Jangan kecam saya, jangan kecam blog saya. Ini sesuatu yang sebenarnya boleh dilakukan oleh semua blog. Saya dah jumpa banyak blog-blog yang boleh mendapat trafik tinggi, dan mempunyai user online serentak lebih daripada 500!

Blog saya sama jer dengan blog anda, tak ada yang lebihnya pun. Mungkin sebab kekerapan saya menulis dan update maka banyak entri blog dibaca dan dikongsi ramai. Bila dah banyak entri atau blog post, jadi tidaklah mustahil untuk mendapat jumlah user online sehingga 500.

500 User Online Serentak

500 User Online Serentak
Dan sebenarnya anda boleh je mendapat trafik yang tinggi begini andai anda tahu cara dan kaedahnya. Sebelum ini saya dah beritahu bahawa salah satu cara nak mendapat trafik tinggi sebegini ialah dengan menggunakan servis yang disediakan oleh Lynk.my.

Walaupun saya dah tunjukkan cara nak buat, dan saya juga tunjukkan bukti keberkesanan sistem yang ada dalam Lynk.my untuk menjana trafik blog yang tinggi, masih ada blogger yang takut-takut nak menggunakannya.
[Baca] Cara Tingkatkan Trafik Mencanak-Canak Menerusi Lynk.my
Hmm .. almaklumlah, benda kena bayar. Benda bayar ni semua orang macam liat sedikit, seperti al kisah entri sebelum ini yang saya bicarakan tentang cara nak kaya ... tapi tak mahu keluar modal pelaburan.

Nak duit dari hasil blog, tapi tak mahu melabur untuk dapatkan hasil tersebut. Ramai yang jenis begini, sayang sangat pada duit sampaikan tak mahu gunakannya untuk kelebihan dan kebaikan. Tu belum cerita soal sedekah ...  mahu rezeki murah, mahu rezeki mudah, tapi nak sedekah RM50 pun ketar jari, ketar lutut ... rasa nak pitam.

Nak Kaya dan Berjaya Tapi Tak Mahu Ikut Jalan Kekayaan dan Kejayaan

Saya marah pada sesetengah orang yang mahu kaya berjaya tapi tak mahu ikut jalan kekayaan dan kejayaan yang betul. Malas nak buat, mereka jadi peminta-minta. Malas nak cari ilmu dan berusaha, mohon simpati merayu-rayu ... aduhhh.
[Baca] Rahsia Blog Dapatkan 40K Pageviews Sehari !!
Apa yang anda nampak 500 user online serentak bukan kerja yang mudah. Saya cari jalan untuk pastikan blog saya memberikan sesuatu, kerana apabila kita memberi, in Sha Allah, kita pasti akan menerima... walaupun dalam niat kita tak mahupun sebarang balasan.

Awal saya berblog, pada sekitar tahun 2007-2008 .. nak dapat seorang user online di blog pun susah. Tak dinafikan, memang kena usaha keras nak dapatkan user online, trafik .. pembaca blog.

Jangan putus asa. Usahalah, Ada jalan. Ada cara. Saya sendiri dah tunjukkan pada semua. Bukan tak boleh buat ... cuma mungkin segan-segan nak buat. In Sha Allah, banyak tips blogging yang saya kongsikan adalah mujarab dan berkesan ... :)
Trafik blog hasrulhassan.com 2016
Chaiyok .. blog anda pun berupaya dapat trafik tinggi, boleh dapat jumlah user online yang macam blog saya ni dapat .. fikir je, blog saya dulu pun start macam blog anda juga.

Kelas Untuk Belajar Blogging 

Oh ya, in Sha Allah, tahun 2017 saya akan buat kelas untuk blogging ni terutama untuk blogger baru, blogger pemula ... lokasinya ialah di Pejabat Lynk.my atau Hexa Corporation di Sungai Buluh. Dan mungkin juga di Sungai Petani di mana Lynk.my ada dewan seminarnya sendiri.

Jangan lupa follow saya di Google Plus - https://plus.google.com/+HasrulHassanBlog untuk tahu perkembangan ini ye.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

very indeed cuma bab sedekah tu sebaiknya biarlah jgn disentuh. asalkan apa yg kita mau beri biar kita buat kerana Allah..

anyways. gilalah bos 500 online serentak
tahniah2... salut

Reply

wah...ramainya yg online d blog hh

Reply

wow bagus ni bro.... kite minat bab2 naikkan trafik ni ek

Reply

Dapat orang online macam ni memang seronok.

Reply

Hebat! Kagum tgk statistik blog bro HH

Reply

Terima kasih, hmmm ... ada lagi yang lebih hebat trafik blognya.

Reply

Gan, apa aman pasang gogle adsnse di aplikasi web android ?

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.