08 Disember 2016

Dua Negeri Cuti Pada 13 Disember 2016

Heboh tersebar cuti umum pada 13 Disember 2016. Semua orang seronok, terutamanya kakitangan kerajaan. Yelah, bila ada cuti ni ... dapatlah luangkan masa dengan anak-anak yang sedang cuti persekolahan. Lagipun 12 Disember memang cuti sempena Maulidur Rasul. Maka, dapatlah cuti panjang ..

Walaupun cuti umum untuk seluruh Malaysia telah dinafikan oleh Ketua Setiausaha Negara, namun ada dua negeri yang akan bercuti pada 13 Disember 2016.

Dua Negeri Cuti Pada 13 Disember 2016

Dua negeri yang akan bercuti pada 13 Disember 2016 ialah negeri Selangor dan negeri Kelantan. Seronoklah rakyat di kedua negeri sebab boleh cuti panjang dari Sabtu 10 Disember hingga Selasa 13 Disember 2016. Cuti di kedua-dua negeri ini telah disahkan dan telah pun dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan.

Cuti 13 Disember 2016 di negeri Selangor adalah sempena Hari Keputeraan ke-71 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ia sebagai cuti ganti memandangkan tarikh hari keputeraan baginda jatuh pada Ahad ini iaitu 11 Disember; demikian kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya.

Manakala cuti 13 Disember 2016 untuk negeri Kelantan adalah sebagai cuti peristiwa sempena pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Sultan Muhammad akan hadir di Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Kelantan, semua kakitangan kerajaan negeri dan rakyat akan berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, pada jam 7 pagi pada hari berkenaan bagi meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara.

Ok .. dah jelas mengenai cuti 13 Disember 2016 di negeri Selangor dan Kelantan.

Buat rakan-rakan yang tinggal di negeri lain, jangan jeles rakyat dan kakitangan awam di dua negeri tersebut dapat cuti panjang ehhh ..  jangan sampai buat berita palsu semata-mata nak merasa cuti panjang dari 10 Disember hingga 13 Disember 2016.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen Dua Negeri Cuti Pada 13 Disember 2016


EmoticonEmoticon