Langkau ke kandungan utama

9 Perkara Mengenai Hotel De Palma Yang Patuh Syariah

Pernah dengar nama hotel ni? Hotel De Palma? Ianya adalah satu-satunya hotel yang patuh syarak! Memang hebat, unggul dalam kelas tersendiri. Ia memberikan satu kelebihan buat hotel ini untuk tampil berbeza dari kalangan banyak hotel di negara ini. Syabas.

Saya dapat tahu ni pun setelah membaca akhbar media arus perdana. Memang lain dari yang lain. Mana nak dapat hotel yang macam ni? Ianya diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai salah satu hotel yang boleh dikatakan pioneer dalam hotel patuh syarak ni.

9 Perkara Hotel De Palma Patuh Syariah

9 Perkara Hotel De Palma Patuh Syariah
Hotel De Palma mempunyai beberapa rangkaian di Ampang, Shah Alam, dan Kuala Selangor. Sejak dikenali sebagai hotel yang patuh syariah, ia berjaya menarik golong tertentu untuk menginap di hotel ini.

Tahukah anda bahawa terdapat 9 perkara menarik mengenai Hotel De Palma ini yang menjadikan ia sebuah hotel patuh syariah yang patut dijadikan pilihan umat Islam.

Berikut adalah sembilan (9) ciri istimewa yang ada pada Hotel De Palma ini:
  1. Makanan 100 peratus halal.
  2. Semua staff berpakaian menutup aurat.
  3. Ada kelas agamanya sendiri.
  4. Punyai surau al-Hikmah yang boleh menampung sehingga 1500 jemaah dan telah diberikan tauliah untuk diadakan solat Jumaat sejak 2008.
  5. Punyai aras khas buat kaum muslimim dan muslimat., di mana azan boleh didengar berkumandang.
  6. Di aras enam tersebut, setiap bilik disediakan Al-Quran, sejadah, salinan hadis, bacaan ilmiah dan bilik air yang dilengkapi kemudahan mengambil wudhuk.
  7. Hotel ini tidak menyediakan arak serta rumah urut.
  8. Punyai imam sendiri (sepenuh masa) untuk mengimamkan solat 5 waktu.
  9. Hotel ini dimiliki sepenuhnya oleh PKNS.

Memang menarik sekali. Sekarang kita dah ada pilihan buat umat Islam. Untuk lebih info, anda boleh layari laman web hotel berkenaan di De Palma Hotels
9 Perkara Hotel De Palma Patuh Syariah
9 Perkara Hotel De Palma Patuh Syariah
Dan seperti kebanyakkan hotel lain di Malaysia, kemudahan dan kelengkapan sebuah hotel semuanya tersedia dan in Sha Allah, ia mematuhi apa yang perlu untuk mendapat pengiktirafan sebuah hotel yang patuh syariah.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. pernah menginap di hotel ni di Shah Alam pada 2001. Masa tu hotel ini baru buka. rasanya nak ke sana lg la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm menarik sebab dia ada di Kuala Selangor... :) ingat nanti kalau pergi Kuala Selangor, nak cubalah menginap di hotel ni.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…