Tips dan Petua Mendidik Anak. Bila dah berfamili ni, tentu sekali paling utama adalah didikan kepada anak-anak. Didikan bukan bermula dari sekolah, tetapi bermula semasa anak berada dalam kandungan lagi. Gitulah yang saya amalkan. Dalam kandungan lagi kita mesti ajar secara psikologi tentang perkara-perkara baik. Ini penting sebab setiap gerak laku kita terutama si ibu dapat dirasai oleh bayi dalam kandungan.

Walaupun saya belum lagi jumpa kajian penuh mengenainya, tetapi ada kajian-kajian yang menyatakan terdapat pengaruh persekitaran, tingkah laku dan beberapa hal lain yang boleh efek anak sebelum kelahiran. Jadi tak mushkil la ada sesetengah mak pak yang still ikut petua dan pantang larang orang-orang lama .... supaya baby yang dilahirkan elok, dan menjadi anak yang baik dan sempurna.

7 Tips dan Petua Mendidik Anak

7 Tips & Petua Mendidik Anak
Itu cerita bagi anak yang belum lahir. Bila dah lahir, sebagai ibubapa, kitalah yang akan mencorakkan anak-anak kita. Jadi perlukan didikan yang baik dan sempurna supaya mereka memilih jalan yang betul dalam hidup dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Secara peribadi, saya boleh katakan .. apa yang kita buat dan lakukan ... maka itulah yang bakal diikuti dan dipelajari oleh anak kita. Tak percaya? Hmmm ... kita adalah model dan contoh buat mereka. Kitalah hero ... dan kitalah musuh ... apa je tindakan kita, bakal diobserve oleh anak-anak .. jadi hati2 dengan tindak tanduk anda.

Mungkin petua ini boleh membantu kita sebagai ibubapa untuk menjalankan tanggungjawab mendidik itu:

Jadikan contoh

7 Tips Petua Mendidik Anak
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak. Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk. Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
[Baca] Petua Didik Anak Jadi Anak Soleh dan Solehah

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar. Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak

7 Tips Petua Terbaik Mendidik Anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
[Baca] 5 Syarat Dalam Islam Untuk Menghukum Anak
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

7 Tips Petua Terbaik Mendidik Anak
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."

Aktiviti fizikal

Tips dan Petua Terbaik Mendidik Anak
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting. Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
[Baca] Tips Mengajar Anak Untuk Bersholat

Sentiasa bersedia

Cara Didik Anak Dengan Betul
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics.about.com

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Anak-anak ibarat hamparan kain putih. Kita lah yang mencoraknya. Corak lah anak-anak mengikut apa yang digariskan oleh agama.

    BalasPadam
  2. dodoikan anak dengan zikrullah yg ada dlm blog ini. http://datoksirkronik.blogspot.my/2016/12/video-pilihan.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement