Ramai antara kita mempunyai pengetahuan asas mengenai penyakit Asma. Saya sendiri akui, saya juga ada pengetahuan yang tak banyak mengenai penyakit ini. Apatah lagi, Asma boleh menyerang ibu yang sedang mengandung dan juga pada bayi. Agak merisaukan sekarang, apabila Asma pada bayi adalah antara penyakit yang semakin kerap berlaku.

Ketika Maira diwadkan di Hospital Parit Buntar selama beberapa hari, saya melihat ramai pesakit kanak-kanak yang terkena lelah dan asma. Mereka bersandar di katil hospital sambil diberikan bantuan pernafasan. Bukan sehari dua mereka diwadkan, malah sama banyak harinya dengan Maira yang terkena jangkitan virus demam panas.

Asma Pada Wanita Hamil

Asma Pada Wanita Hamil
Isteri saya ketika ini sedang mengandungkan anak saya yang keempat, in Sha Allah.. anak ini bakal lahir pada tahun 2017. Adalah menjadi kerisauan pada saya, seandainya asma ini berlaku pada isteri. Sebab sayang isteri, saya dapatkan maklumat mengenai asma pada wanita hamil, in Sha Allah untuk rujukan dan pengetahuan saya.

Jika anda nak tahu mengenai penyakit asma pada wanita hamil, maka mari sama-sama baca informasi dan fakta hangat ini.

Apa Itu Asma?

Asma adalah keadaan di mana saluran pernafasan kecil yang dalam paru-paru menjadi lebih sempit sehingga mengganggu peredaran oksigen untuk dibekalkan ke tubuh kita. Penyempitan saluran pernafasan ini akibat otot-otot pada saluran itu mengecut dan banyak lendir yang dihasilkan dalam saluran itu.

Dalam erti kata yang lain, apabila saluran pernafasan semakin kecil, bermakna semakin sedikit oksigen dapat dibekalkan. Perjalanan udara dalam saluran yang sempit ini akan dapat dikesan apabila seseorang itu kelihatan sukar bernafas, mengalami batuk dan pernafasannya berbunyi. Tanda seorang pesakit asma mengalami serangan asma yang tidak terkawal, ialah apabila:
  1. Mengalami serangan asma yang teruk (memerlukan nebulizer atau inhaler) melebihi dua kali dalam seminggu
  2. Batuk berlendir sehingga mengganggu tidur pada awal pagi (sebelum subuh) atau tengah malam melebihi dua kali dalam seminggu
  3. Terpaksa menggunakan pil-pil steroid (prednisolone) melebihi dua kali dalam setahun

Bahaya Asma Pada Wanita Hamil

Asma Pada Wanita Hamil
Bagi wanita yang tidak pernah mengalami asma sebelum hamil, selalunya kehamilan tidak menyebabkan beliau mengalami serangan asma. Bagi wanita yang pernah mengalami asma sebelum hamil, kesan kehamilan terhadap penyakit asmanya berbeza-beza. Puncanya tidak diketahui dengan jelas, tetapi mungkin akibat perubahan hormon ketika hamil.

Satu pertiga dari pesakit asma yang hamil, akan mengalami serangan asma yang teruk. Satu pertiga lagi akan tidak merasakan penyakit asmanya bertambah baik. Dan satu pertiga lagi kehamilannya tidak memberikan apa-apa kesan terhadap penyakit asmanya.

Dalam beberapa penyelidikan mendapati bahawa jika seseorang pesakit asma tidak mengalami serangan asma yang teruk di usia awal kehamilannya (kurang 13 minggu), berkemungkinan sepanjang kehamilan beliau akan bebas daripada serangan asma.

Serangan penyakit asma selalunya berlaku sekitar usia kehamilan antara 24 hingga 36 minggu. Kekerapan serangan asma berkurangan selepas itu, dan sangat jarang berlaku ketika melahirkan anak.

Punca keadaan ini tidak diketahui dengan jelas.

Ia bergantung kepada ketahanan individu. Oleh itu, amat penting bagi seorang wanita yang hamil memperbanyakkan doa dan bersolat hajat bagi menghindarkan musibah sebegini.

Nanti di lain post saya akan kongsikan lagi tentang asma pada ibu mengandung terutama kesannya terhadap bayi ... so jangan lupa untuk subscribe dan follow .. :)

Sumber: Sinar Harian

p.s: Gambar di dalam artikel ini adalah sekadar hiasan.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Komen anda:

Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.