Tips Beli Ubat Secara Online

Tips Membeli Ubat Secara Online. Awas, jangan terbeli ubat secara online yang bakal memudaratkan anda! Ini nasihat saya dan rakan-rakan saya yang bekerja di Bahagian Perkhidmatan Farmasi. KKM. Jika dulu ubat-ubatan hanya boleh dibeli di kedai ubat dan Farmasi berdaftar, tetapi kini dengan perkembangan teknologi, sudah ada ubat yang boleh dibeli secara online di internet.

Walaupun teknologi ini bagus untuk memudahkan pengguna mendapatkan ubat dan rawatan alternatif, namun awas ... ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan memasarkan ubat dan produk yang mengandungi bahan terlarang serta tiruan.

Tips Membeli Ubat Secara Online di Internet

Tips Membeli Ubat Secara Online di Internet
Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan berkaitan ubat-ubatan yang nampak menyakinkan, selagi anda tidak merujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Ada cara untuk kenalpasti ubat-ubatan yang berdaftar, dan disahkan tidak merbahaya kepada pengguna.

6 Tips Untuk Membeli Ubat Secara Online

Cuba anda ikuti tips berkaitan pembelian ubat secara online ini. Anda harus tahu bukan semua ubat dan produk kesihatan boleh dijual secara online di internet.
  1. Hanya boleh membeli ubat yang dikategorikan sebagai over-the-counter (OTC), tradisional dan suplemen kesihatan sahaja (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). No. MAL yang diakhiri dengan A adalah dikategorikan sebagai ubat terkawal (memerlukan preskripsi). 
  2. Ubat yang memerlukan preskripsi tidak boleh dijual secara online. Ubat preskripsi hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.
  3. Hanya dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalikan oleh ahli farmasi yang berlesen sahaja. 
  4. Elakkan membeli ubat dari laman web luar negara.
  5. Jangan terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis. Semak iklan yang telah diluluskan.
  6. Perlu diingatkan pembelian ubat secara online daripada sumber yang tidak sah berkemungkinan anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicemari racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda. 
Tips Membeli Ubat Secara Online di Internet
Berikut adalah beberapa pautan atau link yang boleh membantu anda untuk mengelakkan daripada membeli ubat dan produk kesihatan yang boleh mengancam nyawa anda. Jangan ambil mudah, sekali anda terkena ... anda mungkin perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk rawatan dan penyembuhan.

4 Cara Untuk Semak Produk Bawah Kawalan Farmasi

  1. Semak pendaftaran produk yang telah didaftarkan dengan Bahagian Perkhidmatan Farmai di sini.
  2. Semak ahli farmasi berlesen di sini.
  3. Semak iklan berkaitan ubat-ubatan yang telah diluluskan di sini.
  4. Semakan produk yang dikesan mengandungi racun berjadual boleh di semak di sini.
Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk tidak melakukan pilihan yang salah. Ikutilah tips membeli ubat secara online ini dan jadilah seorang pengguna yang bijak. Jangan kerana anda terdesak dengan kesakitan dan penyakit, anda ambil langkah mudah tanpa mengira kesan jangka panjang dan yang boleh memberikan impak lebih teruk.
Jika anda nampak sahaja iklan mengenai ubat-ubatan, produk kesihatan, produk kosmetik dan sebagainya, samada di laman web, blog, facebook, instagram atau menerusi aplikasi seperti WhatsApp atau Telegram, sila gunakan tips di atas untuk mendapatkan kepastian.
Semak sebelum anda klik. Dapatkan kepastian sebelum anda beli!
Sebarkan info ini ye.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.