Alhamdulillah, result UPSR 2016 dah keluar, anak sulong saya Hasif Amri berjaya mendapat keputusan A untuk semua enam matapelajaran peperiksaan. Amri bertuah kerana menjadi antara 4,896 calon UPSR yang mendapat 6A untuk tahun 2016. Saya dan isteri sangat bersyukur dengan keputusan cemerlang Hasif Amri.

Saya anggap Amri bertuah mendapat keputusan 6A kerana UPSR 2016 kali ini disifatkan agak mencabar dan berlainan dengan peperiksaan UPSR sebelum ini.

Amri Bertuah Keputusan UPSR 6A, UPKK 8A & PSRA Jayyid Jiddan

UPSR 2016 - Amri Bertuah Dapat 6A
Saya dan isteri anggap Amri anak dan seorang murid yang bertuah kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang UPSR 6A, selain berjaya lulus cemerlang dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan berjaya juga mendapat keputusan baik Jayyid Jiddan untuk Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Peperiksaan UPSR 2016 menurut guru sekolah Amri amat mencabar, ini adalah kerana calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
[Baca] 20 Tips dan Rahsia Amri Jadi Pelajar Cemerlang UPSR 6A
Serius, saya dan isteri sampai sekarang masih lagi tak begitu pasti bagaimana sistem baru ini berfungsi, sebab saya lihat Amri macam blur je hampir sepanjang masa...haha. Nak kena soal banyak kali baru dapat menjawab, itupun kadangkala jawapan yang diberikan agak berbeza dengan apa yang kami harapkan.

Mungkin reaksi Amri berbeza dan menampakkan lebih kecenderungan di sekolah, dan bukannya di rumah.
UPSR 2016 - Amri Bertuah Dapat 6A
Isteri saya sampai sekarang masih kurang percaya bahawa Amri menjadi antara murid terbaik UPSR 2016 di Malaysia. Malah ketika pihak sekolah umumkan bahawa Amri dinobatkan sebagai Tokoh Murid Kategori Kurikulum Sekolah, dan juga murid Terbaik Untuk Subjek Matematik dan Sains Tahun 6... kami seolah macam tidak percaya.
[Baca] 26 Tips dan Petua Untuk Anak Lulus Cemerlang 6A UPSR
Itu sebab semasa saya ditanya oleh wartawan Sinar Harian tempoh hari, saya beritahu bahawa saya tidak menaruh harapan tinggi, dan hanya mahu Amri buat yang terbaik untuk UPSR 2016. Hasrat saya ketika itu agar Amri tidak terlalu tertekan dengan menjadikan harapan kami sebagai satu bebanan dan tekanan.

Hanya 3 Orang Capai Keputusan UPSR 6A

UPSR 2016 - Amri Bertuah Dapat 6A
Amri antara tiga orang murid di Sekolah Permatang Tok Mahat, SPS, Penang yang berjaya mendapat keputusan UPSR 6A. Lagi dua orang murid yang berjaya mendapat 6A adalah rakan akrab Amri, iaitu Roshaidi dan rakan sekelasnya Amzar.

Jika nak bandingkan ibu bapa dua lagi murid dengan saya, memang jauh bezanya .. ibu bapa dua lagi rakan Amri merupakan orang-orang hebat, antaranya guru sekolah dan juga usahawan terkenal di sini. Mak ayah guru .. memang terbaik, Rushaidi .. rakan akrab Amri merupakan seorang murid yang hebat dalam matapelajaran Matematik dan Sains di sekolah.
[Baca] Rahsia Untuk Anak Pintar Cerdas Sejak Kecil
Itu sebab saya kata Amri adalah seorang anak dan murid yang bertuah kerana mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Malah sejak dari tahun satu, Amri sudah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kurikulum sekolah.

Nak Tips?

In Sha Allah, di lain post saya akan ceritakan serba sedikit mengenai anak saya - bagaimana dia dibesarkan dan dididik sehingga berjaya menampilkan diri sebagai murid cemerlang. Anggapkan sahaja ia satu perkongsian pengalaman saya dan isteri mendidik Amri sehingga berjaya seperti adanya sekarang.

Boleh juga baca tips ini - 6 Tips Mudah Dari Seorang House Husband Untuk Anak Hadapi UPSR

Penghargaan Buat Guru Sekolah

UPSR 2016 - Amri Bertuah Dapat 6A
Cemerlang UPKK, PSRA dan Tokoh Pelajar Kurikulum 2016
Pun begitu, saya ingin juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih pada semua guru-guru Amri sejak dari tahun satu sehinggalah tahun enam, sehingga Amri berjaya menjadi antara yang terbaik dalam UPSR 2016 ini. Mereka patut diberikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kerana atas usaha jerit perih guru-guru inilah yang membolehkan Amri menguasai KBAT dan KSSR.

Saya dan isteri hanya memanjangkan usaha tersebut di rumah, dengan menjaga keperluan asasinya.
Murid Cemerlang UPSR SK Permatang Tok Mahat 2016
Tahniah buat Amri, tahniah buat mereka yang berjaya mendapat keputusan UPSR 2016 yang cemerlang. Anda semua anak bertuah, dan anda akan menjadi perhatian semua sekolah terbaik di Malaysia. Semoga kejayaan UPSR 2016 menjadi titik permulaan untuk kejayaan dan pencapaian yang lebih membanggakan kelak.

Terima kasih cikgu.

Syukur pada Allah S.W.T. Alhamdulillah.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Allhamdulillah... tahniah amri dan HH sekuarga... Allah dah tentukan yang terbaik. Dia yang Maha Mengethui akan memberikan kepada sesiapa sahaja yg dikehendakiNya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement