan dengan masalah seperti apa yang saya ceritakan ini, bolehlah ia dijadikan panduan. In Sha Allah.

Sumber: Kosmo
Gambar sekadar hiasan.

*p.s: Sekadar menambah pengetahuan sedia ada mengenai pengurusan jenazah. Urus jenazah adalah fardhu kifayah buat umat Islam.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …