Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Disember, 2016
Ramadan 2017 Promo

Harga Petrol Naik 20 Sen Januari 2017

Harga petrol untuk bulan Januari 2017 naik sebanyak 20 sen bermula tengah malam menjelang tahun baru 2017. Ia merupakan antara kenaikan tertinggi dalam tahun 2016, dan pastinya akan membuatkan ramai rakyat Malaysia terkesima dengan kenaikan ini.

Ramai juga yang sudah menjangka akan kenaikan petrol ini. Saya sendiri sempat kunjungi stesen minyak untuk mengisi tangki penuh petrol kereta saya. Dan saya nampak ramai juga pelanggan yang mengisi petrol penuh.
Harga Petrol Naik 20 Sen Sempena Tahun Baru 2017 Menurut Bernama - Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini (31 Disember 2016).

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Januari ialah RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter. "Harga runcit baharu bagi RON97 pula ialah RM2.40 seliter," katanya. Harga runcit petrol sepanjang Disember bagi RON95…

Top 5 Trending Google 2016 di Malaysia

Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2016. Sebagai seorang yang aktif menggunakan internet, pastinya wajib menggunakan Google untuk sebarang carian info. Malah, bukan sahaja pencarian menerusi komputer, tetapi juga peranti mudah alih. Hampir semua orang menggunakan Google di peranti telefon pintar masing-masing, dan ini meningkatkan jumlah carian di Google.

Anda tentu mahu tahu apakah carian paling popular, paling trending di Google sepanjang tahun 2016. Apakah yang kebanyakkan rakyat Malaysia cari menerusi Google? Mari ikuti senarai yang telah saya sediakan berdasarkan daripada fakta yang diberikan oleh Google Trends.
Top 5 Trending Google Sepanjang 2016 di Malaysia Apa agaknya topik yang telah trending di carian Google sepanjang tahun 2016 ye? Menerusi Google Trends, terdapat 15 kategori dibahagikan. Mari sama-sama kita lihat apa yang telah trending atau menjadi carian paling popular rakyat Malaysia sepanjang 2016.
Top 5 Carian (Searches)
Euro 2016Pokemon GOBR1M 2016SAPS Ibu BapaOly…

6 Akibat Bruxism - Tabiat Gertak Gigi

Bruxism - ia bukanlah satu penyakit, tetapi lebih kepada tabiat. Bruxism merupakan istilah yang digunakan kepada mereka yang mempunyai tabiat gertak gigi semasa sedang tidur. Anak saya dan wife saya sendiri ada alami bruxism ini.

Ia adalah keadaan di mana permukaan gigi digesel secara paksaan atau tanpa sedar semasa tidur. Pergeseran tanpa sedar ini melibatkan bahagian gigi yang digunakan untuk mengunyah, samada dilakukan ke depan atau ke belakang, ke kiri atau ke kanan.
6 Akibat Bruxism - Tabiat Gertak Gigi Keadaan ini tidak berbahaya, namun jika dibiarkan boleh membawa kepada kerosakan gigi serta ketidakselesaan pada bahagian mulut.

Berikut adalah kesan buruk akibat tabiat gertak gigi ni.
Kesan Tabiat BruxismKesakitan pada rahang bawah - akan menyebabkan luka dan sukar untuk buka dan tutup mulut sepenuhnya. Pening kepala. Sakit telinga. Kerosakan gigi. Gigi jadi sensitif. Gigi bergoyang.  Anak saya terutama anak perempuan bongsu saya memang jelas ada masalah ni. Bila tidur je, akan…

Penginapan Best di Lexis Suites Penang

Lexis Suites Penang. Sebuah lagi rangkaian hotel terbaru daripada Lexis. Lexis Suites Penang terletak di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Ia merupakan hotel bertaraf lima bintang di Pulau Pinang, dan antara menjadi favourite di kalangan pelancong asing kerana keunikkannya tersendiri.

Lexis Suites Penang menawarkan harga penginapan bermula dari RM 399.00 semalam untuk bilik Executive Pool Suite, dan RM 499.00 semalam untuk bilik Premium Pool Suite. Pun begitu, anda boleh dapat harga penginapan sehingga 50% diskaun jika anda tahu menggunakan aplikasi tertentu, contohnya seperti Agoda dan Traveloka.
Penginapan Best di Lexis Suites Pulau Pinang Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk bercuti dan menginap di Lexis Suites ini. Setakat blog post ini ditulis, saya dan famili sudah 3 kali menginap di hotel bertaraf lima bintang ini. Memang pengalaman best dapat menginap di hotel mewah. Paling best ialah kami membayar harga yang jauh lebih murah daripada apa yang disiarkan di laman web ras…

Casio Tough Solar Power - Beli Online Dengan Diskaun

Casio. Jenama jam tangan ini usah lagi dipersoalkan, ia memang jenama ternama yang bermutu tinggi. Saya ada memori sentimental dengan Casio. Jam pertama yang saya beli guna duit gaji sendiri adalah dari jenama Casio.

Casio ada beberapa siri jam tangan yang memang diminati ramai, antaranya G-Shock, Baby-G, Edifice, Sheen, Pro Trek, Outgear, Oceanus, Pop Tone dan Data Bank, selain versi Standard. Antara ciri best  yang ada pada jam tangan Casio ialah sistem Tough Solar.
Casio Tough Solar Power - Beli Online Dengan Diskaun Nak jadi cerita, semasa jualan akhir Online Revolution Lazada Malaysia, saya telah terpaut dengan satu jam Casio ni, dari versi Tough Solar. Sebab saya tersuka ialah kerana jam ini diberikan diskaun yang banyak. Harga asal jam Casio Standard versi Tough Solar adalah antara RM300 - RM280 di pasaran biasa, tetapi kali ini .. menerusi Lazada, saya berjaya mendapatkan dengan harga RM142.98 sahaja. Anda boleh cuba usyar di sini - Casio Tough Solar

Uhh memang cepatlah jari j…

Amaran Promosi Iklan Produk Ubat Haram di Blog

Berhati-hatilah. Ada amaran daripada kerajaan untuk tidak mempromosikan iklan haram di internet, termasuklah di blog. Saya mahu kongsikan informasi dan fakta ini sebagai ingatan buat diri saya dan juga rakan-rakan online saya yang lain. Adalah penting untuk ambil kisah, dan bertanggungjawab dengan apa jua yang kita tulis, terbitkan, sebarkan dan promosikan.

Saya memetik daripada sumber sah KKM, bahawa pihak KKM sedang memantau secara serius promosi-promosi serta iklan haram yang disiarkan secara online. Ini bermaksud, blogger juga tidak terkecuali daripada peraturan ini.
Amaran Promosi Iklan Produk Ubat Haram di Blog Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merasa dukacita dengan penglibatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan pelbagai iklan haram produk kesihatan melalui media cetak, elektronik, internet, tiang-tiang lampu dan pengedaran risalah ditempat-tempat tumpuan awam.

Iklan-iklan ini menawarkan janji-janji palsu seperti penawar kanser 100%, rawatan sege…

Senarai Pemenang Giveaway Syukur Selalu

Rasanya ramai yang menunggu keputusan pemenang untuk Giveaway Syukur Selalu yang saya anjurkan. Setelah 7 hari berlalu (GA berakhir 21 Disember 2016), maka saya telah pun melakukan undian menggunakan Random.org untuk penentuan pemenang.

Saya telah melakukan undian menerusi Random.org, menggunakan pemilihan lima set nombor integer dari 1 hingga ke 77 mengikut senarai peserta Giveaway Syukur Selalu yang terakhir saya kemaskini.
Senarai Pemenang Giveaway Syukur Selalu Berikut adalah keputusan undian yang telah saya lakukan.
Adakah nombor giliran anda terpilih dalam cabutan ini?

Turutan pemenang adalah mengikut set di atas. Bermakna, set 1 adalah pemenang tempat pertama, set 2 sebagai pemenang tempat kedua dan begitulah seterusnya.

Dah nampak nombor dalam pemilihan di atas, maka mereka yang menang mengikut nombor giliran dinyatakan ialah:
Tempat Pertama - Faiqah Nur Amirah (RM100)Tempah Kedua - Maziah Azalli (RM50)Tempat Ketiga - Izni Syafiqah (RM30)Tempat Keempat - Jamil Hashim (RM10)Te…

Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Minyak Herba Asmak - Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Wordless Wednesday kali ini, saya berkongsi kepada anda gambar Minyak Herba Asmak, satu produk terbaik untuk rawatan Asma pada bayi, yang dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

Wordless Wednesday. Hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan panjang berjela, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.
Minyak Herba Asmak Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd  Untuk info lanjut - Minyak Herba Asmak - Penawar Asma Pada Bayi

Robot Pemasaran Instagram 9 Dalam 1

Robot pemasaran Instagram. Terkini, saya sukacita nak war-warkan mengenai satu perisian terkini bagi membantu usahawan yang menggunakan platform Instagram untuk berniaga. Robot pemasaran Instagram dinamakan InstaEvo adalah merupakan sistem aplikasi 9 dalam 1 yang akan memudahkan pemasaran di Instagram. Mahu mencuba?

Ramai usahawan Malaysia yang menggunakan platform Instagram untuk bisnes dan menjual produk. Namun, mereka menggunakan banyak masa dan tenaga hanya untuk memastikan Instagram mereka 'hidup' dan sentiasa dikemaskini. Mengapa tidak dilakukan secara automatik? InstaEvo adalah penyelesaian masalah ini.
Robot Pemasaran Instagram 9 Dalam 1 Robot pemasaran Instagram, InstaEvo adalah merupakan sistem pemasaran yang akan menyenangkan para usahawan untuk membuat promosi, dan menjadikan akaun Instagram hidup hampir setiap masa. Hanya dengan satu sistem, anda boleh melakukan 9 perkara dalam masa serentak. Tak perlu lagi anda login ke akaun Instagram setiap masa untuk kemaskini…

Harga Teh Panas di AEON Food Avenue

Harga Teh Panas di AEON Food Avenue. Wordless Wednesday kali ini, saya berkongsi kepada anda gambar yang menunjukkan harga teh panas di AEON Food Avenue. Boleh tahan harganya iaitu RM1.70 segelas kecil (isipadu lebih kurang cawan). Berbaloi tak?

Wordless Wednesday. Hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan panjang berjela, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.
Harga Teh Panas AEON Food Avenue


Katil Istimewa Pesakit Chickenpox

Katil istimewa untuk pesakit Chickenpox. Siapa yang pernah kena demam campak atau demam cacar air (chickenpox) tentu dah pernah merasa tidur dan baring atas katil istimewa ini. Saya baru sahaja terkena demam campak untuk kali kedua, dan kali ini .. isteri saya sediakan sebuah katil istimewa sebagai rawatan untuk campak.

Katil untuk pesakit demam campak dipenuhi oleh daun Semambu, yang merupakan rawatan tradisional paling banyak digunapakai untuk mereka yang terkena demam chickenpox. Apabila seseorang terkena demam chickepox ini contohnya campak atau cacar air, maka cepat-cepatlah cari daun Semambu ini.
Katil Istimewa Pesakit Chickenpox atau Demam Campak Depan rumah saya memang ada sebatang pokok daun Semambu. Ia ditanam oleh jiran keturunan India yang tinggal bersebelahan. Sejak pokok daun Semambu itu wujud, ia telah banyak bantu ramai orang. Nak nak lagi pokok sebatang itu ditanam di tepi simpang, maka semua orang di kejiranan saya tahu wujudnya pokok daun Semambu ini.

Pokok daun Sem…

Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab (TMUA)

Alhamdulillah, anak sulong saya si Amri telah menerima tawaran untuk mendaftar ke sekolah TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab). Sekolah yang saya maksudkan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nibong Tebal, yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim (SMKASAF). Ia merupakan sekolah kawalan di bawah KPM.

Sebelum ini, anak saya Amri ada menerima undangan temuduga di SBPI Rawang yang juga sebuah sekolah TMUA, kategori sekolah berasrama penuh. Dah pergi temuduga, namun mungkin rezeki tidak menyebelahi, saya andaikan Amri gagal dalam temuduga, dan diberikan pilihan untuk mendaftar di SBP STAR, Ipoh.
Kos Masuk Sekolah Kawalan KPM - SMKA Ulul Albab Sebagai seorang bapa, apabila memikirkan soal anak yang akan mendaftar masuk ke sekolah berasrama SMKA TMUA, perkara yang pasti akan berlegar di ruang fikiran ialah soal kos. Malah, saya berani kata, ramai ibu bapa yang anaknya berjaya diterima masuk ke sekolah SBP, MRSM dan juga sekolah berasrama seperti…

Rogue One - A Star Wars Story Ramai Keliru Dengan Filem Ini

Saya belum tengok lagi filem Rogue One, yang merupakan bukan sebahagian sequel atau sambungan dari filem Star Wars. Erkk bukan sambungan? Yer, filem Roque One bukan filem Star Wars ... lagipun, ia diterbitkan oleh Walt's Disney yang telahpun ambil alih francais kisah Star Wars dari Lucas Film Limited.

Ramai yang keliru. Saya sendiri pun jadi keliru. Tapi kalau anda sudah tonton video promo dan juga trailer filem Rogue One ini, tentu perasan sesuatu pada awal... jeng jeng jeng.
Rogue One - The Star Wars Story Ramai Keliru Kenapa saya kata ramai keliru pasal filem Rogue One? Sebab ramai ingatkan ia cerita sambungan dari Star Wars, namun sebenarnya ia adalah cuma cebisan cerita dalam filem Star Wars Episode 1 - 7. Nak ditambah keliru ialah, pada tahun 2017, Star Wars Episode 8 akan dikeluarkan oleh Disney ... uhhhh ..

Ada pengkritik filem yang risau bahawa keluarnya filem Rogue One akan jejaskan filem sambungan Star Wars - Episode 8 pada 2017. Dan kerana itu, filem Rogue One diletakk…