17 Disember 2016

Cara Buat Duit Online 2017

Tak lama lagi tahun 2016 bakal meninggalkan kita. Setelah setahun struggle untuk menghadapi satu tahun yang cukup mencabar, 2017 juga bakal menjanjikan satu tahun yang penuh rintangan dan dugaan. Saya sebagai seorang House Husband, yang bekerja sebagai penulis blog sepenuh masa akan turut merasai kehidupan penuh mencabar ini. Matlamat utama untuk tahun 2017, ialah meningkatkan taraf ekonomi kepada yang lebih baik dan mampan.

Tidak seperti kebanyakan orang lain yang kerja makan gaji, bekerja sebagai seorang penulis blog (blogger) perlu berusaha untuk mendapatkan pendapatan. Tak ada usaha, tak ada 'gaji'. Tak ada 'gaji', bermakna tak ada duit. Bila tak ada duit, banyak hal akan terbantut dan terganggu.

Cara Buat Duit Online 2017

Cara Buat Duit Online 2017
Pendapatan bagi seorang blogger tidak menentu, kadangkala banyak, kadangkala sedikit. Boleh juga diibaratkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pun begitu, ada cara untuk seorang blogger mendapatkan pendapatan secara berterusan. Dan income utama dari seorang blogger pastilah menerusi pendapatan buat duit secara online.

Di sini, saya ingin kongsikan 4 cara buat duit secara online untuk 2017 yang boleh para blogger Malaysia praktikkan. Jika berjaya kekal momentum, in Sha Allah, income online seorang blogger boleh mencapai 4 hingga 5 angka dalam sebulan.

Adsense dan Platform Pengiklanan USD

Cara Untuk Jana Pendapatan Online Dengan Blog
Seandainya anda seorang penulis blog atau mempunyai blog, maka saya sangat syorkan untuk anda mempunyai sebuah akaun Adsense penuh. Adsense merupakan platform pengiklanan blog paling best setakat ini kerana ia membayar USD, selain antara platform pengiklanan yang paling mudah untuk mendapat duit online. 

Selain daripada blog, anda boleh gunakan akaun Adsense untuk mendapat duit online menerusi YouTube dan juga aplikasi (Apps) yang anda kongsikan di Google Play. Cara nak apply Adsense menerusi YouTube adalah yang termudah setakat ini, di mana akaun anda boleh terus disahkan hanya dalam beberapa minit sahaja. Jika tak pasti cara nak dapatkan akaun Adsense menerusi YouTube, anda boleh baca post saya di sini - Cara Buka Akaun Adsense Non-Hosted

Gagal dapatkan akaun Adsense? Anda ada cara lain untuk jana income USD menerusi platform pengiklanan ini. Ada beberapa platform pengiklanan blog/website yang boleh anda mohon jika anda ada blog atau website, antaranya:
Saya sendiri menggunakan beberapa platform pengiklanan alternatif USD di atas sebagai tambahan untuk platform pengiklanan sedia ada.
[Baca] Raja Adsense Revive (2017) - Panduan Terkini Untuk Buat Duit USD dengan Adsense + Blog

Program Affiliate Percuma

Jika anda seorang yang tegar mencari income internet dan buat duit online, tentu dah tahu mengenai program affiliate. Ia adalah program jana income online percuma, dan tanpa menggunakan sebarang modal yang besar. Malah, affiliate adalah antara jalan untuk mendapatkan pendapatan lumayan di internet. Ada banyak bukti menunjukkan mereka yang aktif dalam program affiliate berjaya buat duit sehingga 4 hingga 5 angka dalam masa singkat - paling singkat yang saya pernah tengok adalah dalam 3 hari sahaja!

Antara program affiliate yang ada dan boleh anda daftar secara percuma ialah Klikjer.com, Onpay.my, Aztetic.com, JVSecurepay.com dan beberapa lagi yang bersifat eksklusif.
[Baca] Teknik Jana Income Online Affiliate Menerusi Video YouTube
Di bawah ini adalah antara contoh income menerusi program affiliate yang boleh anda dapat .. anda tentu kagum bila saya beritahu bahawa mereka ini jana income hanya dalam masa kurang seminggu untuk dapat 4-5 angka!
Tips Jana Income 4-5 Angka Menerusi Affiliate
Cara Buat Duit Online Dengan Affiliate
Menerusi program affiliate, apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosi produk orang lain, dan anda terima komisen bagi setiap jualan. Anda boleh promote produk samada menerusi blog, Facebook, Instagram mahupun Twitter. Malah, anda nak promosi secara offline pun boleh, dan boleh juga beriklan di laman web pengiklanan. Namun, cara paling terbaik untuk peroleh income online dengan cepat menerusi affiliate ialah menggunakan Facebook Ads, Google Ads dan juga mailing-list.

Program Dropship

Salah satu cara buat duit online yang semakin popular, terutama mereka yang telah menggunakan platform Shopify. Shopify memberikan para dropshipper untuk menjual produk dropship ke pasaran luar negara dengan kos minima. Malah, anda boleh mencuba platform jualan ini secara percuma selama 14 hari! Paling terbaru, ada yang berjaya buat duit online dalam USD dan jana jualan dropship fizikal sehingga USD26,22 dalam masa sehari!
Buat Duit Online Menerusi Program Dropship
Ada banyak usahawan dan peniaga yang tawarkan peluang untuk dropship ini. Anda perlu rajin mencari dan pilih mana yang sesuai dengan jiwa niaga anda. Produk dropship yang paling senang untuk anda jual terutama di pasaran antarabangsa ialah T-Shirt. Anda boleh tengok bagaimana produk ini antara paling laris di Shopify di sini Teknik Betul Buat Duit USD Menerusi Dropship

Pelaburan Saham dan Forex Trading

Antara cara jana income secara online yang memang telah terbukti mengkaya-rayakan ramai orang. Pun begitu, ada juga yang gagal disebabkan kekurangan ilmu dan suka membuat risiko dek kerana emosi. Dengan teknologi terkini, semua orang dah boleh boleh melabur di dalam pasaran saham dengan mudah. Malah, bank-bank juga ada menyediakan platform secara online untuk para pelabur membuat pelaburan saham secara terus, dan jana penggandaan pendapatan setiap hari, setiap bulan. Saya sendiri sudah mempunyai akaun pelaburan sendiri yang saya daftar menerusi RHB Investment.

Forex Trading antara satu lagi cara untuk mendapatkan income yang lumayan secara online. Dengan teknik, cara serta panduan yang betul, seseorang boleh memperoleh gandaan pendapatan dan pelaburan dalam masa yang singkat sahaja. Jika anda mahu belajar cara betul untuk trading Forex, boleh dapatkan panduan menerusi Teknik Forex Sebenar Bahasa Melayu.

Itulah antara 4 cara utama untuk anda jana pendapatan dan buat duit online untuk 2017. Ada beberapa lagi program percuma lain yang boleh anda daftar untuk dapatkan income sampingan, antara yang saya syorkan ialah Narratrs. Menerusi Narratrs, anda berpeluang untuk dapatkan income USD menerusi akaun Instagram dan Facebook. Butirannya boleh anda baca di blog post berikut - Buat Duit USD di Instagram Menerusi Narratrs

Satu lagi cara untuk anda jana income ialah menerusi program Lynk.my. Menerusi Lynk.my, anda perlu kongsikan sesuatu yang menarik menggunakan sistem pemendekkan url Lynk.my dan kongsi di platform seperti Twitter dan juga Facebook. Program ini  juga percuma. Butirannya boleh anda baca menerusi post saya - Cara Buat Duit Dengan Lynk.my - Jana Income Online Tanpa Modal

Semoga berjaya semua.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

10 Komen Cara Buat Duit Online 2017

terima kasih HH! Boleh try lepas nih..memang kena byk berusaha baru boleh dapat income lebih..hehe

Terbaik. Tak semua benda saya join lagi tu. Betul kena usaha lebih baru dapat hasil dari apa yang kita usahakan.

Bukan hari ni usaha esok terus nak hasil, memang tak la. yang penting istiqomah / konsisten dalam semua benda kita buat :)


p/s laju jugak loading site ni. Shah tengah buat sales tu..nk grab ke tak..ermm ��

Tkasih. Perkongsian pndpt yg bernas. Sy pun dh dpt hasil dr semua program yg disebut HH, paling bagus utk USD adalah adsense dan mobicow.

Adsense ni risau nak cubalah, banyak syarat, contoh mesti guna gambar sendiri dlm entry, biasa gambar gogole je yg ditempek pon. Huhu

Btoi sy setuju pendapat HH...adsense memang terbaik...walaupun dikatakan ada yang lebeh terbaik utk iklan propeller iaitu propeller.ads...tuk affiliate pun masyuk..tq info ini.

Ya Luqman Zakaria, kena usaha. Usaha lebih maka dapatlah lebih. In Sha Allah, sama-sama berusaha untuk jana pendapatan yang lebih baik.

Laju ehh blog saya? Hmm mungkin juga sebb saya guna servis cloudflare .. huhu

Wahhh abg HH banyak info berguna utk tambahh pendapatan ni..

Tapi itulah semua kena usaha gigih jugak ya...kekangan masa yg menjadi hlgn utama saya..
Google Ads shj buat masa ini yg saya gunakan..

Teringin nk cuba forex trading tapi kena ada ilmu dulu ni...

http://spitoutkata.blogspot.com

Kita dah kene buat perancangan untuk tahun 2017. Salah satunya bagaimana cara untuk lebih konsisten Jana pendapatan secara online. Cara yang Tuan HH berikan memang sesuai untuk diamalkan dengan lebih serius tahun depan :-)

Dah mula serius nak buat duit dengan blog tak?


EmoticonEmoticon